03 April : Dari LCCT, Kuala Lumpur, saya bersama kekanda singgah sebentar di tempat beliau bertugas, Utusan Karya untuk menyelesaikan sedikit tugasannya. Dalam perjalanan, kami berkongsi pelbagai info-info menarik mengenai perkembangan Malaysia dan Indonesia. Pelbagai berita menarik dan mendukacitakan menerjah ke lubang telinga sehinggalah kepada ulasan mengenai pertukaran PM. Apa sebenarnya ‘plan’ Najib yang boleh dikatakan antara watak utama penggantungan pengeluaran Harakah dan Suara Keadilan tiba-tiba bertindak membenarkan semula Harakah & Suara Keadilan diterbitkan bahkan membuat kejutan dengan membebaskan beberapa tahanan ISA.
Bukanlah mengajar diri su’uzzhon sentiasa, namun kewaspadaan adalah tuntutan Islam apatah lagi berhadapan dengan manusia yang cukup licik yang sudah terpalit dengan ‘najis’ rasuah, rampasan kuasa di Perak serta tragedy C4. Apakah beberapa tahanan ISA dibebaskan, menunjukkan ada ‘pengganti’ baru yang akan dan ingin dimasukkan ? Tunggulah sehingga 3 pilihanraya kecil ini selesai dan berpihak kepada siapa? Mungkinkah Anwar penghuni baru dibalik jeruji besi itu kerana ‘menakutkan’ Najib dengan bayangan gadis cantik dari Mongolia ?
Malamnya, ketika ‘transit’ di Lembah Pantai, entah mengapa dengan tidak dirancang, saya dipertemukan dengan 2 insan yang saya anggap istimewa, abang Sheikh Omar, mantan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) 07/08 dan abang Naim, S.U Pmium 07/08.
Soalan awal saya, “apa pandangan antum pada beberapa pendirian abg Dzul, Pres.Gamis sejak akhir-akhir ini melalui artikel-artikel di blognya”. Alhamdulillah, mereka memberikan sedikit komentar dan saya juga berkomentar menyatakan kebimbangan dan sedikit kekeliruan terhadap pandangan-pandangan abang Dzul. Sekurang-kurang, ini muqaddimah saya dalam proses ber’tabayyun’ yang diarahkan oleh Islam agar tidak timbul tekaan-tekaan dan vonis secara membabi buta tanpa penjelasan sebenar.
Sekadar kesimpulan awal yang bukanlah muktamad, saya hanya mampu meyakinkan diri bahawa, yang berlaku adalah fenomena semangat dan amarah anak muda dalam perjuangan dan tuntutan perubahan, namun beberapa masalah teknikal perlu diperbaiki khasnya pendekatan memberikan pendirian dan pandangan. Maka, tidaklah salah jika ada orang di bawahan yang mengkritik secara menggila kerana mereka benar-benar tidak faham dan ragu ke mana sebenarnya arah mereka ingin dibawa, bahkan sampai hilang sudah kepercayaan. Lalu, kita menggunakan kalimah ‘berfikiran terbukalah, pandanglah kehadapan, janganlah sempit sangat, professional lah’ dan sebagainya. Kita memaksakan pemikiran kita dianuti dan difahami semua oleh bawahan kita walaupun tahap masak ranum otak mereka entah sampai atau belum kematangannya. Sedangkan dihadapan kita, kepelbagaian orang ada yang mereka bukanlah memahami sebagaimana yang kita fahami.
Namun, saya akan terus mencari, belajar memahami dan terus memahami agar tidak ada yang menjadi mangsa dalam perdebatan yang masih tidak terurai ini. Siapalah saya untuk memvonis mana-mana pihak dalam keadaan apalah yang telah saya sumbangkan. Hanya pesanan-pesanan kecil sahaja yang mampu saya berikan, yang pernah disebut sebelum ini. “fahamilah tanggungjawab dan hak anda sebagai pimpinan dan fahamilah tanggungjawab dan hak anda sebagai ahli”. Jangan sampai akhlak Islam dibuang dari leher anda sebagai pimpinan dan leher anda sebagai ahli saat anda berkhilaf dalam beberapa perkara. Musuh sedang melihat anda semua. Teruskan berfikir, memberi idea dan menilai, namun jangan lupa bahwa akal anda adalah anugerah Allah yang sangat terbatas.
04 April : Alhamdulillah, sempatlah bertemu mata dengan Aisyah, anak saudaraku yang lahir tanggal 26 Okt lalu di Syria saat saya berada di Aceh. Rezeki Allah, anak kecil ini di’belah mulut’ oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi ketika beliau mengunjungi bumi Damsyik, Syria. Jam 10.00 pagi, tinggallah saya keseorangan di Lembah Pantai dek kerana kekanda, zaujahnya, Aisyah dan beberapa teman mereka meluncur laju menuju sebuah kawasan pilihanraya kecil di negeri berMenteri Besarkan cap haram.
Lewat petangnya, saya pula menuju ke USJ 12. Selepas menyampaikan kuliah berkait sejarah perjuangan umat Islam Turki Uthmaniyyah, beberapa pengalaman berharga di Indonesia dengan dilatarbelakangi tajuk Maulidurrasul , Alhamdulillah, mengetahui saya akan pulang menyambung pengajian, maka ahli jama’ah surau menghulurkan sedikit sumbangan. Beberapa set (3buah) buku karya As-Syahid Imam Samudera, Amrozi dan Ust Ali Ghufron@Mukhlas berjaya dijual. Masih tersisa beberapa set. Sila hubungi saya segera jika ada yang mahu mendapatkannya sementara saya masih ditanah air.
Jam 10.00, saya bergegas untuk pulang ke kampung halaman nun jauh di kawasan menghijau yang penuh dengan pohon-pohon sawit dan pokok getah yang sangat sesuai dijadikan kawasan pelancogan jika saya adalah Menteri Pelancongan..:)
InsyaAllah, pagi ini tugasan seterusnya akan menyusul. Mudah-mudahan Allah permudahkan dan ikhlaskan setiap gerak kerja yang dilakukan – salam alaik, 09.00 pg.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan