Jumaat, 3 April 2009

Alhamdulillah sampai pun...

Alhamdulillah, setelah 1 jam 25 minit berada di udara di dalam perut pesawat Air Asia tengah hari tadi yang bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, Aceh Darussalam jam 12.45, saya dan beberapa orang teman selamat tiba setelah diturunkan di LCCT, Kuala Lumpur jam 3.15 petang (waktu Malaysia).


InsyaAllah, saya akan berada di tanah air sekitar seminggu sahaja bermula hari ini atas beberapa urusan yang perlu segera diselesaikan dan akan kembali ke bumi Aceh semula secepat mungkin. Azam dan hasrat untuk bersama teman-teman memilih calon LDK tanggal 6 & 7 April ini tidak berkesampaian dan tidak tercapai juga keinginan menjadi pemerhati Pemilu Indonesia 9 April ini. Pun begitu, InsyaAllah saya akan manfaatkan sebaik mungkin beberapa hari di tanah air untuk terus bekerja untuk Islam dengan slogan ‘dari kampus ke lapangan ummah’.


Teman-teman, ini nombor yang saya gunakan di Malaysia dalam tempoh seminggu ini : 013-2294126.


InsyaAllah, taklifan pertama sesampainya disini, menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Muttaqun, USJ 12, Selangor tanggal 04 April 2009 (Sabtu mlm Ahad).


Catatan: Hari ini aku pulang setelah negaraku bertukar PM dari Pak Lah kepada Najib…

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

asalamualaikum...
selamt kembali ketangh air..
mg kepulagn sahbt2 dapat mmberi infak yg besar pd msyrakat..
teruskn dakwah walupun pelbagi cbarn yg datang...
doakn shbt terus thbt...
min ana bintu jengka...09