Khamis, 2 April 2009

Resolusi bersama

Hasil acara rapat aktivis dakwah kampus (Adk) dan seluruh simpatisan Lembaga Dakwah Kampus (Ldk) Iain Ar-Raniry tanggal 01 April jam 02.00 – 04.00 petang tadi, maka beberapa resolusi bersama dapat diambil :


Bagi menghadapi Pemilihan Raya (Pemira) kampus kali ini pada tanggal 6 & 7 April :


1) Tidak ada istilah ‘menjadi penonton’ , tetapi semuanya mesti menjadi ‘pemain’ yang berperanan mengikut kemampuan dan criteria masing-masing bagi menuju kemenangan.

2) Calon Pres. dari LDK adalah calon bersama. Maka cita-cita kemenangan adalah hasil usaha bersama dan jika kemenangan diraih, Pres bergerak dengan sokongan dan dokongan seluruh aktivis dakwah kampus.

3) Pergantungan dengan Allah adalah antara syarat utama kemenangan. Maka, lazimi solat berjama'ah, membaca Al-Qur'an dan teruskan berdoa agar berjaya mengekalkan kemenangan.


Kepada ikhwah-akhawat dari Malaysia,

Mudah-mudahan dapat membuat pertimbangan yang terbaik demi memastikan lingkaran kampus berjaya dipertahankan dari sebarang unsur-unsur pemikiran yang merbahaya baik melalui systemnya atau individunya, bi’ahnya yang kurang baik terus dapat diperbaiki, budaya keilmuan dan akhlak Islam hidup mengelilingi seluruh mahasiswa di Institut Agama Islam ini serta kebersamaan antara mahasiswa dapat direalisasikan melalui wadah gerakan dakwah kampus yang dipelopori oleh mereka yang cintakan Islam dan isinya. InsyaAllah.


Kesalahan diperbaiki, kekurangan ditampungi…


Majlis yang dimulai dengan bacaan Al-Qur’an, persembahan nasyid IAIN dan mahasiswa Malaysia, tazkirah dari pimpinan Ldk, ucapan Sdr. Asrul Hadi (Ketua Ldk / wakil team sukses & jaringan) dan ucapan, calon Pres, Sdr. M.Qasim serta sesi soal jawab diakhiri dengan penuh harmoni walaupun ratusan mahasiswa terpaksa berhimpit di ruangan yang agak panas dan sempit akibat kehadiran diluar jangkaan seperti biasa.

Tiada ulasan: