Sekali lagi saya diberi peluang dan ruang oleh teman lepasan Al-Azhar ini untuk menggantikan tempat beliau sebagai pengkuliah Maghrib mingguan setiap Isnin malam Selasa di surau asrama. Sudah 5 tahun saya meninggalkan sekolah ini setelah selesai SPM 2003. Namun, hadir ke sini, tidaklah terlalu kekok kerana setiap kali pulang, saya sering mengambil masa bertemu dengan pelajar-pelajar melalui kuliah Maghrib, program-program sekolah dan sebagainya. 2 orang pengetua saya berkesempatan dan kini pengetua yang baru pula.
Pengisian kali ini saya mulakan dengan sebuah Hadith yang masyhur iaitu niat kerana Allah, hadith yang pertama di dalam kitab Riyadus Solihin, Imam Nawawi. Antara lain, saya menyebut dan berkomentar :
a) perbetulkan segera tujuan datang ke sekolah agama – jika awal masuk dulu kerana ibu bapa, adik beradik atau kawan-kawan, maka sekarang bersedia untuk ubah kepada kehendak sendiri demi mengeluarkan diri dari kejahilan.
b) Realisasikan tema sekolah antum yang sangat baik : Berilmu, beramal & bertaqwa.
c) Jangan jemu belajar. Belajarlah sampai mati ,bukan sampai habis fomr 5 – makin banyak belajar, makin banyak kejahilan yang kita sedari terdapat pada diri.
d) Sijil bukan matlamat, tapi alat – bila mahu naik ke peringkat pengajian seterusnya, orang menilai sijil kita dan bila bergiat dalam
e) Peperiksaan ( secara rasmi di dewan, bertulis dll ) tidak dilalui oleh ulama’ terdahulu, namun peperiksaan itu juga penting dan perlu kerana disitulah kita melihat sejauhmana kita memahami ilmu yang dipelajari dan setakat mana kita telah menguasai. Maka, peperiksaan juga keperluan.
f) Kesusahan menghafaz ilmu ada 2 punca : 1) teknik yang tidak betul 2) hidup dalam maksiat dan mungkar – kata Waqi’ guru Imam Syafie ‘’ wahai Syafi’e, ilmu itu adalah cahaya dan cahaya Allah tidak akan masuk ke dalam hati orang yang melakukan maksiat “.
g) Bayangkan jika setiap tahun antum bertemu 10 hadis paling kurang, bermakna 50 hadis sepatutnya telah berada dalam kepala selepas keluar dari sekolah. Jika setiap tahun, antum bertemu 10 potongan ayat Al-Qur’an di dalam madah Tafsir, maka 50 potongan pasti antum dapat selepas keluar sekolah. Malangnya, semua kitab-kitab dan hadis serta ayat Qur’an itu tidak dipedulikan lagi selesai peperiksaan.
Saya bersyukur….
- memakai jubah dan serban sudah menjadi kebiasaan sebahagian besar mereka tanpa segan silu lagi seperti era kami.
- Amalan bernasyid Asma’ul husna setiap kali selesai solat Maghrib masih kekal sampai saat ini.
- Jadual bilal dan imam dikalangan pelajar tertera di dinding dan terus diikuti sebagai
- Selesai solat Isya’, mereka semua masih melazimi amalan beratur dan bersalam beramai-ramai – mudah-mudahan ukhwan tererat dari tindakan ini.
- Setiap kali selesai solat fardhu, secara automatic mereka bingkas bangun menunaikan solat Ba’diyyah dan Qabliyyah sebelumnya – warden memantau mereka di awalnya dan kini sudah jadi kebiasaan.
- Lingkungan sekolah di pasang nama-nama menarik bagi setiap tempat – dataran Ibnu Khaldun, dataran Sumayyah, dataran Uwais Al-Qarni, dewan Aisyah dll .
Saya kecewa…
- muslimat yang kami dan pengetua sebelum ini tegas tidak membenarkan mereka membuat persembahan nasyid diatas pentas atau pertandingan antara sekolah-sekolah kini dibenarkan semula.
- Muslimat dibenarkan pula terlibat dengan acara merentas desa di luar sekolah mengelilingi kawasan Bandar bermula form 1 – 6.
- Ikhtilat mula tidak terjaga ditambah dengan pemakaian rasmi kadet ( yang jelas sosok tubuh wanita ) dan sebagainya setiap hari Rabu persis sekolah menengah biasa bakal dimulakan.
Maaf, jika ada guru-guruku yang membaca artikel ini. Inilah pendirianku hasil dari ilmu yang kalian ajari diriku. Kini, aku curahkan kembali. InsyaAllah, Islam meletakkan alternative-alternatif yang terbaik bagi memenuhi keperluan manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan