Selepas Asar semalam, saya menemani seorang teman yang baru berapa bulan tamat pengajian di Shoubra, Mesir di bidang tahfiz Al-Qur’an. Beliau berkhidmat di sekolah lama saya dan sekarang ditaklifkan sebagai salah seorang guru penasihat Badan Dakwah sekolah.
Sekitar 15-20 minit terakhir, beliau memberi ruang kepada saya menyampaikan pengisian kepada beberapa orang adik-adik kepimpinan Badan Dakwah. Saya bangga bertemu mereka kerana mereka adalah insan-insan yang pernah diprogramkan dalam Kem Anak Sholeh ketika form 1. Kini, mereka pula menjadi perancang program.
Antara yang saya sampaikan:
1) Fahami betul-betul apa itu dakwah, tarbiah dan perjuangan. Banyakkanlah membaca buku-buku Islam dan sebagainya kerana kita berhadapan dengan manusia yang penuh dengan info-info dikepala mereka. Mereka mahu kita bercakap dengan dalil, hujjah, fakta..bukan semberono.
2) Perbetulkan niat semata-mata kerana Allah dan lakukan segala gerak kerja semuanya untuk Islam. Kebiasaannya , orang yang dari awal tidak ikhlas mengintima’kan diri bersama gerakan dakwah, mereka tidak akan mampu bertahan lama diatas jalan ini. Kadangkala, selesai persekolahan, mereka tinggalkan dan jauhi gerakan dakwad di kampus atau sempat bersama gerakan dakwah di kampus, namun keluar dari kampus, hilang entah ke mana dengan pelbagai alasan menjaga itu dan ini.
3) Jangan angkuh dan sombong dengan kerana mengenal dan mengikuti tarbiah baru beberapa tahun. Istiqamah kita akan teruji dengan 3 perkara :
a) bila antum mendapat pekerjaan.
b) bila antum berkahwin.
c) bila antum mendapat anak. ( jika sampai 3 orang anak, anda mampu bertahan dengan kesibukan di jalan dakwah, maka bersyukurlah kerana Allah benar-benar memelihara antum ). Jika masih belum melalui 3 tahapan ini, maka usahlah confident akan terus istiqamah tanpa permohonan kepada Allah.
4) Berorganisasi mematangkan kita. Disitu kita belajar pengurusan. Nabi Musa diajar oleh Allah bagaimana untuk menghadapi Fir’aun.
Antaranya:
a) berdoa dengan ‘Rabbisyrahli…..”
b) gunakan bahasa yang baik dan sesuai dengan mad’u.
c) siapkan dalil serta hujjah yang kukuh.
d) bawa Nabi Harun sebagai teman dalam perjuangan menghadapi Fir’aun.
5) Berorganisasi adalah sebuah rahmat yang bernilai kerana kita mendapat sebuah ilmu yang tidak diajar secara khusus dalam bilik kuliah atau kelas. Ianya adalah ilmu mengenal kepelbagaian ragam manusia samada sesama pimpinan atau mad’u. Kita akan bertemu orang yang suka merajuk, maka kita tahu bagaimana menghadapi orang sebegini. Kita bertemu orang yang bersemangat tinggi, maka bagaimana kita mahu memanfaatkan semangatnya dan lain-lain.
6) Hantarkan wakil-wakil antum dari Badan Dakwah ke dalam semua kelab-kelab disekolah. Mereka adalah duta antum sebagai fungsi check and balance iaitu menyeimbangkan, menjaga, mengawal, memberi pandangan, idea-idea yang baik dengan hasrat dapat menjaga semua aktiviti bersesuaian dengan kehendak Allah. Namun, harus diingat, kita menghantar wakil bukan berfungi sebagai ‘pembangkang’ kepada semua perkara, tetapi sebagai penasihat. Maka pastikan wakil-wakil antum yang menjadi anggota kelab-kelab tersebut, mereka yang berperanan, bersuara..bukan pemerhati dan tukang angguk.
7) Jaga akhlak antum. Jauhi couple kerana ini bukan masanya lagi dan antum sendiri tidak boleh menjamin kekekalan perhubungan ini melainkan percintaan kerana memandang kecantikan dan nikmat keseronokan sahaja. Tidak salah berdoa mengharapkan bertemu orang yang baik dari sekarang. Banyak punca gagal gerakan dakwah dan tarbiah kerana masalah kepimpinan yang berkhayal dengan dunia percintaan bodoh yang tidak dibaluti dengan kaedah Islam. Bersabarlah antum kerana orang yang baik, Allah akan siapkan yang terbaik untuknya. Jangan sampai tindakan antum, orang awam mencerca dakwah dan organisasi dakwah. Padahal bukanlah semuanya begitu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan