Sudah 3 hari saya kembali ke bumi Aceh yang terletak di kepulauan Sumatera ini. Cuaca semakin panas baik dijalanan mahupun di dalam rumah. Di bilik kuliah yang sangat cantik tanpa kipas, pelbagai ragam dan
Bila sampai ke
Saya memang seorang yang sangat pemalas untuk menjawab soalan-soalan sebegini. Tetapi, jika bapak-bapak dan ibu-ibu di kampung yang bertanya, saya akan menjawab dengan sedikit detail. Untu teman-teman mahasiswa, saya akan jawab “ ok je..boleh lah..datang sini, insyaAllah lebih tahu daripada ana sebut semua..cerita lebih-lebih nanti, antum datang sini lain rupanya, ana pula yang kena marah
Kebiasaannya, ramai yang bimbang dengan sesebuah tempat yang akan dituju. Alhamdulillah, itu satu prinsip yang baik. Ia lahir dari rasa kebimbangan, kondisi atau waqi’ atau bi’ah sesebuah tempat mempengaruhi diri khasnya yang bersifat negative. Saya dan teman-teman di Aceh, bukan di Amerika. Maka, jika berada di Amerika atau Negara-negara Eropah, saya sendiri tidak berani mendakwa confirm mampu pertahankan jatidiri sebagai anak Malaysia, orang Timur yang baik, mahasiswa pengajian Islam, budak usrah…dan lain-lain.
Saya juga tidak menafikan, bahawa perubahan tempat mampu merubah watak manusia. Namun, diri kita juga sebenarnya yang berperanan sebagai alat kawalan kerosakan tanpa mengabaikan dan memandang enteng keperluan menagih pertolongan Allah. Maka, tidak hairan jika ada individu yang ke Mesir, bumi Anbiya’ akhirnya ditangkap sebagai penjenayah, pulang sebagai makhluk ‘bermata biru’ , aurat tidak dipelihara lagi dan seumpamanya. Sebaliknya ada yang ke Amerika, pulang menutup aurat dengan baik walaupun sebelumnya pergi dengan rambut seperti lalang terbakar, melibatkan diri dengan program-program dakwah dan tarbiah di
Jika anda ke Aceh dengan hasrat mencari mutiara, lebih selori mutiara anda bisa dapatkan dan jika anda datang untuk mencari sampah dan bangkai, berlori-lori anda dapat penuhkan. Begitu juga jika anda ke Amerika.
Teringat cerita Ust. Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kuliah mingguannya di Bandar Jengka. Seorang muslimat, anak muridnya datang memaklumkan beliau menerima tawaran menyambung pengajian ke Mesir dan Arab Saudi ( Makkah ). Dia agak pening memikirkan mana yang ingin ditujui. Tanya Ust Tuan “ anti berat hati nak ke mana? “ Dia menjawab “ Mesir “ . Sebab apa ? “ Mesir bumi Anbiya’, disitu tempat Nabi Musa, Nabi Harun dan lain-lain” . Jawab Ust Tuan “ Fir’aun duk Mesir, Qarun Mesir, Haman Mesir..Mesir belaka hok jahat-jahat ni duduk”. Emmm..kalau gitu, ana nak gi Makkah..sebab Makkah bumi Nabi lahir, Qur’an turun, Jibril turun..” Jawab Ust Tuan “ Abu Jahal pun duk Mekah, Abu Lahab di Mekah…
Kami yang mendengar kuliah, tersenyum sambil ketawa kecil.
Ziarahi website IAIN Ar-Raniry, Nanggroe Aceh Darussalam http://www.ar-raniry.ac.id/
1 ulasan:
teringat pesan ustaz Razi.
"antum duk mesir,antum hirup udara yang firaun dan Nabi Musa hirup. jgan bawak balik udara yang firaun hirup ke malaysia.bawak balik udara Nabi Musa sudah."
Pilihan di tangan kita, walaupun di mana kita berada huhu
Catat Ulasan