Jumaat, 2 April 2010

Kezaliman Tentera Amerika di Guantanamo

[ Return From Guantanamo- sebuah buku hasil tulisan Adil Kamil Abdullah, warga asal Bahrain yang menjadi mangsa kekejaman penjara thoghut Amerika, Camp Guantanamo, Cuba. Judul asalnya adalah ‘Muzakkirat Adil Kamil: Al-‘Aid min Guantanamo’ dan diterbitkan dalam versi Indonesia oleh penerbit Jazeera, Solo, 2006. Saya akan sampaikan secara ringkas (menggunakan bahasa saya) apa yang dilalui oleh Adil Kamil selama berada dalam tahanan Amerika, negara yang melalak dan menyalak tentang demokrasi, kebebasan, keadilan, hak asasi manusia dan sebagainya ]


Keinginan Adil Kamil Abdullah untuk membantu rakyat Afghanistan akibat serangan Amerika pada Sept 2001 semakin membuak-buak sehingga beliau berangkat ke sana menggunakan pesawat pada Okt 2001 seorang diri dengan misi menyampaikan bantuan (bukan pergi untuk berperang). Beliau masuk ke Afghanistan melalui negara Iran serta tinggal disana sekitar 2 minggu dan sampai ke Qandahar, Afghanistan setelah menempuh pelbagai jalan dan pelbagai jenis kenderaan dengan bantuan beberapa pihak. Perjalanan hanya dilakukan di waktu siang sahaja kerana pada waktu malam, peluru-peluru dan bom Amerika siap untuk ‘mengambil nyawa’ sesiapa sahaja yang bergerak. Beliau menyaksikan kota-kota dan desa-desa di Afghanistan yang hancur luluh di bantai Amerika. Dari kota Masyhad, Iran ke Qandahar mengambil masa sekitar 2 hari menggunakan bas awam.


Beberapa hari di Qandahar, Adil berhajat untuk ke Kabul, ibu negara Afghanistan bagi meninjau misi kemanusiaan di sana. Biasanya misi kemanusiaan berpusat di kota-kota besar. Masyarakat Kabul yakin bahawa beberapa waktu sahaja lagi, Kabul akan dikuasai oleh Pakatan Utara. Anggota mereka adalah orang Afghan suku Tajik dan Parsi (Iran). Mereka sangat bermusuh dengan orang Arab kerana bagi mereka orang Arab lah punca tewasnya pimpinan mereka beberapa tahun sebelumnya iaitu Ahmad Shah Mas’ud. Pakatan Utara sangat kuat permusuhan dengan kelompok Mujahidin Afghanistan. Dulunya Ahmad Syah Mas’ud dikalangan mujahidin juga, namun perpecahan dalaman mujahidin era perang antara Afghanistan-Soviet Union (Russia), menyebabkan munculnya pelbagai kelompok bersenjata di Afghanistan. Pakatan Utara sanggup menangkap dan membunuh mujahidin dari negara-negara Arab atau menjual pada tentera Amerika. Amerika memang sanggup tawarkan wang yang banyak kepada mana-mana pihak yang dapat menyerahkan orang Arab yang membantu jihad di Afghanistan. Bagi Amerika, mereka ini ada kaitan dengan Al-Qaedah, pimpinan Sheikh Usamah bin Laden. Dalam hal ini, Pakatan Utara menzahirkan kemunafiqan mereka yang sanggup menjual saudara seaqidah. ternyata Pakatan Utara berjaya kuasai Kabul dengan bantuan Amerika.


Adil bersama 2 temannya (yang baru kenal dalam perjalanan di Afghanistan) iaitu Umar Rajab (Kuwait) dan Abdul Hadi As-Suba’I (Arab Saudi) bersepakat keluar dari Kabul kerana kondisi yang memang tidak aman apabila terlalu banyak mata-mata dikalangan orang Afghanistan sendiri yang bekerja untuk Amerika khasnya orang-orang Pakatan Utara yang sedang memburu orang-orang Arab. Lalu mereka bergerak dari desa ke desa untuk keluar dari Kabul. Masyarakat Afghan di desa faham masalah mereka dan banyak membantu mereka. Mereka sangat memuliakan orang Arab dan beranggapan orang Arab adalah keturunan para Sahabat Rasulullah. Walaupun mereka susah, miskin dan teruk dibantai Amerika,mereka tetap melayan Adil dan temannya. Mana-mana kampung yang diketahui menjaga atau melindungi orang Arab, kampung tersebut akan dibom oleh Amerika. Penduduk desa menyediakan 2 orang tempatan yang mahir jalan untuk keluar ke Pakistan. Mereka berjalan kaki melintasi gunung ganang, paya dan lembah berhari-hari sehingga sampai ke sempadan. Lalu pemandu jalan itu mencari pula orang Afghan lain untuk membawa mereka berjalan kaki masuk ke Pakistan.


Sampai di sempadan, mereka bertemu polis Pakistan dan meminta tolong mereka. Harapannya agar polis Pakistan dapat membawa mereka ke kedutaan negara mereka yang berada di Afghanistan (Bahrain dan Arab Saudi). Polis Pakistan berjanji akan bantu setelah mengambi passport mereka dan barang-barang lain untuk diperiksa. Seharian mereka berada dalam jagaan polis Pakistan. Malangnya, yang datang mengambil mereka adalah helicopter tentera Pakistan. Mereka dibawa naik, lalu diserahkan pula kepada tentera Amerika. Inilah wajah Pakistan di bawah Pervez Musharraf laknatullah alaih!!! Merekalah penjual saudara seagama. Maka bermulalah detik-detik ngeri Adil dan 2 temannya untuk menuju ke Guantanamo.


Mereka dipukul, diterajang dan diikat tangan, kaki dan mata ketika berada dalam helicopter America sehingga sampai ke Cuba (Camp Guantanamo). Bermulalah sesi penyiksaan. Mereka dituduh sebagai anggota Al-Qaedah. Berkali-kali mereka tidak mengaku, namun dibelasah begitu teruk. Setiap malam, sekitar 5 kali mereka dipanggil untuk disoal siasat oleh agen-agen CIA dan FBI atau tentera Amerika sendiri.


Antara yang dicatatakn oleh Adil dalam tulisannya terhadap jenis-jenis penderaan tentera Amerika adalah:


Pertama: Pukulan, tendangan dan sebatan adalah perkara biasa yang mereka alami. Tentera Amerika memaksa mereka mengaku sebagai anggota Al-Qaedah. Namun, memukul tahanan memang aktiviti yang telah dijadualkan untuk mereka dengan giliran masing-masing.


Kedua: Pasukan perubatan tidak lebih dari pasukan penyiksa sahaja. Mereka memang tidak akan melayan aduan para tahanan yang sakit. Namun, jika terdesak, mereka pun datang membawa ubat atau menyuntiknya. Malangnya ubat-ubat yang diberi adalah untuk menambah kesakitan, menjadikan bertambah pening dan muntah-muntah. Dalam hal ini, antara pertubuhan yang tidak boleh dipercayai adalah Palang Merah. Mereka ini sebenarnya ada misi terselubung dan sering menutup kejahatan tentera Amerika dari pengetahuan umum.


Ketiga: Penyiksaan elektrik antara yang sangat menakutkan. Mereka akan diikat di katil atau mana-mana tempat, lalu diletakkan besi yang dialirkan elektrik dikemaluan mereka sehingga mereka menjerit-jerit kesakitan. Dimana-mana anggota badan yang sensitive, disitulah sasaran elektrik dikenakan.

Keempat: Penyiksaan dengan api juga dilakukan. Mereka akan membakar janggut tahanan. Mengenakan besi panas pada mana-mana anggota yang sensitive.


Kelima: Penyiksaan dengan gantungan juga sering dilakukakan iaitu dengan cara mengikat kaki ke atas dan kepala ke bawah. Bagi yang bertubuh gemuk, penyiksaan ini sangatlah menyakitkan kerana terpaksa berada di gantungan berjam-jam lamanya.


Keenam: Penyiksaan dengan menggunakan tangga atau kerusi juga dibuat iaitu dengan mengikat tahanan ke kerusi atau tangga. Jika tidak tahan, mereka akan jatuh bersama kerusi dan tangga secara tersembam ke lantai sehingga berdarah-darah muka mereka.


Ketujuh: Penyiksaan seksual adalah kebiasaan bagi tentera Amerika. Mereka memaksa tahanan melancap (onani) dihadapan mereka. Ketika tahanan mandi, mereka akan menghantar tentera wanita untuk ‘menemani’. Tentera wanita Amerika sering dihantar ke depan sel tahanan-tahanan dan bertelanjang dihadapan mereka bagi melemahkan iman mereka. Darah haid mereka disapu ke wajah para tahanan.kadangkala najis disapu ke badan mereka.La’anallah alaihim!!!


Kelapan: Makanan dan minuman basi adalah kebiasaan bagi tahanan. Air berkarat jadi minuman biasa.


Kesembilan: Penghinaan agama adalah taktik jahat mereka untuk memancing emosi tahanan. Seringkali tahanan memberontak melihat Al-Qur’an sengaja disepak dan dikoyak!!!


Kesepuluh: Hak asasi haiwan lebih bernilai dari hak asasi manusia. Seorang tahanan berjogging didalam kem dan tersepak seekor angsa sehingga tercabut beberapa bulunya. Lalu dia dimasukkan dalam sel dan dibelasah begitu teruk kerana tidak menjaga hak angsa tersebut. Seorang tahanan menghalau labah-labah beracun dari selnya. Beliau dibelasah teruk kerana tidak menjaga hak labah-labah tersebut.


Kesebelas: Membunuh tahanan. Amerika sering mendakwa ada tahanan yang stress sehingga membunuh diri. Kata mereka, tahanan menggantung diri menggunakan kain tuala. Penipu Amerika!!! Kain tuala yang diberi, untuk ikat dileher pun tidak sampai!!! Beberapa tahanan mati di penjara hasil kerja tentera Amerika yang membelasahnya ketika lampu ditutup.


Kedua belas: Wartawan juga ditangkap di Afghanistan kerana merakam gambar-gambar kejahatan tentera Amerika. Apa yang Amerika takutkan jika mereka berperang untuk perjuangan hak asasi manusia???


Ini hanya sebahagian kezaliman Amerika yang dapat saya kutip dari catatan pengalaman Adil Kamil. Namun, masih banyak model penyiksaan yang mereka lalui. Adil akhirnya dibebaskan pada tahun 2005 selepas tiada bukti keterkaitannya dengan Al-Qaedah dan selepas ‘diazab’ begitu dahsyat oleh tentera-tentera pengecut ini!


Dalam catatan Adil, beliau mengakui bahawa, tentera Amerika sangat stress. Manakan tidak, mereka gagal memancing emosi tahanan Muslim ini. Semua mereka tenang ketika diseksa. Ketika Al-Qur’an dihina, mereka mogok lapar selama berpuluh-puluh hari sehingga menakutkan tentera dan akhirnya tentera meminta maaf pada mereka. Mereka menghantar tentera wanita, akhirnya tentera wanita dimaki oleh para tahanan Muslim ini. Mereka berada dalam ruang sempit, namun aktiviti mereka padat dan berfaedah. Mereka membuat jadual imam solat, jadual menyampaikan kuliah Maghrib, Al-Ma’thurat bersama-sama, bernasyid bersama-sama, menghafaz hadis dan syair-syair Arab bersama-sama. Sampai tentera Amerika bertanya, ‘kenapa kamu semua tidak tertekan dengan pelbagai tekanan?” jawab mereka “kami ada Allah!!!” Allahu Akbar!

2 ulasan:

syuhada' berkata...

Allahu Akbar!! cukuplah bagi kita Allah..
wallahua'lam

“Ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat, ‘Sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhkanlah orang-orang yang telah beriman.’ Kelak akan Aku jatuhkan rasa ketakutan ke dalam hati orang-orang kafir.” (Q.s. al-Anfal: 12).

“Akan Kami masukkan ke dalam hati orang-orang kafir rasa takut, disebabkan mereka menyekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah sendiri tidak menurunkan kete­rangan tentang itu. Tempat kembali mereka ialah neraka; dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal orang-orang yang zalim.” (Q.s. Ali Imran: 151).

“Dialah yang mengeluarkan orang-orang kafir di antara ahli kitab dari kampung-kampung mereka pada saat pengusiran kali yang pertama. Kamu tidak menyangka bahwa mereka akan keluar dan mereka pun yakin bahwa benteng-benteng mereka akan dapat mempertahankan mereka dari (siksa­an) Allah; maka Allah mendatangkan kepa­da mereka (hukuman) dari arah yang tidak mereka sangka-sangka. Dan Allah mencam­pakkan ketakutan ke dalam hati mereka; mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan orang-orang yang beriman. Maka ambillah untuk menjadi pelajaran, hai orang-orang yang mempunyai pandangan.” (Q.s. al-Hasyr: 2).

Ummu Sakinah Muhammad berkata...

Allahu Akbar...

sanggupkah kita seperti tahanan guantanamo jika berhadapan dengan siksa dari musuh kelak? hanya iman yang bisa menjawab... ihda husnaiyain...