Firman Allah s.w.t: Mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah bahawa “pada kedua-duanya (arak dan judi) itu terdapat dosa yang besar.
(Al-Baqarah: 219)
Firman Allah s.w.t: Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, berjudi, berkorban untuk berhala dan bertenung nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji yang termasuk amalan syaitan. Maka jauhilah pebuatan itu agar kamu beroleh kejayaan. Dengan minuman keras dan judi itu, syaitan hanyalah bermaksud untuk menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan melaksanakan solat. Maka tidakkah kamu mahu berhenti?
(Al-Ma’idah: 90-91)
Rasulullah s.a.w bersabda: Diantara tanda-tanda Hari Qiamat adalah diminumnya arak.
(H.R Muslim – Kitab Al-Ilm – 16/221)
Rasulullah s.a.w bersabda: Pasti aka nada pada umatku satu kaum yang menghalalkan zina, sutera, arak dan nyanyian.
(H.R Al-Bukhari – Kitab Al-Asyribah – 10/51)
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah telah berjanji kepada sesiapa yang minum minuman yang memabukkan, maka Allah akan memberinya minuman dari Thiinatul khabaal. Rasulullah ditanya: “apa itu Thiinatul khabaal itu?” Sabda Rasulullah: “ Peluhnya ahli neraka.
(H.R Muslim No 2002)
Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang meminum arak semasa di dunia, maka di akhirat kelak ia tidak akan (dapat) meminumnya.
(H.R Bukhari No 5775 dan Muslim No 2003)
Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang meminum arak dan mabuk, maka tidak akan diterima solatnya selama 40 pagi (hari). Apabila ia mati, maka ia akan masuk ke neraka dan apabila ia bertaubat, maka Allah akan menerima taubatnya. Jika ia kembali meminum arak dan mabuk, maka tidak akan diterima solatnya selama 40 pagi (hari). Apabila ia mati, maka ia akan masuk neraka dan apabila ia bertaubat, maka Allah akan menerima taubatnya. Apabila ia kembali lagi meminum arak dan mabuk, maka merupakan hak Allah untuk memberinya minum dari lumpur pada Hari Qiamat sebagai ‘minuman jus’ untuk penghuni neraka.
(H.R Ibnu Majah dari Ibnu Amr dan Al-Bani (ulama’ hadith) mensohihkan hadis ini dalam Shahih Al-Jami’)
Rasulullah s.a.w bersabda: Sebatlah orang yang meminum arak. Jika ia kembali meminumnya, maka sebatlah. Kemudian apabila ia masih meminumnya juga, maka sebatlah kembali. Kemudian untuk yang keempat kalinya ia masih minum juga, maka bunuhlah.
(H.R At-Tirmizi No 1444 dan Abu Daud No 4482)
Bagaimana sikap kita kepada peminum arak?
Kita harus mendoakannya agar ia mendapatkan hidayah. Berdoalah “Ya Allah, berilah ia petunjuk. Ya Allah, perbaikilah keadaannya. Ya Allah, jauhkanlah ia dari minuman keras” dan doa-doa yang sedemikian. Apabila engkau mendoakan agar ia mendapat kehinaan, ertinya engkau telah membantu syaitan untuk merosakkannya kembali. ( Kitab Al-Kaba’ir – Dosa-Dosa Besar – Imam Az-Zahabi – disyarah oleh: Sheikh Muhammad Shalih Al-Utsaimin)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan