Selasa, 13 April 2010

Lagi 'Teroris' Ditangkap di Medan dan Aceh

Detasemen Khusus (DENSUS 88) Anti Terorisme Indonesia menangkap 5 individu yang didakwa terkait dengan kegiatan terorisme di Indonesia. Mereka ditangkap di Aceh Darussalam pada petang semalam (Isnin) di dua buah tempat yang berasingan iaitu di sebuah rumah kedai di Beurawe, Banda Aceh dan di sebuah kediaman di Aceh Besar. 2 orang yang ditangkap di Aceh Besar, salah seorangnya maut ditembak dan seorang lagi tercedera.


Sebelumnya, awal pagi Ahad kelmarin sebelum masuk waktu Subuh lagi, 6 orang yang didakwa sebagai teroris ditangkap di Medan. 2 orang berjaya melarikan diri dan saat ini masih diburu oleh pihak polis iaitu Ali dan Daud. 5 orang dari mereka diterbangkan dengan pesawat ke markas Polis Aceh Darussalam sekitar jam 11 pagi (Isnin). Seorang dari mereka, sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Medan kerana terkena tembakan.


Nama-nama mereka yang ditangkap di Medan kelmarin adalah seperti berikut:


1. Komarudin @ Abu Musa (35) asal Bandar Lampung. Tersangka yang mengalami luka bekas tembakan di tangannya.

2. Yusuf Arifin (25) juga asal Bandar Lampung.

3. Ibrahim @ Deni (31) asal Sidoarjo, Jawa Timur.

4. Bayu @ Budi (26) asal Solo, Jawa Tengah.

5. Pandu @ Abu Asama (26) asal Solo, Jawa Tengah.

6. Abu Musa @ Lufti @ Jafar (30) asal Magetan, Jawa Tengah.


Abu Musa didakwa terlibat dengan pengeboman di Jakarta dan ia merupakan alumni dari Kem Mujahidin Moro, Filipina. Pandu@Abu Asama didakwa terlibat menyembunyikan Noordin M.Top. Yusuf Arifin didakwa sebagai peserta latihan ketenteraan di pergunungan Aceh beberapa bulan lalu. Semua yang ditangkap kini dikumpulkan di markas besar Polis Aceh Darussalam (Polda) bersama beberapa individu yang ditangkap atas dakwaan terlibat dengan terorisme sekitar bulan Feb-Mac lalu.

Tiada ulasan: