3 anggota Satuan Polisi Pramung Pradja (Satpol PP) diberitakan terkorban dalam rusuhan dengan ratusan massa di di Tanjung Priok, Koja, Jakarta Utara yang berlangsung sejak pagi Rabu sehingga lewat malam tadi. Kerusuhan dilaporkkan berlaku apabila warga sekitar Makam Mbah Priok, Jakarta Utara menuntut penyelesaian sengketa masalah tanah disekitar makam tersebut. Mereka khawatir mengenai perobohan rumah warga dan pembangunan kawasan sekitar tersebut yang akan turut mengorbankan kawasan komplek makam tersebut. Namun, hal itu dinafikan oleh pihak berkuasa setempat yang mengatakan bahawa, kawasan makam tersebut akan dijaga dan dipelihara sebagai kawasan sejarah. Ia akan dibangunkan dan diperbaiki.
Mbah Priok adalah seorang ulama’ yang dikatakan menyebarkan Islam di Jakarta ratusan tahun lalu. Beliau hidup sekitar abad ke-18 dan berasal dari Sumatera. Kini makamnya dijaga oleh generasi ke-5 warisnya. Di dalam kawasan komplek ini, terdapat sekitar 12 makam para habib sehingga makam ini sering disebut Makam 12 Habib.
Dalam rusuhan yang bermula pagi Rabu semalam, seramai 134 orang mengalami kecederaan dan kini dirawat dihospital berdekatan. 55 daripada jumlah tersebut adalah warga sipil (orang awam), 10 anggota polis dan 69 anggota Satpol PP (persis penguatkuasa daerah: jika di Malaysia).
Awal pagi Khamis tadi, 7 buah mobil Satpol PP dibakar oleh warga setempat dalam keadaan tiada anggota mereka disitu setelah diarahkan meninggalkan tempat tersebut. Beberapa kenderaan polis turut dibakar termasuk lori water canon. Seluruh channel TV pada malam tadi menyiarkan aksi-aksi kekerasan pihak polis dan SATPOL PP menghadapi warga dengan disepak, dan dipukul. Di sisi lain, warga pula melempar batu, kayu dan senjata tajam kepada mereka. Kecederaan sangat parah di kedua-dua pihak.
Tanjung Priok pernah berdarah pada era pemerintahan Suharto sekitar tahun 80-an. Ratusan umat Islam terkorban pada tragedy tersebut.
Foto dari: http://www.detik.com/ baca juga berita-berita terkini kerusuhan di website berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan