Alhamdulillah, aktivitas warga di Aceh khasnya di Pulau Simeuleu, Sinabang, Nanggroe Aceh Darussalam kini berjalan aman seperti biasa tidak sebagaimana pagi tadi. Gempa berkekuatan 7.2 skala richter yang berlaku pada jarak 75 km dari daratan Pulau Simeuleu sekitar jam 05.15 pagi (06.15 Malaysia) tadi telah mengakibatkan 16 orang warga Simeuleu mengalami kecederaan ringan dan kini telah dibenarkan keluar dari rumah sakit. Diperkirakan terdapat 4 orang yang mengalami kecederaan berat.
Gempa yang berlaku pada kedalaman 34 km dari dasar laut itu turut dirasai sehingga ke beberapa tempat di Medan. Beberapa hotel dikhabarkan mengalami sedikit keretakan dan penghuni beberapa hotel sempat panik serta berlari keluar dari bilik penginapan masing-masing. Di Simeuleu, beberapa bangunan seperti Pusat Kesihatan Masyarakat (Puskesmas) turut mengalami kerosakan ringan serta beberapa bangunan lain.
Terkini, hampir 80% peratus kawasan di Aceh dan Medan yang mengalami padam elektrik sejak gempa pagi tadi telah kembali normal. Pihak lembaga elektrik Aceh memaklumkan, pada malam ini elektrik di Pulau Simeuleu akan kembali pulih seperti biasa. Dari pelbagai sumber menyatakan, gempa berkekuatan 7.2 skala richter ini turut dirasai di beberapa tempat di Thailand serta Malaysia seperti di Pulau Pangkor, Penang dan lain-lain.
Merasai gegaran kesan dari gempa yang berlaku di tengah laut adalah kali ke-4 sejak saya dan teman-teman berada di Aceh. Pertama: 21 Dis 2008 (selepas Solat Isya’), kedua: 24 Julai 2009 (sekitar selepas Maghrib), ketiga: 08 Sept 2009 ( hampir waktu Zohor-ketika majlis perasmian Hari Ukhwah Islamiyyah untuk mahasiswa Malaysia baru) dan keempat: 07 April 2010 (jam 05.15 pagi).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan