As-Syahid Dr.Abdul Aziz Ar-Rantisi gugur syahid pada 17 April 2004. Beliau adalah Qo’id Harakatul Muqawwamatul Islamiyyah (HAMAS) Palestin yang ke-2 selepas As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin yang gugur syahid pada 22 Mac 2004. Sheikh Yasin memegang kepimpinan Hamas bermula tahun 1987. Dr.Abdul Aziz pula memegang taklifan sebagai Qo’id Hamas belum sampai sebulan, lalu ditembak oleh teroris Israel menggunakan helicopter Apache sebagaimana yang dilakukan oleh Israel pada Sheikh Yasin.
Dr.Abdul Aziz syahid bersama 2 pengawalnya. Antara ucapan masyhur beliau apabila ditanya tentang kematian, beliau menjawab “mati itu sama sahaja samada kerana serangan jantung atau kanser..namun aku lebih suka mati kerana Apache..”Ratusan ribu umat Islam mengiringi jenazah mereka. Kini, Qo’id Hamas yang ke-3 dirahsiakan dan hanya ditonjolkan pimpinan-pimpinan tertentu sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan