Khamis, 22 April 2010

Tabahnya Seorang Putri Munawaroh...

[ Anda masih ingat tarikh 17 Sept 2009 atau bertepatan dengan malam 27 Ramadhan 1430 ? Ya, pada tarikh tersebutlah terbunuhnya Noordin M.Top bersama 3 temannya yang lain iaitu Susilo @ Adib, Urwah dan Aji di Kg.Sari RT 03/11, Mojosongo, Jebres, Solo, Jawa Tengah akibat muntahan peluru dari pasukan Detasemen Khusus (Densus 88) Anti Terorisme yang mengepung tempat persembunyian mereka. Namun, disebalik kehangatan media melaporkan insiden tembak menembak antara kelompok Noordin M.Top dengan pasukan Densus 88 tersebut yang akhirnya mengorbankan mereka berempat, ramai yang tidak mengetahui bahawa di saat itu ada bersama mereka adalah isteri kepada Susilo@Adib yang bernama Putri Munawaroh. Ikuti ringkasan kisah yang mengharukan wanita teguh dan tabah ini...]


17 Sept 2009: Rumah tempat persembunyian mereka dikepung pasukan Densus 88. Aksi berbalas tembakan berlaku begitu dahsyat. Putri Munawaroh saat itu sedang mengandungkan anak berusia 5 bulan. Peluru bersimpang siur di udara yang bakal menembus jasad antara mereka. Beliau pasrah jika turut terkorban pada malam tersebut dan mengharapkan mudah-mudahan mendapat syahid. Namun, di hati kecil masih mengharapkan agar dapat terus hidup memikirkan anak yang baru berusia 5 bulan dalam kandungannya.


Beliau mengakui tidak dapat keluar dari rumah tersebut ketika diberi arahan oleh Densus 88. Manakan tidak, bayangkan dalam keadaan suasana panik sebegitu, cuaca yang gelap, ditambah lagi dengan melihat darah telah berlumuran di jasad suami tercinta akibat ditimpa runtuhan bumbung rumah yang ditembak hancur, bagaimana mungkin dengan ketakutan tersebut,beliau dapat keluar dari rumah. Putri Munawaroh menyaksikan sang suami terkorban di depan mata dengan kepalanya yang tertembak. Seorang temannya iaitu Aji yang bersembunyi di bilik mandi juga terkena tembakan dan terkorban. Setelah mereka tidak keluar, akhirnya tembakan diteruskan lagi. Salah satu tembakan mengenai kaki Putri Munawaroh yang saat itu bersabung nyawa menyelamatkan anak dalam kandungannya dan dia dibawa ke rumah sakit Polis Republik Indonesia (Polri).


Wanita berusia 21 tahun ini mengakui, sebelum kejadian, ada 3 orang ustaz bertamu ke rumahnya. Namun tidak mengetahui siapa mereka sehingga akhirnya baru diketahui, bahawa ketiga-tiga ustaz ini termasuk dalam daftar mereka yang diburu. Akhirnya Putri Munawaroh ditangkap pada hari tersebut. Bersamanya, 4 jenazah mereka yang ditembak termasuk suaminya, Susilo@Adib.

23 Dis 2009: Putri Munawaroh selamat melahirkan anak pertamanya di rumah tahanan Brimob (salah satu pasukan di bawah Polis Indonesia), Kelapa Dua.


06 April 2010: Persidangan pertama ke atas Putri Munawaroh di mahkamah Tinggi Negeri Jakarta Selatan di tunda pada 7 April 2010 kerana Ketua Majlis Hakim, Bapak Ida Bagus memohon izin menghantar isterinya untuk dioperasi di Denpasar,Bali. Antara dakwaan yang dikenakan ke atas Putri Munawaroh adalah kerana terlibat melindungi ‘teroris’ yang diburu.


14 April 2010: Persidangan kedua ke atas Putri Munawaroh diadakan di Mahkamah Tinggi Negeri Jakarta Selatan. Team Pembela Muslim (TPM) yang diketuai oleh Bapak Achmad Michdan SH hadir sebagai pembela kepada Putri Munawaroh. Beliau meminta agar semua tuduhan yang dikenakan ke atas Putri Munawaroh dicabut kerana tuduhan-tuduhan itu sangat lemah dan tanpa bukti yang kukuh. Sebahagian simpatisan turut berada di mahkamah sejak pagi sehinggalah persidangan bermula sekitar jam 1.30 petang sambil melaungkan takbir.


21 April 2010: Persidangan disambung semula dan Putri Munawaroh menceritakan detik-detik kejadian tembak menembak antara pasukan Densus 88 dengan mereka yang berada dalam rumah tersebut. Beliau mengakui melihat suaminya ditembak di kepala dan bersimbah darah akibat ditimpa runtuhan bumbung rumah yang hancur ditembak. Hakim turut bertanya khabar kondisi anaknya dan beliau mengakui anaknya itu sihat wal ‘afiat.


Apakah nasib Putri Munawaroh seterusnya selepas ditinggalkan suami tercinta? Wallahua’lam. Doakanlah kesabaran, keteguhan dan kekuatan untuknya dalam meneruskan kehidupan ini.


Mari bersama membaca sebuah warkah terbuka dari seorang akhawat kepada Putri Munawaroh disini: http://www.muslimdaily.net/features/5574/surat-terbuka-atas-nama-cinta-kepada-putri-munawwaroh


Maklumat di atas dipetik dari sumber-sumber berikut. Boleh membacanya keseluruhannya di

http://www.arrahmah.com/index.php/news/read/6373/putri-munawaroh-mujahidah-tangguh-itu-melahirkan dan http://www.arrahmah.com/index.php/news/read/7558/sidang-kedua-putri-munawaroh-tpm-sampaikan-eksepsi dan http://www.arrahmah.com/index.php/news/read/7584/putri-munawaroh-susilo-ditembak-kepalanya dan http://www.arrahmah.com/index.php/news/read/7445/sidang-perdana-putri-munawaroh-ditunda

Tiada ulasan: