Rabu, 7 April 2010

Gempa 7.7 Skala Richter di Aceh: Mahasiswa Malaysia selamat

Gegaran sekitar 2-3 minit sekitar jam 5.15 pagi (6.15Malaysia) tadi sempat membuat kami panik sebentar. Saya dan teman-teman serumah sewa terjaga apabila terasa rumah bergetar. Kepala terasa sedikit pening. Lampu gantung di rumah bergoyang dan air di kolah berkocak. Jika tidak salah, selama kami berada di Aceh (Ogos 2008), ini adalah gempa kali ke 3 atau ke 4 yang kami rasai.


Kali ini gempa berlaku di Pulau Sinabang (Pulau Sieumelu) dengan 7.7 skala richter. Beberapa bangunan dilaporkan sediki retak dan ada beberapa kecederaan yang berlaku kepada warga sekitar Pulau Siuemulu. Gempa kali ini dirasai juga di beberapa tempat di Medan (masih dalam kepulauan Sumatera).


Di Ulee Lhee (kawasan yang berdekatan dengan laut Aceh), beberapa warga ada yang lari keluar dari rumah dan menuju ke kawasan sekolah berdekatan kerana khawatir ancaman Tsunami berulang. Sehingga saat ini, dijangka gempa susulan mungkin akan berlaku lagi secara kecil. Elektrik di beberapa tempat padam sejak pagi tadi termasuk di kawasan kami (Darussalam, Banda Aceh).

Alhamdulillah, sekitar jam 11.00 pagi(12.00 Malaysia) tadi, baru elektrik hidup semula. Elektrik di kawasan kami padam sebaik azan Subuh dilaungkan iaitu selepas berakhir gegaran kecil yang kami rasai.


Perkembangan terkini mengenai kesan dari gempa pagi tadi, akan saya sampaikan selepas ini. Tiada apa-apa yang berlaku kepada mahasiswa Malaysia di Aceh. InsyaAllah, doakan keselamatan untuk kami semua di Aceh. Boleh juga baca di sini: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gemakuat7_8magnitudlandaIndonesia_Thailand/Article dan http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm

Tiada ulasan: