Sabtu, 3 April 2010

Dedikasi Buat Zainulfaqar Yang Saya Hormati

Saya pesan pada beberapa teman-teman bahawa, dalam PAS antara maklumat rasmi untuk kita baca adalah akhbar Harakah atau harakahdaily, Siasah atau siasahdaily, blog mana-mana pimpinan tertinggi PAS seperti Ust Nasruddin Tantawi dan exco-exconya atau blog PAS di peringkat negeri-negeri. Selebihnya dari itu, bagi saya ia bukan sumber rasmi parti PAS sebagai gerakan Islam. Namun, bukan bermakna tidak boleh membacanya langsung. Bacalah…baca dengan lafaz Bismillah…insyaAllah anda akan tahu untuk menerima terus info darinya atau tidak.


Anda lebih tahu betapa banyak musuh kepada gerakan Islam dan kepimpinannya. Ada yang yang berada di luar gerakan Islam, ada yang suka bermain di tepi-tepi pintu, ada juga yang mungkin telah melepasi pintu. Mereka bergerak dengan pelbagai nama. Ada yang berlagak sebagai penegak kebenaran dalam pemberitaan, ada yang berlagak sebagai ‘ingin menyelamatkan PAS’, ada yang berlagak ‘saya sayangkan PAS dan ingin meluruskannya’ dan 1001 macam lagi wajah-wajah mereka tampilkan guna meraih keyakinan pembaca setia tulisan-tulisan mereka. Kesimpulan akhirnya nanti, pimpinan PAS dan PAS adalah bodoh dan dialah (penulis) yang pandai.


Jujurnya saya akui kurang berminat berbicara mengenai permasalahan-permasalahan yang berlaku sedikit sebanyak dalam PAS. Apatah lagi saya bukan ahlinya untuk berbicara sebagaimana saya katakan sebelum ini, anda yang menulis berhadapan dengan 2 perkara iaitu pembaca yang bersetuju dan pembaca yang tidak bersetuju. Namun, hal yang paling besar perlu dibimbangi adalah menulis juga terkait soal dosa dan pahala (baca tulisan Ust Nik Abduh diblognya). Dalam pembacaan dan pengetahuan saya, tidak ada gerakan Islam yang tidak ada masalah di dalamnya, bahkan Ikhwan di Mesir saat ini pun sedang dilanda krisis yang sama.


Semalam saya sempat membaca blog Saudara Zainul Faqar. Maaf, saya tidak kenal anak muda ini dan hanya sebatas mengetahui dia mantan mahasiswa UM dan kini berkhidmat sebagai wartawan harakahdaily. Dia aktivis mahasiswa. Entah tarbiyyah apa yang pernah diisi di kepalanya selama berada di zaman mahasiswa, saya tidak tahu. Jadi, tidak perlu saya berlagak tahu sebagaimana dia yang tampil sebagai orang yang seperti tahu segala perkara. Beliau menceritakan ‘pengalaman berharga’ bertemu Ust Nasharuddin Mat Isa (Tim.Pres.PAS) di Kafetaria Parlimen 30 Mac kelmarin. Saya tidak berminat untuk copy artikelnya ke sini. Anda bacalah diblognya http://zainulfaqar.wordpress.com/2010/03/31/lebih-baik-tanya-allah-dari-bertanya-nasharuddin/ artikelnya memang ‘panas’ dan selama saya ikuti tulisan-tulisan beliau, memang yang panas-panas beliau suka sampaikan. Antaranya provoke pimpinan PAS.


Saya tidak berhak menyoal soal keihklasannya menulis artikel ini. Ikhlas hal tersembunyi yang hanya diketahui oleh tuan badan sendiri dan Allah SWT tentunya. Namun, gaya penulisan atau persembahan yang ditampilkan di blognya cukup untuk kita menyoalnya pula dan meraguinya pula. Untuk meyakinkan pembaca akan ‘detik-detik mengecewakannya’ itu saat bertemu Ust Nasa di kafetaria, maka beliau tampilkan penulisannya dimulai dengan ayat Al-Qur’an yang menceritakan kisah Nabi Ibrahim dengan Allah. Entah kaitan antara ayat Al-Qur’an tersebut dengan kondisi yang berlaku kepadanya dan Ust Nasa, kena atau pun tidak, wallahua’lam. Malangnya, beliau enak menulis ‘pengalaman berharga’ tersebut dan terasa puas dapat smash Ust Nasa tanpa pembelaan diri dari Tim.Pres Pas tersebut. Lalu, apa yang disampaikannya, berkemungkinan besar akan ‘diimani’ oleh pembaca setianya.


Ada satu hal yang suka dilakukan oleh orang-orang yang suka mencari popularitas, antaranya ketika berbicara, berlebih-lebihan (untuk sedap didengar), ketika menulis, suka menambah-nambah (tidak sebagaimana kisah asal yang berlaku). Anda baca diblog saudara Zainulfaqar ini, anda akan lihat betapa bangganya dia menulis: [ Aaaaih…salahkah saya nak tahu apa yang hang (kamu) buat di sini? Salahkah aku nak tahu kenapa hang tak sama-sama Pakatan Rakyat sekarang (dalam) menentang usaha membawa Zionis-Israel ke Malaysia (di Dewan Rakyat),” saya bertanya Nasharuddin lagi.]


Untuk apa dengan Ust Nasa beliau menggunakan perkataan ‘hang’? anda percaya saudara kita ini menggunakan perkataan ‘hang’ dengan tim.pres PAS? Jika anda tidak percaya atau kurang percaya, inilah saya katakan orang-orang yang suka berlebih-lebihan dalam menyampaikan cerita. Sejak dulu lagi sasaran artikelnya membelasah Tim.Pres PAS. Entah apa misi, anda pergi berborak dengan dia di mana-mana tempat. Gambar Ust Nasa yang agak ekslusif ditampilkannya sebagai penguat ‘inilah gaya tim.pres.PAS’. Memang wajar sahaja dia merasa diri hebat, lihatlah komentar artikelnya sudah mencecah 118 komentar (setakat saya menulis artikel ini). Saya memang tidak tahu apa yang terjadi dalam PAS samada wujudnya orang-orang yang ingin bergabung dengan UMNO atau sebaliknya. Namun, saya percaya pimpinan PAS adalah mereka yang bijak memahami bagaimana bertindak dalam sesuatu hal di dalam gerakan Islam. Kenyataan rasmi dari pimpinan PAS atau para ulama’nya, itulah yang saya dahulukan.


Tapi, jika anda bercakap tentang wala’, thiqoh, adab atau akhlak dihadapan bebapa orang seperti Zainulfaqar ini, mungkin mereka akan tersenyum. Sebab mereka orang-orang yang sangat hebat, berpuluh-puluh tahun bangunkan PAS, bekerja puluhan tahun untuk memenangkan PAS dan menghadapi mehnah dan tribulasi puluhan tahun bagi menghadapi UMNO. Itu sebab, diakhir artikel, Zainulfaqar mencabar JK Disiplin PAS (diketuai Tuan Guru Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man): [ “Kepada semua pelayar blog ‘kecil’ ini, khususnya geng Kerajaang Perpaduan, segelintir pemimpin Pemuda yang bacul dan ahli-ahli PAS yang menyokong usaha membawa PAS bergabung dengan Umno sendiri, sila buat aduan segera tentang entri ini kepada Lembaga Disiplin PAS supaya saya boleh didakwa dan dipecat.]


Anda lihat pula, kalau si penarik beca ini mengulas artikel Zainulfaqar, apa tajuk ulasan singkatnya? ‘bila kaki lepak ditegur’. Baca disini http://penarikbeca.blogspot.com/2010/04/bila-kaki-lepak-ditegur.html Tim.Pres PAS pun ditulis ‘kaki lepak’. Memang ini kerja beberapa orang blogger. Yang penting blognya sentiasa panas dan dikunjungi orang. Kalau depan penarikbeca (yang duk mengaku orang PAS) ini, anda berbicara tentang wala’, thiqah, adab atau akhlak berjama’ah, bukan kena senyum, kena gelak mungkin ada. (baca semula semua artikel-artikel beliau tentang wala’ dll).


Untuk menyeimbangkan maklumat, anda bacalah pula komentar Saudara Herman Samsudin ke atas artikel Zainulfaqar disini http://syukran.wordpress.com/2010/04/02/bila-wartawan-badwi-bertemu-pemimpin-yang-bukan-nabi/ . Percayalah! Zainulfaqar seorang anak muda yang hebat dan mahukan perubahan serta keselamatan kepada PAS!


Maaf saudara, ini komentar dari anak muda yang masih berstatus mahasiswa yang pastinya tidak lari dari kesilapan. Saya tidak kata saudara Zainulfaqar ini musuh kepada gerakan Islam atau pimpinannya atau menafikan keikhlasannya (mudah-mudahan beliau ikhlas: tapi ikhlas sahaja tidak jadi, kalau tidak dibaluti dengan akhlak). Tapi, kalau kita katakan beliau juga ada agenda atau misi, ianya mungkin juga. Sebentar tadi saya tanyakan pada seorang sahabat mantan mahasiswa UM mengenai diri Zainulfaqar untuk saya kenali. Beliau hanya membalas sms ringkas ‘budak gila..kaki kelentong’. Wallahua’lam. Terima kasih.


6 ulasan:

Li berkata...

Assalamualaikum, Dik.

(1) Blogger penarik beca mengaku bahawa dia bukan ahli pas - cuma penyokong fasal 3, 4, dan 5?

(2) Adik kata adik pun bukan ahli pas.

(3) Abang pun bukan ahli pas. Sejak abang dibenar undang-undang untuk mengundi, belum pernah abang mengundi parti dari komponen BN. Melainkan semasa zaman buat eksperimen di universiti dulu - kononnya kerusi fakulti bagi puak ini, kerusi di mpp bagi puak itu; yang entah apa rasionalnya.

(4) Ada beberapa berita dalam entri fakar yang perlu diselidiki, barangkali. Salah satu contoh, semasa parlimen bersidang kenapa ada AP yang berada di cafe? Apa tugas hakiki AP? Entahlah, barangkali berguru menggunakan kaset dan vcd sudah memadai berbanding dengan belajar secara berhadapan guru - jika mengambil contoh ust nasa yang dikhabarkan mengikuti sidang melalui TV dan bukannya turut serta di dalam sidang.

Err, ust nasa ada keutamaan lain ker pada masa tur, Dik?

adik abg berkata...

terima kasih abg atas kmntr..

Tanpa Nama berkata...

ni komen dari orang tak pernah ke parlimen atau sengaja buat tidak tahu. semua MP tak akan duduk spnjg masa dlm parlimen. baik Dr Zul, Husam dulu ke, Mahfuz, Salehudin..ada masa mereka keluar. selepas sejam dua dlm dewan, keluar sekejap 10 ke 20 minit minum dan hilangkan pnat.

mana ada orang duduk sepanang masa dlm dewan. semua macam tu..anwar pu keluar..siap minum teh dengan najib lagi..ni suasana biasa.. saudara tak tengok ke berapa jam dia duk dlm dewan, dan berapa minit dia keluar.. kenapa tak tanya anwar,salehudin, dr zul yang rajin sangat duk cafe sembang dengan nazri aziz, zahrin,najib, lah badawi tu.. sbbnya itu perkara biasa...bukan ponteng,,rehat sebentar.. bukan duk bncg kerajaan perpaduan,,,

Tanpa Nama berkata...

komen untk zainulfaqar, baca lagi disini: http://ali-zaidan.blogspot.com/2010/04/menjawab-zainulfaqar-ustaz-nasharuddin.html dan disini:
http://batuapi-firestone.blogspot.com/2010/04/serangan-untuk-pecah-belahkan-pas.html

Ahmad Muhibbiin Bin Asri berkata...

saya setuju dgn tnpa bernama....mugkin ustaz nak berehat dan cari idea...

Zainulfaqar Yaacob berkata...

Terima kasih kepada adik sahabat saya, adik Nasa'e. Kalau nak dengaq apa yg ustaz Nasha rundingkan dengan Husni Hanadzlah, call saya, 0194241583. Kalau ada masa, bleh berjumpa dan berwacana atas ilmu, bukan atas candu wala'. Ana harap nta lebih unik dari abang nta di UM tu. Salam ukhwah...

ZAINULFAQAR YAACOB
(digelar 'Kaki klentong')