Jumaat, 6 Februari 2009

Tarbiyah Langit Untuk Anwar !

Puluhan website dan ratusan sudah blog-blog yang mengecam tindakan Barisan Nasional yang menukar sebuah kerajaan negeri dengan cara yang sangat tidak bertamadun dan bermoral. Episod ‘main menyorok-menyorok’ 2 badut sarkis dan kemasukan semula sekor lembu ke kandang lamanya setelah sama-sama diberi makan ‘rumput berkrim campur lemak susu’, akhirnya berjaya menumbangkan kerajaan negeri Perak yang baru berusia 11 bulan. Insiden MB dan exco dihalau dari pejabat, rumah rasmi dikepung macam memburu penjenayah, gas pemedih mata dibedil kedalam masjid Ubudiyyah, rakyat dibelasah, ditahan sehinggalah dengan muka tak malu orang Pangkor angkat sumpah jadi MB….MB Haram!


Ratusan rakyat menangis mengenang pengkhianatan 2 badut sarkis yang tidak ada prinsip perjuangan, kibaran bendera hijau putih megah ditiup angin ditambah dengan kibaran bendera Palestin. Subhanallah, macam di Ghazzah. Baiklah, sekarang semuanya setuju dan akur bahawa BN dan UMNO zalim, jahat dan tidak demokratik. Tiada khilaf lagi ! Jika ada yang masih ragu atau tidak percaya, sohih ada wayar yang putus atau Najib hadiah 50 juta !


Sekarang, dalam kekecewaan dan kemarahan itu, mari sama-sama kita renung sejenak artikel ini. Saya petik dari blog Prof.Dr Hamirdin bin Ithnin http://hamirdin.blogspot.com/2009/02/tarbiyah-langit-untuk-anwar.html Bacalah ! Artikel ini baik untuk kita semua. Selepas selesai, terpulang mahu terima atau tidak. InsyaAllah, ada muhasabah buat semua pejuang Islam.


TARBIYAH LANGIT UNTUK ANWAR


Assalamualaikum,

Kemelut yang berlaku di Perak sekarang adalah merupakan satu tarbiyah Allah kepada mereka yang ingin ditarbiyyahkannya. Soal paling pokok dalam kemelut ini ialah masalah hati. Hati ingin kepada kuasa, samada restu Allah didapati atau tidak, yang penting ialah kuasa itu berada di tangan. Soal moral, kebertanggungjawaban dan kredibiliti tidak menjadi perhitungan. Apatah lagi soal syakhsiah dan akhlaq. Soal iman jauh sekali. Menunjukkan manusia yang berkecimpung dalam politik negara ini sememang telah jauh menyimpang daripada landasan yang disediakan oleh Allah.

Memerangkap dua orang ADUN Perak dengan pertuduhan rasuah adalah suatu usaha yang tidak bermoral, begitu juga merayu dan menggula gula mana mana YB samada dari BN ke PR atau dari PR ke BN adalah juga suatu perlakuan yang tidak menunjukkan kebertanggungjawaban. Menjatuhkan sesebuah team mentadbir negeri atau negara dengan cara melompat ini adalah juga satu usaha yang tidak berperinsip dan tidak bertanggungjawab. UMNO BN telah melakukannya di Terengganu. Juga telah melakukannya di Sabah. Dan kini sedang diambang melakukannya lagi di Perak.

Sampai bila pun, cara sebegini akan dicap sebagai cara yang tidak bermaruah dan tidak berperinsip. Anda ingat 916? Ia adalah tarikh di mana Anwar Ibrahim telah cuba untuk melakukan satu political engineering dengan cara memujuk sejumlah YB menyeberang ke PR dengan tujuan untuk menjatuhkan BN. Usaha tersebut telah gagal. Walau pun dalam beberapa tulisan, saya seolah tidak disapprove kelicik ini, dengan bertujuan tidak memberi peluang kepada pihak lawan mencari ruang membidas, namun secara prinsip saya masih tetap mengatakan usaha tersebut bukanlah pilihan yang terbaik.

Sebenarnya cara Anwar Ibrahim berusaha mendapatkan tapuk pemerintahan negara melalui teknik 916 adalah salah. Saya rasa ia salah dari moral. Ia salah dari segi politik. Dan ia salah di sisi Allah. Allah telah merestui kita yang mendokong perjuangan Islam dengan cara mengagalkan 916. Sekiranya ia berjaya, maka kebusukan usaha tersebut akan sentiasa terpalit ke muka mereka yang bersama dan merestuinya sampai bila bila.

Sekarang taktik yang sama digunakan untuk menjatuhkan kerajaan Perak. Sudah tentu taktik tersebut adalah taktik busuk, dan sentiasa berbau dan kelihatan serta dipersepsi sebagai busuk serta hina. Sesiapa yang terlibat dengannya akan ditimpa oleh persepsi hina ini sampai bila bila.

Mujur Anwar gagal dalam 916. Mujur taktik katak dijaguhi oleh UMNO. Kita akan bersih dan kelihatan bersih dari sekarang sehinggalah ke generasi akan datang.

Langit ingin memberi tahu kita taktik tersebut adalah tidak betul. Langit ingin memberi tahu Anwar Ibrahim cara tersebut adalah tidak betul.Itulah tarbiyyah dari langit untuk Anwar. Juga untuk kita.


Hamirdin b Ithnin

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau PR rancang nak ambil alih Pusat 16 September...semuanya ada fatwa halal.

Kena atas batang hidung?

Tanpa Nama berkata...

ade ke fatwa haram utk ambil alih kuasa dari kerajaan kasino, menjual arak, subur dengan hiburan melampau, dan pelbagai lagi kemaksiatan tapi ditutup dengan jenama Islam Hadhari?