Ahad, 15 Februari 2009

Keaiban Masa Lalu : Perlukah Dibuka & Dikongsi?

Pandangan 1 > Aktivis Dakwah :


Saya pernah tidak lulus dalam peperiksaan. Saya pernah dimarahi didalam kelas kerana tidak dapat jawab soalan. Saya pernah dirotan kerana terlambat sampai ke tapak perhimpunan. Saya pernah diketawakan kerana terjatuh ditengah khalayak ramai. Malu betul…sangat memalukan ! itulah kata saya dan anda juga sebenarnya.


Jika seorang miskin diletakkan disebelah orang kaya dalam satu majlis, dia akan merasai aib yang amat sangat. Jika semua kawan-kawan pakai handphone jenama terbaru, harga termahal, cover paling ampuh (jatuh dalam kolam, tak masuk air..:), maka anda keseorangan yang memakai handphone RM99 akan merasa aib, malu nak keluarkan dari poket ditengah ramai. Ada masa kejap-kejap bateri ‘kong’ pun berbunyi. Aib rasanya. Jika anda pergi ke kuliah dengan sebuah motor Honda 60, dan sampai tempat parking, penuh dengan kawan-kawan yang sedang parking motosikal TZM atau Kawasaki. Tiba-tiba hampir sampai, Honda 60 meletup pula tengah-tengah orang ramai, berkepul-kepul asap hitam. Malu sampai tidak tahu nak terjemah.


Maknanya, keaiban itu bermakna sesuatu yang memalukan ? Wah, kasihan nasib si miskin apabila berada disisi si kaya jika begitu. Jadi, kalau ditanya kepada 1000 orang apa ta’arif aib, maka 1000 jawapan kita akan dapat. Paling malang dan membimbangkan apabila orang yang berpeluk lelaki perempuan yang tidak ada kaitan apa-apa ditengah orang ramai, tidak berasa malu pun ! Perasuah tidak merasa malu pun ! Culik orang dan paksa orang, tidak malu pun ! Habis, apa makna keaiban? Maknanya terjemahan makna aib itu sekarang sudah mengikut persepsi masing-masing, bukan lagi dari sudut pandang Islam.


Baiklah, anda boleh dapatkan huraiannya yang terbaik. Pun begitu, dari saya mengatakan aib itu adalah setiap perkara yang memalukan jika terjadi atau dilakukan khasnya perkara yang jelas dilarang oleh Allah & RasulNya. Jadi, si miskin dibanding dengan si kaya hanya sudut pandang manusia sahaja. Maknanya, tidak semua kesalahan adalah keaiban jika kita menilai pandangan Islam.


Perlukah keaiban masa lalu dibuka?


Siapa yang boleh mengagkat tangan mengaku tidak pernah melakukan keaiban atau merasai keaiban? Tidak mungkin. Saya melihat dalam perjuangan, sering kita bertemu dengan individu atau kita sendiri yang membuka keaiban diri dimasa lalu baik kepada kelompok yang ramai atau kepada orang-orang tertentu yang kita yakini bisa dipercayai. Apa punca yang mendorong kita untuk sanggup ‘memutar semula filem-filem’ lama kita yang penuh dengan catatan gelap tindakan-tindakan jahiliyah tersebut?


1) Fitrah – manusia suka berkongsi pengalaman masa lampau kepada teman-teman dengan pelbagai tujuan seperti agar ia diambil pengajaran dan sebagainya.


2) Kebanggaan – ada manusia yang suka mendedahkan keaiban masa lalu kerana berbangga dengan anggapan tindakan itu sesuatu yang hebat yang jarang dilakukan. Contohnya: “aku dulu gangster sekolah, kau tahu tak?semua budak-budak takut dengan aku”. Cerita sebegini pada anggapannya akan membuat orang berasa gerun, ‘tabik spring’ dan ta’jub. Tidak lebih dari itu.


3) Keperluan – manusia yang bersalah dan berdosa tidak akan tenang dalam kondisi seperti itu untuk selama-lamanya. Akhirnya mahu berubah juga. Maka akan dicari indiviud-individu sebagai tempat meluahkan perasaam dengan tujuan agar diberi solusi (penyelesain) atau nasihat atau bantuan.


3 tujuan ini hanyalah sebahagian dari tujuan dari banyak tujuan-tujuan lain yang dapat saya simpulkan. Masih banyak tujuan lain. Bagi saya, hanya no 1 dan 3 sahaja bisa diterima, namun perlu bersyarat atau ada keterbatasan. Bukan membuka sembarangan !


Syarat-syarat membuka aib diri


a) Yang terbaiknya, tindakan membuka aib diri ini hanya untuk keperluan mendesak sahaja seperti meminta nasihat, pandangan atau bantuan penyelesaian.


- Pastikan anda tidak terlalu cepat mencari tempat luahan apatah lagi dengan individu yang baru beberapa waktu dikenali.

- Lihat sifat amanahnya, kebertanggungjawabannya, thiqahnya dan keperluan-keperuan berkaitan.

- Elakkan mengakui keaiban dihadapan bilangan yang ramai. Cukup dalam kelompok kecil yang terpercaya atau terus kepada secara berduan sahaja. (naqib atau murabbi atau kaunselor atau ibu bapa dll).


b) Sekiranya sekadar menunjukkan kebanggaan, elakkan atau tinggalkan terus, walaupun untuk dengan niat berkongsi pengalaman.


Kenapa terlalu ketat persyaratannya?


Fahamilah bahawa anda aktivis dakwah, baik anda amilin dibawah atau berada diperingkat qiadah (kepimpinan). Dihadapan anda ada pelbagai jenis mad’u samada yang masih baru berjinak-jinak dengan dakwah dan tarbiah, yang boleh menyimpan amanah atau tidak dan sebagainya. Kebimbangan saya berasaskan 3 perkara juga :


1) Jika anda seorang pimpinan atau naqib, tindakan ‘berkongsi’ pengalaman hitam lampau akan didengar oleh 2 kategori ahli dibawah.

i) Yang mengambil pengajaran untuk tidak melakukan kejahatan tersebut.

ii) Yang sekadar mendengar, lalu terus terkejut apabila mengetahui begini rupanya sejarah naqib atau pimpinannya.


Catatan: Berhati-hatilah ! Ahli anda terlalu ramai kategori kedua. Pengalaman hitam anda bakal menghilangkan kethiqahan mereka kepada nada. Ingat ! Dalam gerakan Islam, kita mesti membina keyakinan dan kepercayaan orang dibawah dan bagaimana kita menjaga kethiqahan tersebut. Mendedah keaiban diri secara terbuka memungkinkan anggota bawahan memandang rendah pada anda sebagai pimpinan atau naqib dan seumpamanya.


2) Perlu diberi perhatian ! Dalam gerakan Islam diperingkat kampus khasnya, kita bukan sahaja menjadi pimpinan setakat disitu. Bahkan perlu mempunyai tekad dan jiwa yang besar agar Negara itu sendiri bakal kita pimpin. Kita akan menjadi pengganti kepimpinan Gerakan Islam diluar nanti. Bukan soal gila jawatan atau mahukan dunia. Tetapi kita memahami keperluan memegang urusan kepimpinan dalam Negara dan gerakan Islam.


Bolehkah kita memberi jaminan bahawa bukan kita yang akan jadi PM Malaysia nanti? atau Pres. Gerakan Islam? atau ketua pemuda Islam? ketua gerakan muslimah? Pernahkah Ust.Ismail Hanieyah, Hj Hadi, Anwar, Pak Lah, Najib dan lain-lain tahu bahawa mereka akan menjadi pimpinan kepada jutaan manusia? Tidak !!! Maka berhati-hatilah. Bimbang kita menjadi pimpinan dalam keadaan orang dibawah mengetahui keaiban kita yang pelbagai hasil tindakan ‘terlajak jujur’ kita dengan alasan perkongsian. Pelbagai perkara boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja khasnya pihak musuh untuk merosakkan kita sebagai pimpinan ketika itu kerana semua kejahatan lampau kita dalam genggaman memori mereka.


3) Berhati-hatilah juga kerana manusia ini tidak dapat kita jamin keimanan dan istiqamah mereka. Bukan kita yang menjadi mesin control iman dan taqwanya. Boleh jadi akan berlaku dan memang telah berlaku adanya orang dibawah yang apabila melakukan kesalahan, lalu ditegur oleh kita dan dia membalas “alahhh..aku tahu juga kau sape..bukan baik sangat. Setakat aku nak cerita pada orang pun boleh”. Jangan sampai keaiban kita yang dikongsi menjadi kredit untuk orang-orang yang berkepentingan mengugut kita untuk dapatkan habuannya. Contoh : “kalau kau tak bagi aku buat benda ni, aku bocor pada orang cerita lama kau”.


Afwan sahabat-sahabat sekalian. Ini bukan khayalan-khayalan dari penulis semata-mata atas perkara-perkara yang belum berlaku. Tetapi telah terbukti. Maka mohon diberi perhatian.


Semua ini bukan alasan untuk kita menjadi hipokrit, tetapi menutup keaiban diri, berazam untuk tinggalkan kejahatan tersebut dan memohon ampun dari Allah. Allah memelihara keaiban kita dengan tujuan memberi ruang untuk kita bertaubat, lalu kita membukanya dengan pelbagai alasan, jelas tindakan yang merugikan diri.


Bagaimana dengan keaiban orang lain?


Saya masih teringat pesan dari Al-Fadhil Ust Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kuliahnya. Beliau menyebut, dalam Islam ada perkara yang boleh kita dedahkan secara umum dan ada yang tidak perlu.


1) Jika seseorang yang melakukan kesalahan secara terang-terangan dan diketahui ramai, maka boleh diceritakan dengan tujuan agar orang lain dapat berhati-hati dengan kejahatannya.


2) Jika kita menemui seseorang yang melakukan kesalahan atau keaiban secara tersembunyi, maka simpanlah. Mudah-mudahan Allah tutup keaibannya dan hanya Allah, dia dan anda sahaja yang mengetahui. Kerana seseorang yang melakukan kejahatan atau dosa secara diam-diam itu menunjukkan dia masih mempunyai deria malu kepada manusia berbanding dengan mereka yang melakukan kejahatan terang-terangan. Mudah-mudahan dia tersedar kerana kejahatannya diketahui oleh anda seorang dan anda sewajarnya mengambil kesempatan untuk bertemu dengannya dan terus menasihatinya.


Bahkan, kita bisa merujuk Kitab Riyadus Solihin dalam Bab Mengumpat. Dibenarkan seorang isteri menceritakan keaiban suami dan sebaliknya kepada Qadhi untuk tujuan memperbaiki. Namun tetap bersyarat seperti jangan berlebih-lebihan, cukup menyebut yang perlu sahaja. Jika kita mengadu masalah seseorang kepada orang alim atau yang terpercaya juga digalakkan menyimpan nama individu yang bersalah tersebut jika tiada keperluan. Cukup menyebut salahnya sahaja.


Ciri-ciri pimpinan, naqib / naqibah dan murabbi


1) Mesti menjadi pendengar masalah sesiapa sahaja khasnya ahli dibawah.

2) Siap memberi pandangan atau bantuan sekadar kemampuan.

3) Bersedia menyimpan amanah dan keaiban ahli dibawah.


Wallahua’alam.


Perhatian: Ini hanya pandangan penulis sahaja hasil penelitian. Jika ada komentar, cadangan, pandangan atau persoalan, masukkan diruangan komentar dibawah. Salam perjuangan.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tapi, ustaz sndiri menghukum orang dgn melihat masa lalunya yg penuh dgn kejahilan,maknanya ustaz sndiri tidak dapt trima kburukan seseorang utk masa lalunya.ketika individu tersebut mahukan kekuatn utk menjadi lbih baik dgn mndapt tarbiah dari ustz, tp org sprt ustaz tdk dpt terima. apakah ini adil kpd individu tersebut.....

arruhuljadid berkata...

pknlkn nama saudara dgn baik..dn mari kita bncg scara ilmiah, apakah artikel ini ada kaitan dgn mslh mghukum org bdsrkn kslhn masa lalu.jika anda tidk mmhmi apa mslh yg sdg brlaku dan kondisi yg bgimana,jgn buat tanggapan sdiri.ni email saya kalu ikhlas mhu brbncg.bleh add pada YM: saifulislam_gema@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

sejadah putih adlh pengenalan ana dn ustz tlh pun kenali ana.....ana cba kaitkan hal yg berlaku pd ana dgn penulisan ustaz tntg keaiban pd masa lpas, jd soalan ana, adkh smua kslahan masa lalu sesorang perlu diungkit dn dihukum dgn title yg negatif oleh org sprti ustaz? ana terfikir, ustaz seorang pendakwah,jd setiap prkara yg ustaz lakukan ustz mmbawa msyrakat dkt dgn kbaikn, jd bila prkara ini berlaku, seolah2 ustaz spt mlarikan diri. adakah ini adil? ana memrlukan penjelasan dari ustaz dgn penuh hikmah.....

arruhuljadid berkata...

salam,kpd saudari..skiranya msih rasional..sila bhbubg dgn saya mlalui YM yg saya tlh berikn.tdk mgkn smua pkra akn saya jwb scra trbuka diruangn yg boleh dibc oleh smua org ini yg mrk tdk mgthui apa2 mslh sdri.jd,sya sdiakn altrntif utk sdri bdskusi pjg mlalui YM yg boleh mmlhra diri sdri.tlg fhm..

ammar yusof berkata...

die nk bgtau Aib bleh ttpi kpd naqib ataupun pada yg kita thiqah.jgn dikongsi.