Hari ini, usia blog Suara Anak Muda ini mencapai 6 bulan kelahirannya bermula 23 Ogos 2008 yang lalu. Semuanya hasil bikinan dari sahabat saya Akh Yusri yang kini masih menetap di KIAS, Kelantan. (terima kasih ya). Awalnya, memang saya sendiri tidak tahu apa matlamat khusus blog ini dibuat. Rasanya hasrat awal, sekadar mahu berkongsi maklumat atau catatan pengalaman di bumi baru yang akan saya dan sahabat-sahabat lain akan tujui tanggal 25 Ogos 2008 iaitu Nanggroe Acheh Darussalam.
Sekian lama saya memerhatikan kebanjiran blog-blog peribadi diseluruh Malaysia khasnya yang sangat dahsyat. Peranan yang dimainkan oleh ‘daie alam maya’ ini akhirnya benar-benar memberi impak yang tidak sedikit, bahkan bisa menumbangkan keangkuhan regim Barisan Nasional dibeberapa buah negeri di Malaysia. Semuanya gara-gara kegilaan masyarakat untuk mendapatkan info yang tepat, cepat dan adil khasnya mengenai politik Negara yang dilihat disampaikan secara tidak profesional oleh media-media yang dikuasai pemerintah seperti RTM, TV3…suku, Utusan Meloya dan seangkatan dengannya. Akhirnya, timbul idea baru..’aku mesti fungsikan blog untuk mendedahkan kepincangan gerakan Nasionalis Sekular di Malaysia ini’ seperti blogger lain. Tapi, aku nak ulas apa? Arghh..tak pandai sangat menjadi penganalisis politik. Memang tak pandai !
Entah mengapa, beberapa bulan kemudian saya terperasan blog ini tersenarai di link tranungkite.net pada bahagian Dunia Islam. Hah? Dunia Islam ! Baru tahu, rupa-rupanya abang yang hantarkan. Ini sudah kira mesti lapor berita dari Indonesia nih khasnya Acheh. Emmm…InsyaAllah akan kuusahakan sebaik mungkin. Akhirnya, bermulalah tugasan baru. “Aku mesti jadikan blog sebagai salah satu wasilah (alternatif) menyampaikan dakwah”. Mesti ! Maka,saya pun menyusun sebuah jadual ringkas apa artikel atau pengisian yang akan diposting.
1) Artikel akan dimasukkan 2 hari = 1 bahan.
2) Topik-topik disusun kepada 2 minggu untuk ditukar.
3) Antara topic-topik berkala seperti Sejarah Kerajaan Islam (Isnin), Artikel Majalah Sabili (Rabu), Ulasan Isu-Isu Malaysia (Jumaat), catatan pengalaman/umum (Ahad).
Bagi minggu kedua, ulasan isu-isu Indonesia (Selasa), perancangan Kuffar (Khamis), Dakwah & Tarbiah (Khamis). Kemudian diulang kepada jadual minggu pertama semula.
Nampak macam hebat je:) Seorang sahabat baru buat blog dan mohon pandangan untuk meng’imarah’kan blog bagaimana caranya. Saya pun bilang padanya, “anta mesti buat jadual agar kita dapat posting artikel secara konsisten. Kita bukan buat blog yang penuh dengan ulasan-ulasan politik Malaysia, tetapi lebih kepada pelbagai bahan atau artikel yang ada manfaat untuk Islam secara umum. (bukan saya maksudkan berita atau ulasan politik tidak ada manfaat untuk Islam, tetapi sesuai dengan dunia kemahasiswaan yang mesti lebih ilmiah dalam perkongsian maklumat atau ilmu). Kalau kita buat blog untuk ulasan politik semata-mata, kita tidak perlu buat jadual sebab bila ada isu, terus bisa diulas”. Itulah pesan saya padanya.
Rupa-rupanya, agak rumit juga praktikal penggunaan jadual ini. Sebabnya:
a) Jika topic tersebut sudah kekurangan bahan, maka saya terpaksa memikirkan apa topic baru yang perlu diganti. Akhirnya terpaksa dirombak semula dan disusun baru.
b) Saya terasa mahu masukkan topic baru sebagai tambahan seperti “kenali Nanggroe Acheh”, “1 buka 1 bulan”, pandangan untuk aktivis dakwah dan sebagainya. Semuanya gara-gara mahukan adanya sistematika yang baik dalam menguruskan blog sebagai alat dakwah.
c) Dan yang sebetulnya, saya sendiri tidak mampu untuk terlalu kerap menaip bahan-bahan kerana kesibukan dengan urusan kuliah/pengajian. (bukan ada tukang taip:)
Sebenarnya, saya benar-benar ingin berkongsi pelbagai maklumat dengan sahabat-sahabat di Malaysia khasnya dan dimana sahaja berada. Tentunya perkongsian yang kalian tidak bisa perolehi dan tidak sempat menatapnya. Maksud saya, di Indonesia ini sebagaimana semua maklum adalah sebuah Negara yang agak dan sudah sangat terbuka demokrasinya dalam segala hal. Baik dalam urusan politik, media, hak bersuara dan sebagainya. (Namun, keterbukaan demokrasi tanpa batasan juga sangat berbahaya).
Maka, sesiapa sahaja berhak menyatakan aspirasinya melalui pelbagai wadah khasnya penulisan. Jika ke Indonesia, kalian akan bertemu dengan pelbagai buku-buku atau majalah berunsur dakwah, tarbiah,jihad, laporan berita dunia Islam dan seumpamanya yang tumbuh pantas sepantas pekembangan penulisan buku-buku dari gerakan Islam Liberal, hiburan-hiburan mahupun Kristianisasi. Bahkan, untuk menemui toko-toko buku agama sangat mudah dan banyak sekali ditambah dengan semangat membaca dikalangan umat Islam disini yang saya kira agak tinggi sehingga buku-buku berunsur jihad diletakkan dirak-rak kedai runcit dibahu jalan. Berbanding dengan Malaysia yang saya perhatikan, kebanjiran buku-buku atau majalah hiburan, namun terlalu kurang bentuk perlawanan dari majalah-majalah Islam.
Faktor lain adalah dari pemerintah sendiri yang memang berminat melihat rakyatnya jahil dan sempit maklumat. Orang jahil boleh dibeli dengan duit dan gula 1 kg. Maka, mulalah mereka melakukan tindakan-tindakan yang sangat bodoh dengan menghadkan pengeluaran akhbar Harakah (jika laporan tidak benar, samanlah, bukan dihadkan dan dirampas), pengharaman majalah Tamadun, Detik dan lain-lain. Akhirnya, majalah-majalah berunsur mistik dan tahyul serta syirik berkembang biak bersama majalah-majalah porno yang tidak porno bagi KDN !
Di sini, kami amat mudah mendapatkan buku-buku dan majalah-majalah Islam. Rasanya mahu diborong selori bawa balik Malaysia:) Tapi, sayang..duit tidak mencukupi. Antaranya majalah Hidayatullah, Tarbawi, Tasqif, Qiblati, Risalah Mujahidin yang terbit setiap bulanan dan Sabili, dwimingguan.
Kebanjian pelbagai bahan-bahan ilmiah dan maklumat-maklumat baru ini, ingin sekali saya hidangkan kepada sahabat-sahabat. Namun, apakan daya, dengan keterbatasan waktu dan agak rumit untuk menaip semuanya, maka saya tidak dapat paparkan semua. Beberapa kali sudah, artikel-artikel dari Sabili tidak sempat saya sampaikan. Isu Palestin, HAMAS dibahas dengan menarik sekali.
Baiklah, itulah gambaran yang dapat saya berikan pada teman-teman sekalian. Pertamanya, agar kita semua memahami dengan baik kepentingan blog sebagai medium dakwah, perkongsian info, ruang berdiskusi dan seumpamanya yang natijah akhirnya adalah maslahah untuk Islam dan ummahnya. Maka, manfaatkanlah semaksima mungkin blog sebagai wadah perjuangan sebelum Israel mengebom blog anda. Keduanya, agar kita memahami bahawa memastikan hidup ini diwaqafkan sepenuhnya untuk Islam adalah satu kewajipan besar. Jangan sampai kita tidak ada apa-apa sumbangan untuk Islam. Namun, benarlah ucapan Al-Banna: “kewajipan yang perlu kita laksanakan lebih banyak dari masa yang kita ada, maka bimbinglah saudaramu bagaimana untuk memanfaatkan masa”.
Sekadar makluman kepada teman-teman yang baru melangkah ke dunia baru ini, jika kita memposting apa-apa bahan yang diambil dari sumber lain (bukan idea kita sendiri ), maka tulislah sumber pengambilannya seperti dari mana-mana buku atau kitab, blog atau website dan seumpamanya. Tujuannya 2 perkara iaitu pertama, bagi memastikan amanah ilmu itu terjaga dengan cara kita memaklumkan dari siapa bahan itu diambil dan keduanya, sekurang-kurangnya jika ada sesiapa yang ingin mencari maklumat lanjut, dia bisa merujuk sumber yang kita kemukakan itu.
Namun, ada juga sesetengah pihak yang kurang memahami persoalan ini. Sebagai contoh, apabila ada penulis buku yang menulis kalimah ‘Hak Cipta Terpelihara’, ada juga orang yang membantah dengan menyebut ‘tidak ada hak cipta dalam Islam, semuanya dipelihara oleh Allah”. Bagi saya, ini sebahagian dari ketidakjelasan dalam memahami istilah tersebut. Sedangkan, istilah ini dibuat bertujuan agar tidak ada pihak yang mengambil kesempatan dengan mencetak hasil karya orang lain tanpa pengetahuannya dengan tujuan mencari keuntungan. Maka disitu telah hilanglah amanah, akhlak dan disiplin ilmu. Memang benar, semua ilmu itu dari Allah. Itu jelas.
InsyaAllah, saya akan terus menulis jika kelapangan dan kalian juga perlu terus menulis. Boleh jadi, dengan tulisan ini, bisa menjadi satu asbab untuk seseorang mendapat hidayah Allah, maka beruntunglah. InsyaAllah.
1 ulasan:
teruskan perjuangan akhi..
saban hari sya ziarah dan kdg kdg tu x sempat untuk membacanya..
cuma ana x tinggalkan komen shj
selama ini ana meneliti penulisan yg telah dikarang oleh akhi. Dan ternyata,, akhi memang seorang ygbetul betul berbakat dalam segenap penulisan berkaitan dgn ilmuan ilmuan islam dan juga politik islam
** ada la gaya byk macam penganalissis politik, =)
Syabas ana ucapkan..
Teruskan berkarya dan berdakwah untuk islam, bukan shj di alam maya, malah juga di alam yg selagi mana bumi itu akhi pijak
AKhir kalam...
Semoga terus berjuang menzahirkan kebenaran tidak kira di mana akhi berada, masa bila yg akhi ada dan usia yg yg ada pada diri akhi
Takbirrr!!!!
Catat Ulasan