Ketika membuat tinjauan ke blog Pres.Gamis,Ust Dzul untuk mengikuti perkembangan kunjung hormat beliau dan Sdr.Azlan ke Yogyakarta@Jogjakarta, saya sempat menghayati catatan perjalanan beliau dalam artikel yang bertajuk ’28 Januari 2009’. Sayang, hajat beliau untuk ke Acheh terbantut dek kerana jarak yang agak jauh dan tambang yang agak mahal ditambah pula program padat yang telah disusun disana. Lain kali aja lah ya pak..:) Antara catatan beliau ialah pengalaman solat di Masjid Universiti Gadjah Mada.
Alhamdulillah, catatan beliau mengundang sebuah ilham untuk saya menulis satu artikel ringkas. Tidak bisa panjang-panjang dan berat-berat sih..perlu rujukan yang banyak kalau mau nulis artikel panjang-panjang..sedang final ini. Ketika menceritakan tentang Masjid Universiti ini, Ust Dzul menulis ‘menarik bentuknya seperti itu juga menariknya bentuk dan kedudukan tandas disitu. Orang Indonesia mungkin sudah biasa, tapi bagi kami ia agak luar dari kebiasaan’.
Saya cuba memahami apa maksud beliau tentang tandas yang menarik itu.Tanyalah beliau pulang nanti. Saya bimbang tersilap tekaan. Saya pun belum sampai ke wilayah sana. Tapi, selama saya berada di Acheh bersama teman-teman lain, kami menemui ‘keunikan’ dipelbagai masjid dan banyak masjid yang kami singgah solat, ada ‘keunikan’ ini. Apa ya? Tempat kencing berdiri, bukan tandas bertutup dan bisa duduk, tapi boleh senyum kat pelanggan disebelah. Kalau bertemu tandas bertutup pun, adalah sebuah dua disetiap masjid. Banyaknya system ‘pancutan berdiri’. Tak pelik pun, sebab tandas awam di Malaysia pun begitu. Cumanya, penyakit binaan tandas awam berdiri ini sudah merebak sampai ke masjid. Rumit juga bila kopiah ada dikepala, pakai serban..kencing sambil tersenyum pada orang sebelah. Meminjam kata seorang teman Indonesia ‘giiilak betul’.
Idea siapa yang mencipta tandas berdiri begini, saya pun tak sempat nak kaji. Pun begitu, saya memandangnya sebagai anasir-anasir untuk menjauhkan kita dari Sunnah Rasul sahaja. dengan alasan untuk mudah, tak perlu tunggu lama-lama depan tandas@ ringkas, cepat dan padat. :)Rancangan siapa, wallahua’lam.
Baiklah, lupakan pasal tandas ‘unik’ ini, kita discuss sikit permasalahan lain dari kes ini. Pertamanya, dari sudut akhlak. Bayangkan anda seorang ustaz atau pelajar agama atau imam dan yang sejenis dengannya dengan kopiah dan serban dikepala melepaskan hajat anda dengan berdiri dilihat oleh orang dikiri dan kanan, apa perasaan anda dan apa perasaan orang lain pada anda? Jika orang lain tidak ada apa-apa tanggapan pada anda, ya biasa aja. Tetapi jika anda yang tidak merasai apa-apa, sohih anda bermasalah ! Kecuali anda benar-benar tidak ada pilihan kerana hanya tandas seperti itu sahaja yang ada pada waktu itu disaat ‘critical situation’ yang menghantui anda. Maka, jika perbuatan sebegini dilakukan oleh orang terpelajar, khasnya antum yang dikenal sebagai ‘orang agama’, tanggapan saya itu sudah berbahaya kerana tindakan orang agama akan diikuti orang awam. Padahal Nabi telah mengajar umatnya dari aturan bernegara sehinggalah soal adab membuang hajat. Bak kata Allahyarham pengetua sekolah saya dahulu “guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari’.
Keduanya, dari sudut kebersihan sudah tentu tiada jaminan. Air yang turun dengan jarak yang tinggi bisa terpercik ke seluar anda dan disaat anda membasuh kemaluan, tanpa seluar dibuka dengan baik, maka risiko kesan basuhan mengenai seluar anda dibahagian atas, sangat tinggi. Setelah itu, anda pun siap untuk solat.
Ketiganya, sudut kesihatan. Apabila kita berdiri, maka kenikmatan kita untuk membuang hajat akan berkurangan. Saya menyebut ‘kenikmatan’ kerana keluarnya bahan-bahan yang berlebihan dari badan yang kita panggil najis itu adalah nikmat dari Allah. Rujuk terjemahan doa masuk tandas dan fahami maknanya. Hilang ketenangan dan kestabilan menyebabkan kita menghabiskan membuang air dengan ‘acuh tak acuh’. Sebagai contoh, sebahagian besar mereka yang berdiri tidak dapat menanggalkan seluarnya dengan baik, hanya separuh sahaja dibahagian atas. Maka, kemaluan juga tidak dikeluar dengan sempurna. (Maaf akhi/ukhti-bukan lucah ni. Kajian sains ya). Sebahagian sahaja dikeluarkan…apa ya?Lu pikir lah sendiri. Saat itu, percayalah bahawa air kencing tidak berjaya dihabiskan kerana sebahagian kemaluan tidak melepasi paras zip seluar dan masih tersisa dibahagian ‘kantungan’. Ditambah pula anda yang tidak mengikut sunnah Nabi agar berdehem-dehem sebanyak 3 kali agar habis keluar semuanya, maka risiko kerosakan pada pundi kencing sangat dekat.
Hikmah Perintah, Galakan dan Larangan Sesuatu Perkara di Dalam Islam
Jika soal kencing itu pun ada hikmahnya dari sudut penjagaan kesihatan, maka aturan-aturan besar yang lain apatah lagi. Hebatnya Islam yang diturunkan oleh Allah, kerana setiap larangan dan arahan Allah, pasti ada kaitan dengan baik dan mudarat yang berjaya dibuktikan oleh kajian Sains terkini. Bermakna, Sains telah membenarkan dan membuktikan kebenaran Islam, bukan Islam yang membenarkan kajian Sains ! Jika begitu, bukan sahaja soal kencing yang perlu kita kajikan, mungkin perkara-perkara dibawah boleh kita teliti bersama:
Larangan:
1) Larangan zina.
2) Larangan lesbian dan homoseksual.
3) Larangan minum arak.
4) Larangan makan makanan yang terlalu panas.
5) Larangan meniup untuk menyejukkan makanan atau minuman yang panas.
6) Larangan memegang babi dan anjing dan hikmah perlu cuci dengan air tanah.
7) Larangan makan haiwan yang tidak disembelih dengan baik.
8) Larangan mengeluarkan mani dengan tangan.
dan lain-lain.
Perintah:
1) Menutup aurat.
2) Mengambil wudhu’
3) Bertayamum
4) Mandi wajib selepas jima’ atau membasuh kemaluan jika ingin berjima’ lagi.
5) Membasuh tangan dengan baik setelah keluar dari tandas.
6) Puasa Ramadhan atau sunat.
7) Solat, rukuk dan sujud.
dan lain-lain.
Galakan:
1) Bertahajud.
2) Kurangkan tidur.
3) Bersiwak (sugi)
4) Makan kismis dan kurma.
5) Minum air zam-zam.
dan lain-lain.
InsyaAllah, jika kelapangan, kita berusaha mencari dan mengkaji kebenaran Islam ini. Kalian boleh merujuk teman-teman dikampus yang mengambil bidang perubatan atau Sains dan sejenisnya untuk dijadikan rujukan. Satu lagi, cuba sama-sama kita hayati perintah Allah dalam soal makanan didalam Surah An-Nahl: 114. Allah menggunakan kalimah ‘Halalan Tayyiba’. Apakah maksudnya. Adakah halal belum tentu baik. Kenapa ditegaskan lagi kalimah Halalan dengan kalimah Tayyiba. Cari ya..mungkin anrtikel adik-adik Badan Dakwah SBPI Sabak Bernam boleh dijadikan rujukan sedikit http://badar-intersaber.blogspot.com/2009/01/syariatullah-lawan-sunnatullah.html
Emmm, saya berhenti setakat ini dahulu sebagai perkongsian dengan teman-teman yang saya kasihi. Artikel berat-berat tunggulah 2,3 hari lagi. Esok ada final berat lagi! Ikhtilaf Hadis dan Rabu, Filsafah Islam. Khamis hari raya…:) Sebelum terlupa, saya peringatkan bahawa kajian kita jangan sampai memaksa kita mencari-cari hikmah yang tersembunyi sehingga bila bertemu,maka ibadah kita dilakukan kerana ‘hikmah-hikmah’ sains ini pula. Ianya sekadar menambah kekuatan untuk kita terus menyayangi agama ini dengan makin yakin. Jika tidak bertemu kajian Sains pun, yakinlah bahawa setiap arahan Allah memang ada manfaat kepada manusia begitu juga larangannya.-penulis.
Catatan: Jika ada maklumat yang boleh dikongsi berkait artikel ini, boleh ditulis di ruangan komentar dibawah. Saya pun nak tahu juga.:)
1 ulasan:
menarik untuk di kongsi.. tumben juga ust tulis artikel ringan.. ;) menurut apa yang ana perhatikan selama 2 1/2 tahun di sini (indonesia) -sebelum nya afwan bagi akhi/ukhty dari indonesia)- buang hajat kecil (pee) sambil berdiri sudah menjadi seperti kebiasaan di sini apalagi bagi yang berkelamin lelaki..
ana dah beberapa kali mengalami peristiwa di mana secara tidak SENGAJA ternampak ada manusia dengan "kehilangan" perasaan malunya membuangkan hajat di tepi pohon, di dinding, di taing listrik atau malah di belakang pintu mobil sekalipun.. huhu (kalau macam ne kita nak nisbatkan seperti apa ya? afwannnn)
malah pernah ada kejadian yang lebih memalukan di mana ana bersama kakak ana bertemu dgn perempuan dgn selumberrr nya "pee" di atas jambatan Busway (macam jambatan komuter kl kat malaysia). boleh bayangkan tak kalau orang kat bawah lalu lalang lalu "tersiram" hujan kuning lagi hangat? =(
mmm...inilah budaya yang telah di terapkan dlm kehidupan lalu merambah ke dalam kehidupan beragama kita.. tanpa memperdulikan lagi soal malu apalagi thoharoh! dah la dua2 tu sebagian dari iman..
dah du ya.. tak de niat membuka aib.. sekedar membenah diri dan berceloteh..wallahua'alam!!
Catat Ulasan