“Diatas onggokan kayu, jari tangan saya dipenggal. Sakit sekali. Saya hanya pasrah dan berdoa, tidak ada cara melawan” luah M.Salim, seorang saudara Muslim dari Rohingya, Myanmar sambil menunjukkan jari telunjuk tangan kanannya yang putus kepada wakil akhbar Serambi Indonesia dua hari lalu.Beliau kelihatan membersihkan luka jarinya itu yang berair dengan kain yang berada di bahunya. Beliau antara 198 Muslim Rohingya dari Myanmar yang melarikan diri ke Thailand dan akhirnya ditangkap dan dibantai teruk oleh tentera Thailand. Sangat kejam dan memilukan hati apabila mendengar nasib saudara kita ini.
Serambi Indonesia kelmarin memberitakan penemuan Muslim Rohingya di Acheh Timur pada 3 Feb. Mereka dibuang oleh tentera Thailand dengan boat tanpa enjin setelah dizalimi beberapa bulan di Pulau Meso, Thailand. Ketibaan mereka ke Acheh berlaku dalam dua gelombang iatu seramai 193 pada 07 Januari 09 yang terdiri dari Muslim Myanmar dan Bangladesh dan terdampar di Pulau Sabang, Acheh. Pada 02 Feb nelayan Acheh menemukan seramai 198 orang lagi pelarian dari Negara yang sama terapung-apung dengan perahu di Idi Rayeuk dan warga Acheh menarik mereka ke Kuala Idi, Acheh Timur untuk diselamatkan setelah mereka lari dari Thailand. 14 orang dari 198 itu kini dirawat di Rumah Sakit Idi kerana gangguan pencernaan kerana sudah lama tidak makan dan dehidrasi. Jumlah yang sempat dirawat seramai 48 orang.
Sabtu kelmarin, Jama’ah Islamiyyah Hizbullah, Indonesia menghantar memorandum bantahan ke Kedutaan Myanmar di Jakarta mengecam tindakan kejam pemerintah tentera Myanmar terhadap umat Islam Rohingya sehingga mereka terpaksa melarikan diri ke Thailand, lalu dizalimi dan kini ke bumi umat Islam Indonesia mengharap simpati saudara seagama. Mereka mendesak agar pemerintah Myanmar memberikan hak hidup kepada etnik Rohingya termasuk kebebasan menjalankan ibadah. Organisasi Islam ini bertindak pantas dengan mengirimkan team ke Acheh untuk mengirim bantuan makanan, ubat-ubatan, pakaian, doctor dan ulama’.
Disisi lain, pelbagai pihak membantah hasrat pemerintah Republik Indonesia yang ingin menghantar semula pelarian Muslim ini ke Myanmar dan Bangladesh. “Keputusan Departemen Luar (Kementerian Luar) bahawa mereka akan dipulangkan sebagai satu keputusan yang terlalu tergesa-gesa. Kondisi sebenar para pelarian sebenarnya sangat memprihatinkan. Semua orang tahu bagaimana kisah etnik Rohingya dan warga lainnya yang mendapat perlakuan buruk di Myanmar dan Thailand” kata Zainudin Salam dari Lembaga Advokasi Buruh & Nelayan Acheh ketika menanggapi sikap pemerintah Indonesia. Alasan yang diberikan oleh pemerintah RI bahawa, kedatangan mereka (pelarian) ini bermotifkan ekonomi (mencari kerja). Maka, pemerintah akan menghantar semula mereka pulang ke Myanmar dan Bangladesh.
Di Acheh, warga Muslim ‘menyambut’ kedatangan pelarian Muslim Rohingya dengan baik. Mereka siap menerima saudara seagama ini jika pemerintah Pusat tidak sanggup menampung. Bahkan sejak awal pendaratan, banyak warga Acheh yang langsung membawa mereka pulang ke rumah memberi makanan dan pakaian. “ Jika mereka dipulangkan ke Negara asal hanya untuk menanggung siksa, lebih baik mereka bersama kami sahaja. InsyaAllah, kami siap membantu dan menampung mereka” kata seorang warga Acheh.
Menurut pengakuan seorang Muslim Myanmar di Acheh, saat melarikan diri ke Thailand, mereka diperlakukan sewenang-wenangnya oleh tentera Thailand, dipukul dan kapal ditolak ke laut. Maka mereka tidak sanggup lagi dihantar pulang kerana pemerintah junta Myanmar membuat mereka seperti binatang. “Kami tidak mahu kembali lagi. Biarlah kami dinegara Islam (Indonesia). Apabila kami sudah diterima (disini), maka keluarga kami akan kami minta datang kesini atau negara Islam lainnya” kata Amin, Muslim Rohingya. “Di kawasan penduduk etnik Rohingya bermukim, semua masjid, surau dan sekolah agama ditutup oleh pemerintah junta Myanmar” terang Rahmad pula. Kini mereka tinggal sementara di kem Kantor Camat Idi Rayeuk, Acheh Timur, Acheh.
Sumber rujukan:
Akhbar Serambi Indonesia – 7 & 8 Februari 2009
Akhbar Harian Acheh – 8 Februari 2009.
Persoalan: Bagaimana pula nasib para pelarian Muslim Rohingya ini di bumi Malaysia? Adakah mereka juga akan dihantar semula ke Myanmar? Pemerintah Malaysia perlu fikirkan dengan baik dan memikirkan alternative lain menyelasaikan masalah pelarian dari Myanmar, jangan sampai leher mereka dihulur kepada Thoghut di Myanmar. InsyAllah.
Catatan: Anda boleh mengikuti sejarah Muslim Rohingya di website Hizbut Tahrir yang menunjukkan bahawa Muslim Rohingya bukan hanya terdapat di Myanmar sahaja, bahkan di Bangladesh, Thailand, Cambodia dan sekitarnya. Berita-berita terkini pembantaian Muslim Rohingya, boleh dibaca di http://www.arrahmah.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan