Jumaat, 6 Februari 2009

Air Mata iringi insiden halau Nizar dari pejabat !

Air mata staf SUK Perak mengalir saat Nizar meninggalkan pejabatnya , Setiausaha SUK kurang ajar halau MB dan exco http://misabah.blogspot.com/


Surat MB Perak, Y.A.B Nizar kepada Staf SUK


‘SAYA ingin sampaikan salam kepada semua kakitangan kerajaan negeri yang selama ini telah memberikan khidmat cemerlang sepanjang saya menerajui kerajaan Pakatan Rakyat Perak.







Saya ingin berpesan kepada kalian agar meneruskan kerja-kerja baik yang telah dilaksanakan sepanjang 11 bulan yang lalu. Insya-Allah, kita akan bertemu lagi dengan kejayaan yang lebih besar kerana saya yakin pertolongan daripada Allah makin hampir.


Saya bersyukur semasa hadir ke SUK hari ini dan selepas mendengar arahan Setiausaha kerajaan negeri Perak, Dato' Dr Abdul Rahman Hashim, saya amat terkejut dengan sikap beliau itu.


Ia merupakan pertama kali beliau bersikap begitu sepanjang saya menjadi Menteri Besar dan saya yakin Dr Abdul Rahman akan menjadi penyebab kejatuhan kerajaan BN selepas ini.


Ir Mohd Nizar Jamaluddin
Menteri Besar Perak.


Dipetik dari http://harakahdaily.net/


Terkini, ribuan memenuhi Masjid Ubudiyyah, Kuala Kangsar untuk protes pelantikan MB Haram. Tunggukan kejatuhan mu Barisan Nasional. Kezaliman yang dahsyat akan memperxepatkan kehancuran kalian!!!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semakin zalim! Allah pasti akan turunkan pembalasan! yang pasti Islam pasti akan tertegak seperti zaman kegemilangannya. SEMOGA KITA TIDAK LUPA!

Unknown berkata...

Allah pasti akan membantu Pakatan Rakyat. BN akan dimamah oleh Ahlinya sendiri yang sangat korup.