Isnin, 9 Februari 2009

Jangan Terbabit Himpunan Haram atau Jangan Lawan Umno?

Akhbar Berita Harian online hari ini, 09 Feb 09 menyiarkan peringatan dari Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Khaled Nordin kepada mahasiswa agar tidak terbabit demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram. Ini kerana katanya perbuatan itu boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan undang-undang dan status mereka sebagai pelajar tidak mengecualikan mereka daripada tindakan undang-undang yang termaktub dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).


“Tidak bermakna pelajar tidak tertakluk kepada undang-undang, ia tertakluk” katanya lagi. Beliau turut menyatakan bahawa, kementerian itu menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan terhadap pelajar institusi pengajian tinggi yang terlibat dengan perhimpunan haram atau demonstrasi jalanan. Kenyataannya ini disampaikan di Jasin, Melaka dalam satu program disana.


Rujuk:

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20090209152807/Article/index_html


Terima kasih kita ucapkan kepada Menteri Pengajian Tinggi yang sering memperingatkan mahasiswa tentang undang-undang termasuk ‘bahaya’ AUKU jika melawan. Namun, disebabkan penulis juga salah seorang mahasiswa@pelajar, mereka ini kelompok atau golongan suka bertanya, maka penulis pun mahu bertanya dan sedikit berkomentar.


a) Perhimpunan haram? Maksudnya ada perhimpunan halal kan. Kalau ada permit@lesen, maka jadi halal dan jika tiada, maka hukum perhimpunan itu bertukar kepada status haram. Contoh lain, pusat judi dan kelab malam. Jika di Genting Higlands hukumhnya halal sebab terbuka, rasmi dan berlesen. Jika berjudi dalam ladang sawit di Jengka, maka hukumnya haram sebab tiada lesen. Begitulah juga kelab malam dan seumpamanya. Mudahkan…


b) Bila perhimpunan haram? Rasanya perhimpunan yang melibatkan mahasiswa dalam bulan ini hanya 2 sahaja (yang besar). Pertama, himpunan membantah Israel di Kedutaan Amerika. Tetapi itu perhimpuan halal sebab Dato’ yang bagi kebenaran. Kedua, perhimpunan di Masjid Ubudiyyah Kuala Kangsar pertahankan kerajaan negeri Perak bersama rakyat Perak dan Pakatan Rakyat dari dijatuhkan dengan cara yang jahat. Ya, ini haram sebab tiada permit. GAMIS, Bersatu dan SMM terlibat.


c) Permit himpunan? Bila masa polis jadi baik hati dengan mudah untuk keluarkan permit himpunan pada Pakatan Rakyat? Agak-agak lawan Umno boleh dapat permit tak?


d) Kenapa mahasiswa boleh demonstrasi bantah Israel, tetapi tidak boleh terlibat bantah Umno? Apa beza Umno dengan Israel? Israel mahu tumbangkan kerajaan Ghazzah yang ditadbir oleh Hamas yang menang dengan sokongan padu rakyat dan sah. Umno mahu dan TELAH tumbangkan kerajaan yang telah dipilih secara sah oleh rakyat. Israel culik dan ugut orang, Umno culik dan ugut orang. Ghazzah dirampas dengan membelakangkan undang-undang. Perak dirampas dengan membelakangkan undang-undang. So, rasanya ada iras-iras @ bau-bau macang.


e) Kenapa mahasiswa boleh demo bantah kerajaan (Khalid Ibrahim) di Selangor (siap polis lagi kawal)? Kenapa mahasiswa tidak boleh demo pertahankan kerajaan Negeri Perak? Mereka mahasiswa, terpulang pada mereka untuk mempertahankan siapa yang mereka nilai benar. Tetapi di Perak, mahasiswa terpaksa menelan asap tebal dan gas pemedih mata, di Selangor dulu tidak.


f) Jadi, mahasiswa jangan terlibat dengan perhimpunan haram atau ‘MAHASISWA JANGAN LAWAN UMNO’? mungkin begitu…


Cukuplah ! mahasiswa golongan intelektual yang boleh berfikir, memerhati, analisa dan membuat penilaian. Biar mereka menentukan pilihan mereka dan keputusan mereka. Mereka tahu untuk bersama siapa dan membela siapa. AUKU itu jangan sampai jadi alat menutup idealism mahasiswa. Mereka pencorak wajah Negara kedepan. Biar Negara diwarisi oleh mereka-mereka yang berotak ini, bukan katak didalam university. Andai yang dimaksudkan perhimpunan haram itu adalah himpunan ‘Tragedi Masjid Ubudiyyah’ tempoh hari, maka logiknya memang perhimpunan itu haram kerana melawan UMNO adalah haram! Maka program haram memang tidak dapat permit jika mohon sekalipun !


Entahlah, betul atau tidak komentar anak Felda nih…kalau tanya Najib, sudah tentu dia akan jawab “komen ini tidak menggambarkan etika sebagai rakyat yang menghormati Negara dan Perlembagaan’. Jika ditanya pada Pemuda Umno Selangor, mungkin mereka pula akan menyebut “tahan orang ini bawah ISA”. :)

Tiada ulasan: