Sabtu, 21 Februari 2009

Bersalam Lelaki dan Perempuan : Pro & Kontra

Ketika membahaskan hadith-hadith berkaitan Silaturrahim dan kasih sayang sesama mukmin’ yang dibentangkan oleh seorang teman yang menjadi gilirannya petang kelmarin, suasana sedikit hangat apabila sampai kepada persoalan bersalam lelaki perempuan yang dibangkitkan oleh seorang teman lain dari Acheh.


“Pak, bagaimana dengan kondisi di Acheh ini? Bersalam itu kan udah jadi budaya masyarakat Acheh Pak. Jika kami nggak salam, nanti apa kata mereka. Ia udah jadi adat menghormati dikalangan orang Acheh sejak dulu, “begitulah lebih kurang nada pertanyaannya.


“Baiklah, bagaimana pandangan kamu yang lain?, “tanya pak dosen (pensyarah) kami. Maka bermulalah pelbagai ragam jawapan dan pandangan dikemukakan. Maklumlah, kami dari Kolej yang berorientasikan Islam di Kelantan. Kami sudah di’doktrin’ bahawa bersalam lelaki perempuan (yang boleh dikahwini) hukumnya haram. Maka, kami tegas mempertahankannya. Bukanlah bermakna pensyarah membantah kami, tidak begitu. Tetapi, sengaja menguji kami dengan persoalan-persolan yang beraneka ragam agar kami memberikan hujjah yang konkrit, berasaskan dalil yang kukuh dan sohih.


Beberapa bulan yang lalu, dikalangan kami ada yang pergi ke satu majlis kenduri (kalau tidak silap). Sampai disitu, seorang ibu menghulurkan tangan untuk bersalam. Lalu dia pun menundukkan sedikit badan dan sekadar meletakkan tangan (seperti menyembah) didadanya. (macam la wanita ‘solehah’ dalam filem Kiamat Sudah Dekat ketika bertemu dengan lelaki ). Ibu itu pun tersenyum dan faham. Tahu dia kata apa? “Oh, ini orang Ahlus Sunnah wal Jama’ah “. Pulang ke rumah, kami semua tergelak sakan dengar cerita tu. Kami pun tunduk begitu juga pada hari raya lalu.


Jika di Indonesia, amalan bersalam lelaki perempuan, mungkin kita bisa kaitkan dengan masalah kejahilan atau serangan liberalisasi itu, namun di Acheh kami melihat ianya adalah masalah adat turun temurun yang dianggap sebagai simbolik atau tanda penghormatan. Jika tidak menggenggam erat pun, paling kurang bersentuh sedikit hujung jari. Sukar dipersoalkan, sebab dosen-dosen kami yang pengajian Islam pun mengamalkannya. Maka, kedatangan kami dengan ‘trend’ tidak bersalam ini, memang agak janggal bagi mereka diperingkat awal. Sekarang, mereka akur dengan kami. Alhamdulillah, pemakaian muslimah-muslimah Malaysia yang masih anggun mengekalkan jubah dan tudung labuh sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka dan Muslimin yang masih berpeci (berkopiah) juga. Sekurang-kurangnya, mereka sangat menghormati penampilan-penampilan sebegini, bahkan yang bertudung ‘acuh tak acuh’ dengan rambut terkeluar pun, mula menampakkan kekemasan dan baju yang sedikit ketat, diubah sedikit khasnya di jabatan-jabatan kami seperti Usuluddin, Syariah dan Dakwah.


Persoalannya:


1) Sebenarnya masih ada lagikah khilaf atau perbezaan pendapat dikalangan ulama’ berkaitan hukum bersalam lelaki dan perempuan yang bukan muhrim ?


2) Bagaimana pula dengan beberapa orang ulama’ terkemuka dunia yang pernah dipaparkan gambar mereka bersalam lelaki perempuan? Adakah istilah darurat seperti apabila mahasiswa terpaksa bersalam dengan Menteri atau Canselor ketika konvokesyen university ?


3) Apakah had umur orang-orang yang dibenarkan kita bersalam ? bagaimana dengan orang perempuan atau lelaki yang sudah tua dan sudah tidak didatangi haidh?


4) Adakah adat yang dianggap baik seperti bersalam lelaki perempuan sebagai tanda hormat itu boleh dianggap ‘uruf (kebiasaan) yang perlu diraikan? (kami disebut salam lelaki perempuan itu sudah menjadi ‘uruf).


5) Adakah adat boleh mengatasi hukum Islam? sudah tentu tidak boleh kan..


6) Jika ada yang beralasan akan memutuskan silaturrahim, dianggap sombong kerana tidak mahu menyambut salam, apakah ada keharusan melakukannya?



7) Kami perlu tegas dengan pendirian serta membiarkan mereka dengan ‘adat’ tersebut dan meraikan mereka?


Baiklah, jika ada sesiapa yang bisa berkongsi ilmu merungkaikan persoalan ini baik dari sudut hukum, penyelesaian terbaik, kaedah-kaedah dan sebagainya, mohon sangat agar dapat dikongsi diruangan ulasan dibawah artikel ini atau dapat memberikan sumber-sumber yang sohih yang bisa kami rujuki. Terima kasih atas bantuan kalian. Wallahua’lam.

Tiada ulasan: