Sekadar pandangan dan pendirianku…
Sabtu kelmarin, seorang teman menghubungi saya meminta penjelasan mengenai komentar beberapa kenalannya yang mempertikaikan keberkesanan kempen boikot untuk menghalang kekejaman Yahudi. Sebenarnya saya agak tersentak sedikit dengan soalan ini kerana sebelum ini ketika menulis isu boikot, saya sudah menyatakan ‘jangan tanya berkesan atau tidak, namun apa usaha kita membantu Islam’. Tidak mengapalah, atas perkongsian pandangan dan penjelasan, saya usahakan juga menulis.
Baiklah, ini penjelasan, pandangan dan persoalan dari saya:
a) Saya mengambil sikap terus berHusnuz Zhon kepada teman-teman yang mempersoalkan keberkesanan boikot produk Amerika & Israel. Mungkin mereka ini generasi yang sangat prihatin terhadap efektif atau tidak tindakan yang dilakukan dalam menghalang kemaraan Israel. Jika tidak efektif, maka cetuskan alternative baru.
b) Saya juga ingin mengingatkan sekali lagi bahawa disana terdapat sebuah kisah saat Nabi Ibrahim dibakar oleh Presiden Namrud, maka tindakan pantas dari seekor burung menagmbil air dengan paruh yang kecil untuk memadankan api yang besar. Logiknya, tidak akan padam. Namun, atas keyakinan si burung bahawa tindakan itu hanya salah satu alternative dari beberapa banyak alternative serta melihat kepada kemampuannya saat itu (sedang Nabi Ibrahim sedang dibakar). Maka, dia terlepas dari dipersoalkan dihadapan Allah tentang tindakannya apabila melihat Nabi Ibrahim dibakar kerana telah bertindak.Kisah ini disebut Isra’iliyat (bersumber dari Ahli Kitab). Namun, mengambil iktibar dibenarkan kerana isyarat dari Nabi s.a.w bahawa, apa yang datang dari ahli Kitab, jangan diterima dan jangan ditolak.
Keduanya, kalaulah setiap kali berjuang, Allah menyoal hasil, maka orang yang paling teruk dmarahi oleh Allah sudah tentu Nabi Nuh a.s, yang berdakwah hampir 950 tahun namun berjaya mengIslamkan kurang dari 80 orang. Maknanya setiap 10 tahun, hanya 1 orang lebih kurang yang masuk Islam. Bagaimana pula dengan Ikhwan yang tidak berjaya sudah puluhan tahun untuk menguasai Mesir. Bagimana dengan Pas yang puluhan tahun masih gagal memerintah Malaysia, tumbang pula Perak.
Kesimpulannya, Allah menilai tindakan segera kita, bukan hasil yang diperolehi. Tetapi, bukan bermakna, kita mengenepikan analisa keberkesanan sesuatu tindakan. Analisa perlu dan sangat perlu dalam perjuangan. Namun, jelas ! Boikot berhasil walaupun tidak semaksima yang kita harapkan. (muhasabah juga kenapa gagal berkesan semaksima mungkin)
c) Saya juga suka menyebut bahawa, yang merasai kesan boikot adalah Amerika dan Israel. Maka logiklah jika kita tidak mengetahui kerana maklumat kerugian atau keberkesanan boikot, mereka yang tahu. Kecualilah kita yang mengesannya secara serius dari pelbagai sumber dan jika tidak didedahkan pun, jangan anggap boikot itu tidak berkesan. Sesuatu yang tidak dapat dilihat, bukan bererti benda itu tidak ada dan tidak berlaku.
d) Akhir sekali, dengan berat hati saya ingin menyoal sesiapa sahaja yang masih berbahas masalah kesan boikot. Sejauhmana kita mewar-warkan kempen boikot, senarai produk dan fatwa-fatwa ulama’ kepada orang disekeliling kita? Tahukah sahabat serumah kita, sekampus kita, ahli keluarga kita, jiran kita, ahli jama’ah masjid kita? Jika anda sahaja yang mengetahui maklumat, lalu beramal seorang diri (dengan anggapan orang lain sudah tahu atau merasakan tidak perlu bersungguh sangat maklum pada orang lain), maka padanlah jika boikot gagal. Ketahuilah bahawa boikot gagal berpunca dari anda yang telah dipasak dengan doktrin ‘wait and see’.
Pun begitu, saya sempat juga mencari maklumat dari sahabat-sahabat lain tentang kesannya jika anda mahu melihatnya. Ini yang saya sempat sampaikan dan anda terus rujuk link-link berkenaan jika ingin membuat satu daftar senarai kejayaan ini.
Contoh-contoh kejayaan :
1) Supermarket Sainsburry di Mesir ditutup
2) American Airlines ke Tel Aviv, Israel
3) Penerbangan Trans World America (TWA) bangkrup dan tutup
4) Kempen boikot produk Amerika di Negara-negara Arab mengakibatkan kerugian sebanyak 40%
5) Mc Donalds dan KFC antara yang parah.
Rujuk disini:
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2009/01/serang-balik-israel-boikot-produk.html
1) Syarikat Coca Cola Malaysia bimbang kesan boikot
Rujuk disini:
http://www.arrahmah.com/index.php/news/read/3040/coca-cola-malaysia-ketar-ketir
1) Petani Israel rugi besar akibat boikot
Rujuk disini:
http://www.eramuslim.com/berita/dunia/petani-israel-rugi-besar-akibat-geraikan-boikot.htm
Bahkan, media massa seperti The Friends of Al-Aqsa, Inovative Minds, Eramuslim.com dan The Washington Post turut memetik laporan Amerika yang menyatakan bahawa boikot produk Amerika di Negara-negara Arab menyebabkan kerugian sebanyak 40% pada 2 bulan terakhir ini. Namun, yang paling penting, ekonomi Amerika jatuh agak teruk dan memberi kesan kepada Israel yang menerima dana dari Amerika.
Wallahu’lam.
Catatan: Rujuk semua website-website atau blog-blog yang banyak menyiarkan isu Palestin bagi mendapatkan maklumat atau fakta-fakta kejayaan boikot dalam pelbagai produk-produk lain lagi. InsyaAllah, ada disitu.
2 ulasan:
saya geram dengan mereka yang mendownkan usaha boikot ni. Kalau camni la perangai suka pertikaikan, memangla susah nak berjaya. kadang2 mereka sendiri x tgk kat web2 palestin terus je cakap tak de perubahan
umat islam bukan seorang kan..tapi kena bersatu lah..baru boleh berjaya kempen ni
Catat Ulasan