Jumaat, 31 Oktober 2008

Jangan Terlibat Dengan Pembangkang ! – Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia.

Catatan: Majlis Perasmian Persatuan dan Sambutan ‘Idul Fitri

Tempat: Hermes Palace Hotel, Banda Acheh

07.45 p.m : Ketibaan Tuan Yang Terhormat (TYT) Dato’ Zainal Abidin Zain, Duta Besar Malaysia di Indonesia, Dr.Junaidi Abu Bakar, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia dan Ms.Jerome Fernandez, Pengarah International Education of Acheh yang merupakan Ngo dalam mendirikan sekolah-sekolah untuk anak-anak mangsa Tsunami. Kelihatan 20 orang mahasiswa dari KIAS tetap tidak mengalah dengan memasuki ruangan dewan dengan memakai kopiah putih walaupun dilarang.

08.00 p.m : Makan malam.


Dari kiri: Dr.Junaidi (baju coklat), Ms.Jerome Fernandez dan Dato' Zainal Abidin Zain.

08.30 p.m : Majlis dimulakan dengan bacaan Ayat Suci Al-Qur’an.

08.45 p.m : Ucapan Yang DiPertua PKPMI-CA, Al-Akh Ibrahim bin Osman. Beliau mengalu-alukan kedatangan Dato’ Duta dan memperkenalkan secara ringkas apa itu PKPMI-CA.

08.55 p.m : Ucapan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia- beliau memaklumkan jumlah pelajar Malaysia di Indonesia hari ini ialah 5600 orang dan lebih 140 orang di Acheh. Antara lain, Dr Junaidi yang berasal dari Kg.Pahi, Kuala Krai, Kelantan mengakui pernah menjadi pensyarah di beberapa buah Universiti dan pengurus Proton. Dalam ucapannya, beliau memberi peringatan agar semua mahasiswa di Acheh tidak terlibat dengan pihak pembangkang. Jangan libatkan diri dengan pembangkang dan mesti memberikan sokongan kepada Kerajaan Malaysia. Saya akan membantu kamu dengan bantuan-bantuan kewangan dan sebaginya. Kalau balik Malaysia, boleh jumpa saya untuk recommend kerja j-QAF. Tetapi jika saya dapat maklumat ada dikalangan kamu disini yang terlibat dengan pembangkang, saya tidak akan bagi kamu dapat j-QAF. Kamu akan bermasalah dalam urusan nak buat visa dan kitas ( kad izin menginap di Indonesia ) sebab akan melalui dengan saya. Saya yang uruskan.

Dalam ucapannya, beliau juga memaklumkan bahawa Ms. Jerome Fernandez dilantik sebagai wakilnya di Acheh untuk menjadi ‘penasihat’ kepada mahasiswa Malaysia di Acheh kerana dia telah menetap di Acheh lebih 3 tahun. “ Jika ada apa-apa masalah kamu semua boleh terus bertemu dengan Ms. Jerome dan dia akan membantu kamu ”tambah beliau dengan mengakui bahawa Ms. Jerome adalah guru lamanya ketika di Sekolah Menengah Kuala Krai beberapa tahun yang lalu.

“ Mahasiwa di tempat lain di Indonesia juga kami bantu. Jadi kamu duduk disini jangan tubuh apa-apa kelab-kelab yang kecil. Mesti bersama PKPMI. Jangan buat macam-macam hal. Kawan-kawan saya di UK memaklumkan pelajar di sana banyak buat masalah. Di Mesir pun sama.” katanya lagi. “ Kamu kena ingat tanggungjawab kamu pada negara”.

Di penghujung ucapan, Dr.Junaidi turut mengulas mengenai Kelab Umno. “ di tempat lain ada Kelab Umno. Ini hanya untuk memudahkan mereka dapat peruntukan untuk persatuan…tapi, kamu tak perlulah tubuh kat sini. Nanti kamu tubuh Kelab Umno, ada yang tubuh Kelab Pas pula, Parti Keadilan pula..

09.05 p.m : Duta Besar Malaysia di Indonesia – Dato’ Zainal Abidin Zain mengucapkan selamat datang kepada mahasiswa baru di Acheh. Dalam ucapannya, beliau memperkenalkan dirinya berasal dari Sg.Petani, Kedah. Beliau juga telah berkhidmat di Indonesia lebih 30 tahun dan sempat menyaksikan Revolusi Islam Iran ketika berada disana selama satu tahun lebih. “ Malaysia sekarang berada dalam keadaan aman, ekonomi terus kukuh walaupun berlaku kejatuhan di peringkat dunia. Ini kerana kerajaan Malaysia mengambil tindakan yang efektif bagi menghadapi masalah ekonomi yang berlaku. Kerajaan juga terus bagi menjaga keharmonian kaum. Kita mesti pertahankan perpaduan sampai bila-bila untuk mencapai wawasan 2020. Kamu mesti terus berjuang untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.”

Beliau juga turut merasmikan penubuhan PKPMI-CA dengan peruntukan pertama sebanyak 5 juta rupiah ( lebih kurang RM2000 ). “ Untuk membangun Malaysia, kita perlukan modal insan. Semangat patriotism kita tidak pernah luntur ”katanya sebelum mengakhiri ucapan.

09.25 p.m : Persembahan Pentomen – kisah anak derhaka yang terlibat dengan dadah dan akhirnya berubah.

09.45 p.m : Cabutan bertuah – oleh Dato’ Duta.

09.50 p.m : Persembahan Nasyid – Ya Rabbi bil Mustafa dan Teman Sejati.

10.10 p.m : Cabutan bertuah (sambungan) – oleh Ms.Jerome Fernandez. Beliau mengambil masa beberapa minit menyampaikan ucapan. “ Saya juga berasal dari Kelantan. Dr.Junaidi ini mantan anak murid saya. Kamu duduk disini mesti belajar Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain. Sangat penting. Adik saya, bukan orang Melayu, bukan Muslim, tapi mampu bercakap Arab. Sudah lama tinggal di Dubai. Kalau kamu ada masalah yang tidak boleh diselesaikan, datang saja ke pejabat saya. Saya akan bantu” tegas beliau yang meruapakan seorang India.

10.27 p.m : Bacaan doa penutup oleh Al-Akh Wan Fauzi bin Wan Muhamad dan penyampaian cenderahati kepada Dato' Duta dan Dr.Junaidi. Majlis bersurai.

Pembetulan : Dato’ Zainal Abidin Zain BUKAN bekas Tim.Menteri Pertahanan seperti dalam artikel sebelum ini. Hanya persamaan nama sahaja.Harap maaf.

Khamis, 30 Oktober 2008

Dato’ Duta Besar Malaysia bersama Mahasiswa Malaysia Acheh

Bertempat di Hotel Hermas, Banda Acheh pada jam 07.45 malam ini akan diadakan Majlis Perasmian Persatuan dan Sambutan ‘Idul Fitri bersama TYT Dato’ Zainal Abdin bin Zain, Duta Besar Malaysia ke Indonesia. Pelbagai acara disusun oleh panitia pelaksana bagi memeriahkan aturcara program pada malam ini seperti persembahan nasyid, pentomen, dikir barat, persembahan slide show, cabutan bertuah dan lain-lain daripada mahasiswa Malaysia di sini.

Setelah tragedi Tsunami 2004, semua mahasiswa Malaysia meninggalkan Acheh. Kami yang datang ke sini boleh dikatakan antara generasi baru yang menjejakkan kaki ke bumi Acheh. Atas inisiatif dari beberapa pihak khasnya sahabat-sahabat yang agak lama tinggal disini sekitar tahun 2005, sebelum kedatangan kami, mereka menubuhkan persatuan mahasiswa Malaysia di Acheh yang dikenali dengan nama Malaysian Student of Nanggroe Acheh Darussalam (MASNA). Bilangan mereka sekitar 20 orang sahaja. Matlamatnya bagi menjaga kebajikan dan hak-hak mahasiswa Malaysia di Acheh. Ianya adalah rentetan dari persatuan mahasiswa yang telah ada sebelum itu, tetapi tidak ada maklumat yang mereka tinggalkan pada generasi selepas Tsunami.

Akhirnya, atas maklumat dari beberapa mahasiswa Malaysia yang tinggal di daerah-daerah lain seperti Jakarta, Jambi, Riau dan sebagainya terhadap kewujudan beberapa mahasiswa Malaysia di Acheh, mereka lalu mencadangkan agar MASNA bernaung di bawah Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI). Lalu, pada tarikh 12 Sept 2008, kami mahasiswa dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Kelantan yang tiba ke IAIN Ar-Raniry tanggal 25 Ogos 2008 seramai 45 Muslimin dan 72 Muslimat dijemput menghadiri majlis taklimat berkenaan MASNA yang disampaikan oleh sahabat-sahabat lama yang tinggal di sini.

Hasilnya, pada malam tersebut, MASNA ditukar kepada Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia Indonesia Cawangan Acheh (PKPMI-CA). Kami dimaklumkan bahawa Acheh merupakan cabang PKPMI yang terbaru selepas daerah-daerah lain seperti Jakarta, Jambi, Riau, Padang, Medan dan lain-lain. Antara lain PKPMI juga dimaklumkan bernaung dibawah Kedutaan Malaysia di Indonesia dan tidak ada kaitan dengan Kelab UMNO Indonesia. Wallahua’lam.

Kedatangan kami dari KIAS akhirnya berjaya meramaikan mahasiswa Malaysia disini dan mengukuhkan pergerakan MASNA (sekarang PKPMI) yang hanya mempunyai beberapa individu sahaja yang memegang jawatan didalam persatuan sebelum itu. Kini, semua jawatan-jawatan yang kosong kerana kepulangan beberapa mahasiswa lama yang telah tamat telah diisi sepenuhnya melalui Majlis Pemilihan Exco-Exco PKPMI-CA pada 25 Okt 2008, Sabtu yang lalu. Alhamdulillah, semua jawatan-jawatan yang dipertandingkan pada malam tersebut berjaya dikuasai lebih 50% oleh mahasiswa dari KIAS setelah ‘berhempas pulas’ menangani beberapa insiden-insiden kecil yang tidak diingini. Mudah-mudahan dengan berbekalkan sedikit pengalaman bersama Persatuan Mahasiwa KIAS (PMKIAS) dan tarbiah-tarbiah yang diterima di bumi Kelantan dapat memandu kami ketika berada di atas. InsyaAllah.

Pada malam ini, Dato’ Zainal Abidin Zain, Duta Malaysia ke Indonesia sudi untuk bersama kami dalam Majlis Sambutan Idulfitri serta merasmikan PKPMI-CA. Untuk mahasiswa Muslimin, kami diminta untuk memakai songkok hitam bagi yang ingin memakai atau tidak memakai langsung.

Catatan: Organisasi lengkap PKPMI-CA akan saya sampaikan dalam masa yang terdekat dan maklumat mengenai majlis pada malam ini akan disiarkan lewat malam ini atau selewat-lewatnya pagi esok.

1 Bulan Sebuah Buku : Siri 01

Judul: Strategi Amerika Menghancurkan Gerakan Islam

Judul Asal: Al-Gharb fi Muwaajahatil Islam Ma’aalim wa Watsa’iq Jadidah

Penulis: Mazin Shalah Al-Muthabaqani ( peneliti dari Institut Dakwah Islam Madinah Saudi Arabia )

Buku ini mengandungi 3 bahagian –

1) Pandangan Barat Terhadap Harakah Islam

2) Pandangan Harakah Islam Terhadap Barat (Amerika)

3) Strategi Amerika Dalam Menghadapi Harakah Islam

InsyaAllah, saya akan berkongsi dengan pembaca sekalian sedikit ringkasan isi kandungan buku ini khasnya dalam bab ke-3 yang merupakan point paling penting untuk diketahui.

Sumber Pengetahuan Amerika Tentang Kaum ‘Fundamentalis’ (istilah Kuffar kepada gerakan Islam)

a) Melalui media massa Amerika – contoh tulisan-tulisan dalam akhbar Amerika yang dijadikan rujukan mereka :

- catatan media The Wall Street Journal – pada ruangan bersiri berjudul Islam Moves.

- Hasil Kajian berjudul Politic in The Name of God – media Christian Sciense Monitor edisi Nov 1978.

- Surat Khabar Chicago Tribune – Nov 1978 mempublikasikan sebuah artikel berjudul Islam Reformation Winds.

b) Melalui hasil kajian ahli akademik – antaranya ialah :

- Hasil kajian Ricahrd Herier Dickmgyan khsusnya yang ditulis dalam bukunya – Fundamentalism in Arab World – diterjemah ke dalam Bahasa Arab ‘ Al-Ushuliyyah fil Alamil Arabiy.

- Hasil kajian James Bill – pensyarah Ilmu Politik di Akademik William and Marry.

c) Melalui Data-Data Politik dan Data-Data Badan Intelijen (CIA) – yang dilaporkan pada pemerintah Amerika atau dibincang di ruang lobi White House. Contohnya ialah :

- Richard Michael dan Dr Nadave Savaran (anggota pejabat CIA) yang merupakan pensyarah university yang diberi kepercayaan oleh Uni.Harvard untuk kendalikan seminar “Islam dan Politik di Dunia Moden”. Akhirnya terdedah bahawa dibelakang seminar ini dikawal oleh CIA dan Israel.

- Mengambil anak-anak umat Islam untuk menjadi mata-mata mereka melaporkan informasi, keterangan dan data tentang situasi politik dan kondisi dalam negara Mesir khasnya mengenai kegiatan kelompok ektrem (istilah kuffar pada gerakan Islam) di Mesir.

Tinjauan atas Sumber Tersebut

Seorang sarjana Muslim dalam kajiannya mendapati bahawa ada 3 aliran dalam penulisan-penulisan Barat ketika berbicara mengenai kebangkitan Islam :

a) Aliran Sensasionalisme ( Al-Itsarah ) – iaitu dengan cara mensensasikan berita-berita mengenai penangkapan, pengeboman, kengerian, robohnya gedung-gedung kedutaan atau rampasan pesawat dan seumpamanya dengan menyebut ini adalah dari kelompok-kelompok Islam. Ianya bagi menakut-nakutkan orang awam terhadap Islam.

b) Aliran Denial atau mengingkari kenyataan ( Al-Inkar ) – iaitu dengan berpura-pura tidak tahu tentang undang-undang atau sistem bila mereka melakukan apa-apa kesalahan. Tetapi kini mereka ini menjadi pengendali segala urusan di Dunia Islam yang berada di tangan Nasionalis.

c) Aliran Distorsi ( Al- Mughalathah ) dan Pemalsuan ( At-Tazyif ) – iaitu dengan cara menggambarkan Harakah-Harakah Islam sebagai kelompok yang ekstrem, terisolasi, ketinggalan dan anti modernisasi.

Hubungan Amerika Dengan Harakah Islam

Harakah Islam menempati posisi yang sangat penting dalam Dunia Islam sehingga kadang-kadang sampai berani mendesak kekuatan-kekuatan pihak yang berkuasa atau parti pemerintah baik dari kelompok sekular atau yang berpura-pura Islam. Maka Amerika berpendapat sebaiknya langkah-langkah berikut dijalankan :


a) Melakukan dialog dengan kaum fundamentalis ( istilah mereka ) atau langsung dengan para pemimpinnya. Dialog ini perlu dilakukan oleh Amerika melalui delegasi-delegasi yang terdiri daripada para diplomat atau anggota Kongres.

b) Mencuci otak golongan muda fundamentalis ini dengan menawarkan biasiswa kepada mereka, dirayu dan diberi kesempatan untuk mengenal Amerika.

c) Mengajarkan kepada pemerhati dari Amerika akan bahasa negara-negara yang mereka kunjungi dan membekalkan mereka dengan pengetahuan selayaknya tentang kebudayaan Islam kerana maklumat tentang fenomena kebangkitan Islam lebih jelas dan nyata dapat diperolehi dari mereka yang mahir pelbagai bahasa.

d) Iman para anggota Harakah Islam sangat kuat pada Allah yang menyebabkan mereka sanggup korban harta dan nyawa demi membela prinsip Islam serta mereka tidak gentar dengan ancaman Amerika. Maka harus dihindari penggunaan ancaman-ancaman yang keras atau kata-kata yang menyinggung perasaan dan membangkitkan semangat perlawanan terutama pada saat-saat terjadi krisis.

e) Memberi bantuan-bantuan ekonomi kepada orang-orang miskin dikalangan Muslimin dengan membangun tempat tinggal dan memperbaiki kondisi ekonomi mereka kerana peluang Harakah Islam dalam kerangka sistem perekonomian yang ada dalam negeri mereka sangat kecil dan terbatas. Ini dilakukan dengan harapan kaum Muslimin ‘melihat’ kebaikan Amerika.

f) Mengkaji tentang watak perpecahan dalam barisan-barisan Harakah Islam.

g) Amerika perlu berhati-hati dalam menumpaskan organisasi-organisasi ekstrem (istilah Amerika) melalui pemerintah-pemerintah yang setia kepada mereka baik secara langsung atau tidak kerana penumpasan itu akan mempertajamkan lagi ekstremitas organisasi tersebut.

h) Amerika perlu perhatikan keprihatinan Harakah Islam terhadap masalah-masalah besar umat Islam seperti Palestin. Maka Amerika perlu mewar-warkan bahawa mereka akan membantu menghentikan tindakan agresif Israel walaupun dibelakangnya, Amerika akan membantu Israel. Amerika perlu mewujudkan ‘ prinsip damai bersama’.

Bersambung...

Catatan: Ada beberapa ayat yang saya ubahsuai sedikit agar mudah difahami oleh sahabat-sahabat di Malaysia. Terjemahan buku ini ditulis dalam Bahasa Indonesia.

Selasa, 28 Oktober 2008

Syria Diserang Amerika !

Makluman terkini yang diterima memaklumkan tentera Amerika hari ini (Isnin) telah melakukan serangan ke atas beberapa kawasan Syria yang bersempadan dengan Iraq. Motif serangan tidak diketahui. Namun sejak sekian lama, Amerika menyebut Syria antara sasaran selepas Iraq. Syria sebuah negara yang dipimpin oleh partai Sekular dan Sosialis yang sering menghumban anggota Ikhwan Muslimin ke dalam penjara. Wanita-wanita Ikhwan turut menjadi mangsa.

Tetapi, satu 'keunikan' bagi negara Syria adalah mereka akan 'bersahabat' dengan siapa sahaja individu atau organisasi yang Anti Amerika. Bahkan ada maklumat yang menyebut, gerakan Jihad Islami dan Hamas, Palestin dapat bergerak bebas di Syria termasuk Hizbullah, Lubnan. Syarat berkawan dengan Syria ialah Anti Amerika. Yang penting jangan lawan pemerintah Syria.

Kini beberapa orang awam telah menjadi mangsa. Dimaklumkan, Dato' Seri Haji Abdul Hadi kini berada di Syria.

" Allahumma af'al bijunudi Amrika wa Israiluz zolimin. Al mu'tadinal mutakabbirin. Wa asya'ihim kama fu'ila biashabil fil. Bihaqqi qaulik. Tarmihim bihijaratim min sijjil.
Faja'alahum ka'asfim ma'kul "
Allahummansur ikhwanana wal mujahidina fis Suriah

Maklumat terkini layari http://english.al-jazeera.net

Isnin, 27 Oktober 2008

Acheh dan Perjuangan II

Disebalik MoU Helsinki – Apa yang tersembunyi ?

Hari demi hari pelbagai jenayah mula meningkat di Acheh. Rompakan, penculikan, pembunuhan dan penggeledahan mula berlaku. Sangat pelik ! Semuanya terus berlaku disaat Acheh dikuasai ‘orang-orang GAM’ yang sebelum ini melaungkan pelaksanaan Syariat Islam. GAM kini berubah kepada Partai Acheh setelah perjanjian perdamaian MoU Helsinki di Finland 15 Ogos 2005 yang lalu. Gabenor Acheh sekarang ialah Irwandi Yusuf yang merupakan orang GAM.

Timbul beberapa persoalan, mengapa Syariat Islam mula terhakis di bumi Acheh yang pernah menjadi ‘kubu’ kekuatan Islam di Asia Tenggara dan mengapa jenayah terus meningkat disaat pemerintah melaungkan perdamaian serta keamanan. Sehingga kini beberapa bangunan yang ada kaitan dengan GAM atau Partai Acheh digeledah dan ada yang dibakar termasuk malam kedatangan Hasan Tiro yang lalu.Jika dulu, hampir setiap minggu dihadapan Masjid Baiturrahman pasti ada yang dicambuk (disebat) kerana kesalahan zina dan sebagainya. Sekarang tidak ada lagi. Adakah kerana zina, rompakan, pembunuhan tidak berlaku lagi? Jawapannya tidak !

Ingatkah kita pada gambar dibawah ini ? Lihatlah betapa eratnya genggaman tangan ‘pendamai’ menyatukan antara 2 umat Islam yang bertelagah. Penuh keceriaan dan senyuman. Soalnya bilakah Barat dan pemimpin-pemimpinnya tiba-tiba bersimpati mendamaikan umat Islam yang berbalah ? Sedangkan perbalahan umat Islam adalah kegembiraan bagi mereka.

Isi kandungan MoU Helsinki hanyalah berupa undang-undang atau syarat-syarat yang perlu dijaga antara Acheh dan Republik Indonesia bagi menjaga perdamaian, bukannya undang-undang bagi wilayah Acheh. Maka selepas pulang dari Finland, barulah undang-undang Acheh dibuat. Akhirnya terbongkar…pihak ‘pendamai’ dari beberapa negara tersebut tidak membenarkan Syariat Islam dimasukkan ke dalam perbincangan bagi menyusun undang-undang wilayah Acheh. Rupanya inilah kepentingan yang mereka impikan dengan berselindung disebalik nama perdamaian. Benarlah Firman Allah s.w.t: dan orang-orang Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu (selama-lamanya) sehingga kamu mengikut cara hidup mereka.

Jenayah Meningkat

3 kemungkinan dapat dilihat:

1) Boleh jadikan ianya provokasi dari TNI sendiri.
2) Boleh jadi memang penjenayah yang mengambil kesempatan diatas suasana yang agak tidak baik di Acheh.
3) Boleh jadi ianya dilakukan oleh orang-orang lama dalam GAM. Perlu diingat, tidak semua anggota GAM menyerahkan senjata. Ditambah pula dengan kekecewaan sebahagian mereka yang benar-benar ikhlas berjuang, akhirnya mereka yang tidak terlibat dengan perjuangan mengaut keuntungan dari perdamaian ini dengan mendapat kemewahan sekelip mata. Pejuang-pejuang yang penat lelah akhirnya dibiar dan tidak dipedulikan serta tidak mendapat sedikit keberuntungan dari perdamaian ini.

Sebagai contoh ketika selepas Tsunami, harga rumah di Acheh melambung tinggi. Tetapi permintaan terlalu banyak. Akhirnya sebahagian kecil orang Acheh sewakan rumah mereka kepada orang luar dengan harga yang mahal dan mereka mencari rumah murah di Medan. Lalu hasil sewaan menyebabkan mereka mampu membeli sebuah rumah lagi. Bagi orang di Medan pula, mereka juga beruntung kerana sewaktu Tsunami, makanan terpaksa didapatkan dari Medan. Daripada beberapa contoh diatas, benarlah satu ungkapan Bahasa Arab yang menyebut : Kadang kala ada orang mendapat bahagia dalam kesusahan orang lain.

Pendirian PKS sebagai Partai Islam

Pemilihan Umum(PEMILU) Indonesia akan berlaku pada April 2009. Suasana berkempen giat dimulakan sejak kami sampai ke Acheh bulan 8 lalu. Jika partai pemerintah Acheh (PA) masih ingin memisahkan diri dari Indonesia, mereka mampu melakukannya hanya dengan memenangkan 75% kerusi parlimen di Acheh. Lalu mereka boleh buat undang-undang atau melakukan Referendum menuntut hak pemisahan. Namun bagi Partai Keadilan Sejahtera (PKS), mereka tetap tidak mahu memisahkan Acheh dari Indonesia kerana Acheh adalah benteng Islam di Indonesia. Jika Acheh berpisah, manakah lagi kekuatan Islam di Indonesia.

Saat ini semua pihak dianggap ‘tidak mampu’ berhadapan dengan Partai Acheh atau GAM. Hanya PKS yang dilihat lebih ‘disegani’ oleh mereka. Manakan tidak, kekuatan PKS hampir sama sahaja dengan mereka di Acheh bahkan telah mula sampai ke serata ceruk kampung walaupun mereka adalah partai yang masih baru. Dengan suasana begini, sampai satu tahap para kiyai dan ulama di Acheh menyebut “ biarkan mereka dan serahkan kepada kami sahaja untuk turun dari gunung teruskan perjuangan bagi memastikan Islam tertegak dengan sebenar di Bumi Acheh”.

Perjuangan Partai Acheh dilihat oleh rakyat tidak sama dengan matlamat asal perjuangan GAM diawalnya dahulu yang inginkan kemerdekaan sendiri bagi melaksanakan syariat Islam. Para ulama dan kiyai-kiyai yang memimpin jihad mereka. Bahkan, Hasan Tiro sendiri adalah anak murid kepada ulama dan mujahid Acheh, Teungku Dawud Beureuh yang berjihad menghadapi Belanda dan dikhianati Soekarno. Kini, ianya penuh dengan keraguan. Wallahua’lam.

Ahad, 26 Oktober 2008

Menjelang Hukuman Mati Imam Samudera dan rakan-rakan..

Australia hari ini memberi amaran agar warganya tidak ke Indonesia atau berhati-hati dalam tempoh-tempoh terakhir menjelang hari hukuman kepada Imam Samudera, Amrozi dan Ali Ghufron@Mukhlas awal November ini. Mereka dituduh sebagai pelaku bom pusat peranginan di Bali tanggal 12 Okt 2002 yang lalu. Amaran pemerintah Australia ini kerana dibimbangi ada aksi ganas ‘membalas dendam’ ke atas hukuman yang dikenakan kepada Imam Samudera dan rakan-rakan. Australia antara negara yang kuat mengecam Imam Samudera dan rakan-rakan kerana warganya terkorban seramai 88 orang dalam tragedy ini. Tetapi mereka lupa bahawa anggota tentera mereka dihantar ke Iraq untuk membantu Amerika membantai umat Islam di sana termasuk orang awam. Bali adalah kawasan pelancongan yang penuh dengan bisnes-bisnes mungkar, murtad, judi dan pelacuran yang sering dilawati pelancong asing.

Dari kiri: Ali Ghufron@Mukhlas, Amrozi dan Imam Samudera.

Catatan: Imam Samudera atau nama sebenarnya Abdul Aziz adalah seorang anak muda yang dilahirkan pada 14 Januari 1970/1971 di Desa Lopang, Banten. Beliau mempunyai silsilah keturunan ulama’ iaitu datuknya yang merupakan seorang tokoh jihad di Banten, Indonesia, Kiyai Wasyid. Pada 9 Julai 1988, berlaku peristiwa bersejarah di Banten yang disebut oleh orang Banten sebagai ‘Geger Cilegon’ iaitu serangan Belanda. Maka saat itulah datuknya ditangkap Belanda. Imam Samudera merupakan cicit ke-3 dari Kiyai Wasyid. Bapanya bernama Akhmad Syihabuddin bin Nakhai dan ibunya Embay Badriyah bt Sam’un yang merupakan penduduk asal Banten.

Beliau pernah ke Afghanistan membantu Mujahidin menghadapi komunis Rusia selepas menghabiskan pengajian di sekolah menengah sekitar tahun 1990. Impian untuk ke Afghanistan sangat membara hasil dari pembacaannya terhadap buku ‘Ayatur Rahman Fi Jihadil Afghan (Tanda-Tanda Kebesaran Allah Dalam Jihad di Afghan) karangan As-Syahid Dr. Abdullah Azzam ketika berumur 16 tahun. Dengan berbekalkan wang Rp300,000 (sekitar RM 120.00) hasil usaha beliau menjual jilbab dan busana Muslimah, beliau berangkat ke Afghanistan melalui Malaysia menggunakan pesawat MAS di Subang Jaya dan transit di Bombay, India. Kemudian penerbangan ke Karachi, Pakistan. Dengan menutup muka ala-Afghanistan, beliau terus masuk ke Afghanistan menggunakan bas bersama sahabatnya dari Indonesia dengan pimpinan As-Syahid Jabir dan 2 orang Arab yang tidak dikenali.

Pada 12 Oktober 2002, dunia dikejutkan dengan ledakan bom di sebuah pusat peranginan di Bali yang mengorbankan lebih 200 orang dan 88 daripdanya adalah warga Australia. Lantas, nama Imam Samudera dan rakan-rakannya dituding sebagai pelakunya walaupun sampai saat ini terlalu banyak keraguan berkenaan tragedi ini. Tanggal 26 November 2002, beliau ditangkap dan 28 Nov dibawa ke Bali untuk diperiksa. Selepas menjadi penghuni sel-sel gelap, akhirnya perbicaraan dimulakan pada 02 Jun 2003 dan 10 Sept 2003 ditetapkan sebagai tarikh hukuman mati beliau. Namun, dengan rayuan demi rayuan, akhirnya beliau ditetapkan akan menjalani hukuman mati dengan cara ditembak pada awal November ini di Nusakambangan, Cilacap, Jawa Tengah.

Bersama beliau ialah Amrozi dan Ali Ghufron@Mukhlas. Imam Samudera berkali-kali menegaskan bahawa mereka tidak pernah takut dengan kematian dan sangat yakin kematian mereka bertiga adalah syahid. Mereka juga berkali-kali meminta agar hukuman tembak diganti dengan hukuman pancung yang disifatkan lebih syar’ie. Pihak pengadilan akan memaklumkan kepada mereka tarikh sebenar hukuman ini 3 hari sebelum hari hukuman.

Layari: http://www.detik.com yang merupakan berita online paling cepat di Indonesia untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai Imam Samudera dan rakan-rakan.

(Saya sedang menghabiskan bacaan buku Aku Melawan Teroris yang merupakan catatan hidup Imam Samudera. Beliau mengemukakan pelbagai hujjah membenarkan tindakan Bom Bali dengan menyebut ini pembalasan ke atas negara kuffar yang sering membantai orang awam dikalangan umat Islam. Namun, beliau turut memohon kemaafan kepada keluarga korban yang melibatkan umat Islam. Bagi beliau, umat Islam bukan sasarannya yang diinginkan.Tetapi ia adalah kesilapan dalam peperangan. Wallahua’lam. InsyaAllah, jika ada kelapangan saya cuba sampaikan sedikit pengisian dari buku ini kepada sahabat-sahabat sekalian yang merupakan pandangan serta luahan Imam Samudera terhadap musibah yang menimpa ummah. Beliau mengakui jihad yang dilakukannya berada pada titik-titik ikhtilaf dan langkahnya kotroversi. Namun atas ‘ijtihad’nya, beliau meyakini jalan yang ditempuhinya. )

RUU Pornografi : Mahasiswa Indonesia Lancar Unjuk Rasa

Disaat mahasiswa Malaysia berhempas pulas menyusun strategi bagi mencapai kemenangan di dalam PRK seluruh IPT, gerakan mahasiswa Indonesia terus mengatur langkah mendesak pihak pemerintah segera mengesahkan Rancangan Undang-Undang Pornografi. RUU ini sangat penting memandangkan keperluannya yang mendesak dengan suasana masyarakat dan negara yang semakin tidak mementingkan lagi moral dan kesusilaan.

Khamis kelmarin, hampir 5000 orang mengadakan himpunan aman (unjuk rasa) dihadapan gedung Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) atau Parlimen di Jakarta. Himpunan yang dihadiri oleh golongan pelajar, mahasiswa, organisasi masyarakat dan berbagai Partai Politik Islam itu bertujuan mendesak agar RUU ini disahkan segera. Badan Permesyuaratan DPR memaklumkan RUU ini akan segera diputuskan pada persidangan yang berakhir 30 Okt ini sementara memberi peluang kepada Panitia Khusus RUU menyelesaikan perkara-perkara yang perlu.

Himpunan tersebut turut dihadiri oleh Forum Umat Islam (FUI), Masyarakat Tolak Pornografi, Aliansi Pemuda & Masyarakat Selamatkan Bangsa (APMSB). Dibawah APMSB ini bernaung pula Front Pembela Islam (FPI), Laskar Pembela Islam (LPI), Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI), Kesatuan Aksi Himpunan Mahasiswa Indonesia (KAHMI) dan Pelajar Islam Indonesia(PII). Namun perjuangan ini tidak semudah yang disangkakan. Manakan tidak, hampir setiap minggu pendokong RUU Pornografi terpaksa berhadapan dengan demonstrasi dan bantahan-bantahan dari penentang undang-undang ini.

RUU ini perlu mendapatkan sokongan majority ahli DPR. Lalu bagaimana? Sebahagian ahli DPR ini sendiri adalah mereka yang datang dari Partai politik sekular atau berfahaman Liberal. Agak sukar bagi Partai Keadilan Sejahtera untuk memecah tembok jahiliyah ini. Kekuatan mereka sangat bergantung kepada Front-Front dan Ngo-Ngo Islam di luar.

Himpunan aman ratusan mahasiwa bersama masyarakat mula merebak ke Jawa Timur yang dikendalikan oleh Forum Silaturrahmi Lembaga Dakwah Kampus (FSLDK). Unjuk rasa turut sampai ke Sulawesi Tenggara, Jawa Tengah dan Medan.

Sabtu, 25 Oktober 2008

UPSI dan UNIMAS : Cahaya Baru Bagi Gerakan Mahasiswa

Berita kemenangan Pro-Mahasiswa dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) di UPSI, Perak dan UNIMAS, Sabah adalah merupakan khabar gembira buat semua penyokong serta pendokong kebenaran. Ianya merupakan petanda awal kemenangan besar atau ‘Tsunami Politik’ kampus akan berlaku dalam masa yang terdekat setelah hampir 10 tahun dijajah oleh mahasiswa Aspirasi yang hidup bergantung simpati partai pemerintah khasnya UMNO. Kemenangan besar ini dilihat sebagai satu tamparan hebat buat Aspirasi kerana ianya berlaku di kampus yang dianggap sebagai kubu keramat mereka. Memang agak sukar untuk memikirkan bagaimana Pro-Mahasiswa mampu mengambil alih UNIMAS serta UPSI yang telah berapa tahun diboikot PRKnya oleh Pro-Mahasiswa.

Berikut adalah keputusan PRK bagi UPSI:

Pro-Mahasiswa berjaya memenangi 8 kerusi yang dipertandingkan daripada 11 kerusi. 3 daripadanya adalah kerusi umum.

Di UNIMAS Pro-Mahasiswa berjaya memenangi 7 kerusi daripada 12 yang dipertandingkan iaitu 2 daripada 4 kerusi umum dan 5 daripada 8 kerusi Fakulti. 5 kerusi dimenangi calon bebas.

Keputusan tidak rasmi bagi PRK UUM, tidak kurang dari 10 kerusi dimenangi calon bukan Aspirasi. Bagi UDM, Terengganu, mahasiswa Aspirasi menang secara percuma.

Kebanyakan PRK bermula pada 15 Okt lalu seperti UUM dan diikuti UMP, UMT, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), UPSI,Unimas dan lai-lain. Bagi kampus-kampus di sekitar Lembah Kelang, mereka akan mengikuti PRK pada bulan Januari 2009. Dalam kajian dan pemerhatian ‘penganalisi politik’ mahasiswa, Sdr Nasaie Ismail yang pernah ‘menyelinap’ bersama Aspirasi, hasil maklumat dari beberapa orang besar Aspirasi, mereka mengakui Aspirasi akan tumbang di 5 buah kampus utama dan tidak akan mendapat majority 2/3 kerusi di 3 buah kampus.

TAHNIAH DUCAPKAPKAN KEPADA TEMAN-TEMAN SEPERJUANGAN DI MALAYSIA. “Ala inna nasrullahi qorib”.
Daripada:

Mahasiswa Malaysia di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Ar-Raniry,

Acheh Darus Salam.

Maklumat lanjut layari: http://mahasiswakini.com atau http://faisalmustafa.com

Pembetulan-Aspirasi tidak ada di Unimas. Terima kasih kepada sahabat yg memperbetulkan..

Jumaat, 24 Oktober 2008

Ancaman Islam Liberal 2 : Apa Itu JIL ?

Jika anda membuka laman web Jaringan Islam Liberal (JIL) Indonesia, di halaman pertama anda akan dapati tertulis perkataan " Dengan Nama Allah-Tuhan Pengasih, Tuhan Penyayang, Tuhan Segala Agama ". Dibawah ini saya sediakan maklumat mengenai JIL yang telah dibaiki ke dalam Bahasa Melayu Malaysia agar mudah difahami oleh sahabat-sahabat di Malaysia. PASTIKAN ANDA MEMBACA DAN MEMBUAT KAJIAN TENTANG JIL DENGAN BANTUAN INDIVIDU YANG BENAR-BENAR MEMAHAMI ISLAM AGAR TIDAK TERKESAN DENGAN PEMIKIRAN MEREKA !

1. Apa itu Islam liberal?

Islam Liberal adalah suatu bentuk penafsiran tertentu atas Islam dengan landasan sebagai berikut:

a. Membuka pintu ijtihad pada semua dimensi Islam.

Islam Liberal percaya bahwa ijtihad atau pemikiran rasional atas teks-teks keislaman adalah prinsip utama yang memungkinkan Islam terus boleh bertahan dalam segala keadaan. Penutupan pintu ijtihad, baik secara terbatas atau secara keseluruhan, adalah ancaman atas Islam itu sendiri, sebab dengan demikian Islam akan mengalami kerosakan. Islam Liberal percaya bahwa ijtihad boleh diselenggarakan dalam semua segi, baik segi muamalat (interaksi sosial), ubudiyyat (ritual), dan ilahiyyat (teologi).

b. Mengutamakan semangat religio etik, bukan makna literal teks.

Ijtihad yang dikembangkan oleh Islam Liberal adalah upaya menafsirkan Islam berdasarkan semangat religio-etik Qur’an dan Sunnah Nabi, bukan menafsirkan Islam semata-mata berdasarkan makna literal sebuah teks. Penafsiran yang literal hanya akan melumpuhkan Islam. Dengan penafsiran yang berdasarkan semangat religio-etik, Islam akan hidup dan berkembang secara kreatif menjadi bagian dari peradaban kemanusiaan universal.

c. Mempercayai kebenaran yang relatif, terbuka dan plural.

Islam Liberal mendasarkan diri pada gagasan tentang kebenaran (dalam penafsiran keagamaan) sebagai sesuatu yang relatif, sebab sebuah penafsiran adalah kegiatan manusiawi yang terikat oleh konteks tertentu; terbuka, sebab setiap bentuk penafsiran mengandung kemungkinan salah, selain kemungkinan benar; plural, sebab penafsiran keagamaan, dalam satu dan lain cara, adalah cerminan dari keperluan seorang penafsir di suatu masa dan ruang yang terus berubah-ubah.

d. Memihak pada yang minoritas dan tertindas.

Islam Liberal berpijak pada penafsiran Islam yang memihak kepada kaum minoritas yang tertindas dan dipinggirkan. Setiap struktur sosial-politik yang mengawetkan praktek ketidakadilan atas yang minoritas adalah berlawanan dengan semangat Islam. Minoritas di sini dipahami dalam maknanya yang luas, mencakup minoritas agama, etnik, puak, gender, budaya, politik, dan ekonomi.

e. Meyakini kebebasan beragama.

Islam Liberal meyakini bahwa urusan beragama dan tidak beragama adalah hak individu yang harus dihargai dan dilindungi. Islam Liberal tidak membenarkan penganiayaan (persekusi) atas dasar suatu pendapat atau kepercayaan.

f. Memisahkan otoritas duniawi dan ukhrawi, otoritas keagamaan dan politik.

Islam Liberal yakin bahwa kekuasaan keagamaan dan politik harus dipisahkan. Islam Liberal menentang negara berasas agama (teokrasi). Islam Liberal yakin bahwa bentuk negara yang sehat bagi kehidupan agama dan politik adalah negara yang memisahkan kedua perkara tersebut. Agama adalah sumber inspirasi yang dapat mempengaruhi kebijakan publik, tetapi agama tidak punya hak suci untuk menentukan segala bentuk kebijakan publik. Agama berada di ruang peribadi, dan urusan publik harus diselenggarakan melalui proses kesepakatan bersama.

2. Mengapa disebut Islam Liberal?

Nama “Islam liberal” menggambarkan prinsip-prinsip yang kami anut, yaitu Islam yang menekankan kebebasan peribadi dan pembebasan dari struktur sosial-politik yang menindas. “Liberal” di sini bermakna dua:

kebebasan dan pembebasan. Kami percaya bahwa Islam selalu dilekati kata sifat, sebab pada kenyataannya Islam ditafsirkan secara berbeda-beda sesuai dengan keperluan penafsirnya. Kami memilih satu jenis tafsir, dan dengan demikian satu kata sifat terhadap Islam, yaitu “liberal”. Untuk mewujudkan Islam Liberal, kami membentuk Jaringan Islam Liberal (JIL).

3. Mengapa Jaringan Islam Liberal?

Tujuan utama kami adalah menyebarkan gagasan Islam Liberal seluas-luasnya kepada masyarakat. Untuk itu kami memilih bentuk jaringan, bukan organisasi kemasyarakatan, maupun partai politik. JIL adalah wadah yang longgar untuk siapapun yang memiliki aspirasi dan kepedulian terhadap gagasan Islam Liberal.

4. Apa misi JIL?

Pertama, mengembangkan penafsiran Islam yang liberal sesuai dengan prinsip-prinsip yang kami anut, serta menyebarkannya kepada seluas mungkin khalayak.

Kedua, mengusahakan terbukanya ruang dialog yang bebas dari tekanan konservatisme. Kami yakin, terbukanya ruang dialog akan memekarkan pemikiran dan gerakan Islam yang sehat.

Ketiga, mengupayakan terciptanya struktur sosial dan politik yang adil dan manusiawi.

Biografi Koordinator (Ketua JIL Indonesia):

Ulil Abshar Abdalla -

Lahir di Pati, Jawa Tengah, 11 Januari 1967 adalah seorang tokoh Islam di Indonesia. Ulil berasal dari keluarga Nahdatul Ulama. Ayahnya Abdullah Rifa'i dari pondok Mansajul Ulum, Pati, sedang mertuanya, Mustofa Bisri, tuan guru dari pondok Raudatut Talibin, Rembang.

Pendidikan

Ulil menyelesaikan pendidikan menengahnya di Madrasah Mathali'ul Falah, Kajen, Pati, Jawa Tengah yang diasuh oleh KH. M. Ahmad Sahal Mahfudz (wakil Rois Am Pertubuhan Nahdatul Ulama’ pada 19941999). Pernah belajar di pondok Mansajul 'Ulum, Cebolek, Kajen, Pati, serta Pondok Pesantren Al-Anwar, Sarang, Rembang. Dia mendapat gelar Sarjananya di Fakultas Syari'ah LIPIA (Lembaga Ilmu Pengetahuan Islam dan Arab) Jakarta, dan pernah mengenyam pendidikan di Sekolah Tinggi Filsafat Driyarkara. Mengambil program doktoral di Universitas Boston, Massachussetts, AS.

Keorganisasian

Ulil pernah menjadi Ketua Lakpesdam (Lembaga Kajian dan Pengembangan Sumber Maya Manusia) Nahdlatul Ulama, Jakarta, sekaligus juga menjadi staf peneliti di Institut Studi Arus Informasi (ISAI), Jakarta, serta Direktur Program Indonesian Conference on Religion and Peace (ICRP). Ia dikenal karena aktivitasnya sebagai Koordinator Jaringan Islam Liberal. Jaringan Islam Liberal yang dipimpinnya adalah sebuah kelompok diskusi yang sering menyuarakan upaya liberalisasi tafsir Islam. Dalam aktivitas di kelompok ini, Ulil menuai banyak simpati sekaligus kritik. Atas usahanya dalam mengusung gagasan pemikiran Islam ini, Ulil disebut sebagai pewaris pembaharu pemikiran Islam setelah Cak Nur (Nurcholish Madjid)-tokoh Islam Liberal Indonesia.

Catatan: Biografi ini diambil dari Wikipedia Bahasa Indonesia. Jadi jangan peliklah kalau mereka tulis Ulil Abshar adalah tokoh Islam atau pembaharu Islam. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai JIL, program-programnya, artikel-artikel dan menghubungi sidang editor mereka, layari http://islamlib.com/id/. Untuk berhujjah dengan mereka sangat dialu-alukan.

Isnin, 20 Oktober 2008

BAHAYA ! BAKAL PM MALAYSIA ANGGOTA FREEMASON.

Tidak ada ungkapan yang dapat saya ucapkan apabila melayari laman web pas Pahang pagi tadi melainkan ucapan Na’uzubillah minzalik. Semuanya gara-gara membaca artikel mengenai biografi bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Dalam ruangan penglibatan di bidang Sosial, didapati beliau adalah seorang Ahli Kehormat Freemason Malaysia. Keahliannya bermula sejak tahun 1980 sehingga kini. Apa yang pelik, membimbangkan dan menakutkan kita dengan Freemason ?

Bagi sesiapa yang mengkaji dan memahami apa itu Freemason, matlamat serta siapa dibelakang pergerakan ini, pasti akan beristighfar panjang bila mengetahui Najib akan jadi PM. Alhamdulillah, kebetulan saya mengambil jurusan Usuluddin dan antara madah yang wajib dipelajari ialah Tayyarat Fikriyyah Mu’asaroh ( Aliran Pemikiran Semasa ). Didalam pengajian ini kami diajar mengenai ideologi-ideologi yang membahayakan umat Islam seperti Nasionalisme, Sekularisme, Kapitalisme, Komunisme, Pragmatisme, Zionisme ,Freemason dan lain-lain.


Freemason berasal dari 2 perkataan : Free – Bebas/Merdeka dan Mason – Tukang Batu atau Bangunan. Maka, jika digabungkan dua perkataan ini, ia membawa maksud Juru Bina Bebas. Ia merupakan sebuah organisasi Yahudi Antarabangsa yang bermatlamatkan menghancurkan kesejahteraan manusia, kehidupan politik, ekonomi, dan sosial negara yang ‘dimasukinya’.Selain itu Freemason bertujuan untuk merosakkan semua bangsa dan pemerintahan selain bangsa Yahudi. Antara tujuan awal penubuhan Freemason adalah untuk menyekat pengaruh ajaran Nabi Isa a.s dan menjaga keselamatan bangsa Yahudi.


Menurut pengarang kitab Tabdid Az-Zolam, Freemason ditubuhkan pada tahun 43 Masihi dan pengarang kitab Rahsia Gerakan Freemasonry dan Rotary Club mengatakan pada tahun 37 Masihi. Pada permulaannya, mereka memusuhi semua agama dan Katholik khususnya. Namun selepas zaman kejatuhan agama Kristian pada kurun ke-17, permusuhan dihadapkan kepada Islam sahaja dengan memasukkan pemikiran Sekularisme, Komunisme bermula pada tahun 1717 Masihi.

Antara matlamat utama Freemason terbahagi kepada 2 bahagian :

1) Matlamat utama – Membina Haikal Sulaiman dengan cara merampas Baitul Maqdis dan membina Haikal Sulaiman diatasnya.
2) Matlamat sampingan – a) Menyebar fahaman Ilhadiyyah iaitu fahaman tidak percaya kepada mana-mana agama dan mana-mana tuhan. b) Menghapus semua kerajaan dan perasaan cinta kepada negara.

Sejarah Keahlian:

9 orang yang awal telah melakukan sumpah taat setia dengan nama Tuhan dank Kitab Talmud (Yahudi) untuk menjaga kerahsiaan pergerakan ini. Mereka lalu menubuhkan markaz pertama bernama ‘Jerusalem’ yang terletak di Istana Herolds Akriba / Father = De Haliza. Selepas itu mereka mula menubuhkan pelbagai pertubuhan dibawahnya dengan nama pertubuhan kemanusiaan, keamanan, sosial dan sebagainya demi untuk mendapatkan keahlian baru yang banyak.

3 Martabat Keahlian:

1) Simbolik Umum – semua agama dan bangsa boleh menyertai. Mereka menggunakan smbol-simbol yang tidak difahami dan mempunyai perbuatan serta pertuturan sendiri. Simbol-simbol yang digunakan mempunyai makna-makna yang melambangkan sesuatu peristiwa di dalam Kitab Talmud. Contohnya: matahari, bulan, mata, dua tangan berjabat, warna biru, palu dan lain-lain. Peringkat ini dibuka kepada sesiapa sahaja. Cogan kata mereka diperingkat ini ialah : Free, Friend dan Faithful. Didalam peringkat ini, masih ada tingkatan-tingkatan keahliannya. Pangkat mereka akan dinaikkan keperingkat seterusnya bergantung kepada kuatnya sokongan kepada Zionisme Antarabangsa.

2) Royal / Kerajaan – dibuka kepada bangsa Yahudi sahaja. Peringkat ini digelar anggota bersaudara ( friends ).

3) Alam semesta / Penggubal – anggotanya pemimpin Freemason yang berbangsa Yahudi sahaja.

Prinsip-Prinsip Freemason:

1) Kerahsiaan.
2) Wajib taat 100% kepada Yahudi dan putuskan hubungan dengan agama dan negara.
3) Muliakan keturunan Yahudi.
4) Sebarkan kemungkaran dan agungkan hubungan seks.
5) Musuhi semua agama sehingga dapat menguasainya.



Antara Pertubuhan Yang Dianggotai oleh Ahli Freemason:

1) PBB – 60% anggota PBB adalah ahli Freemason, Setiausaha Agong PBB semuanya kafir yang ada pertalian dengan Yahudi atau disokong pemimpin Yahudi, 6 juta Yahudi ( Freemason ) ada dalam pertubuhan dunia.

2) UNESCO, UNICEF, UNRWA, WTO, WHO, INTERPOL dan lain-lain.


Bidang-Bidang Yang Dikuasai Yahudi:

1) Industri perfileman – Contoh: Hollywood – Syarikat 20 TH Century Fox.
2) Surat Khabar dan Majalah.
3) Syarikat penyiaran dan percetakan.
4) Perbankan dan politik Amerika ( White House ).


Cabang Pertubuhan Freemason:

1) Bahaiyah / Babiyah = Mirza Muhammad Ali Syirazi – seorang Yahudi yang muncul di Iran pada tahun 1844 Masihi dikalangan Syiah Imamiyah dikawasan bernama Syirazi. Antara ajarannya: penyatuan agama, fahaman serba tuhan ( wahdatul wujud ), Rasul Manifestasi ( jelmaan Tuhan ) dan jihad hukmnya haram.

2) Lions Club = Mulfin John tubuhkan pada tahun 1915M di Texas, Amerika. Lions bermaksud Singa iaitu pengawal Haikal Sulaiman yang berada disalah satu bahagian Al-Aqsa.

3) Rotary Club = mewujudkan pemerintahan antarabangsa berpusat di Israel yang juga salah satu dari matlamat Freemason. Ianya ditubuhkan sebagai menyahut seruan pemimpin Yahudi ( Theodare Hertzel ). Rotary Club ditubuhkan oleh Paul Harris.

4) Illumanity = ditubuhkan oleh Adam Weishaupt pada 1776 M. Illumanity disandar kepada salah satu dari Mazhab Yahudi yang dianggotai oleh golongan bijak (hukama’). Illumanity adalah nama Iblis. Pusat pentadbiran di Segi Tiga Bermuda tempat Dajal. Illumanity diambil dari perkataan Lucifer ( Iblis ) yang bererti pemegang cahaya.


Perkembangan Freemason di Asia Tenggara:

Di Malaysia ianya bermula dengan kemasukan Belanda di Melaka pada tahun 1511 Masihi. Kemudian diikuti dengan perjanjian Pangkor pada tahun 1874 antara Sultan Perak dengan Inggeris. Lalu J.W.W Birch dilantik menjadi Residen Inggeris di Perak. Frank Swettenham dilantik menjadi ketua Residen yang menasihati Raja-raja Melayu. Kemudian Freemason berkembang ke Thailand, Myanmar, Indonesia, Filipina dan lain-lain.


Jika benar maklumat keterlibatan Dato’ Najib dengan Freemason, maka timbul beberapa persoalan:
1) Bagaimanakah beliau mampu berada di peringkat Ahli Kehormat Freemason Malaysia. Pangkat ini berada dalam peringkat Simbolik Umum. Hanya mereka yang kuat sokongan kepada Yahudi sahaja yang akan dinaikkan pangkat keahlian. So, macam mana dengan Najib ?

2) Mengapa Dato’ Najib amat sukar untuk bersumpah dengan menyebut nama Allah, tetapi sering menggunakan perkataan “ saya bersumpah dengan nama Tuhan”. Jadi, Tuhan apa yang dimaksudkan? Sedangkan Freemason tidak percaya kepada mana-mana tuhan. Adakah menyebut perkataan ‘Tuhan’ itu sekadar untuk mengelabui mata kita sahaja?

3) Rasanya kita tidak pernah mendengar Dato’ Najib mengkritik kezaliman Yahudi di Palestin, tetapi seringkali melabelkan pejuang Islam sebagai pengganas. Beliau telah memegang prinsip-prinsip Freemason kah?

Perlu diketahui, kadang kala anggota Freemason tidak mengenal diantara satu sama lain khasnya dengan peringkat yang berbeza. Jadi, kalau nak tahu sape lagi pemimpin negara kita ahli Freemason, boleh gi borak dengan Najib.

Fikir-fikirkanlah bahayanya bakal PM ahli Freemason. Wallahua’lam.

Layari: http://pahangdaily.blogspot.com