Australia hari ini memberi amaran agar warganya tidak ke Indonesia atau berhati-hati dalam tempoh-tempoh terakhir menjelang hari hukuman kepada Imam Samudera, Amrozi dan Ali Ghufron@Mukhlas awal November ini. Mereka dituduh sebagai pelaku bom pusat peranginan di Bali tanggal 12 Okt 2002 yang lalu. Amaran pemerintah Australia ini kerana dibimbangi ada aksi ganas ‘membalas dendam’ ke atas hukuman yang dikenakan kepada Imam Samudera dan rakan-rakan. Australia antara negara yang kuat mengecam Imam Samudera dan rakan-rakan kerana warganya terkorban seramai 88 orang dalam tragedy ini. Tetapi mereka lupa bahawa anggota tentera mereka dihantar ke Iraq untuk membantu Amerika membantai umat Islam di sana termasuk orang awam. Bali adalah kawasan pelancongan yang penuh dengan bisnes-bisnes mungkar, murtad, judi dan pelacuran yang sering dilawati pelancong asing.
Dari kiri: Ali Ghufron@Mukhlas, Amrozi dan Imam Samudera.
Catatan: Imam Samudera atau nama sebenarnya Abdul Aziz adalah seorang anak muda yang dilahirkan pada 14 Januari 1970/1971 di Desa Lopang, Banten. Beliau mempunyai silsilah keturunan ulama’ iaitu datuknya yang merupakan seorang tokoh jihad di Banten, Indonesia, Kiyai Wasyid. Pada 9 Julai 1988, berlaku peristiwa bersejarah di Banten yang disebut oleh orang Banten sebagai ‘Geger Cilegon’ iaitu serangan Belanda. Maka saat itulah datuknya ditangkap Belanda. Imam Samudera merupakan cicit ke-3 dari Kiyai Wasyid. Bapanya bernama Akhmad Syihabuddin bin Nakhai dan ibunya Embay Badriyah bt Sam’un yang merupakan penduduk asal Banten.
Beliau pernah ke Afghanistan membantu Mujahidin menghadapi komunis Rusia selepas menghabiskan pengajian di sekolah menengah sekitar tahun 1990. Impian untuk ke Afghanistan sangat membara hasil dari pembacaannya terhadap buku ‘Ayatur Rahman Fi Jihadil Afghan (Tanda-Tanda Kebesaran Allah Dalam Jihad di Afghan) karangan As-Syahid Dr. Abdullah Azzam ketika berumur 16 tahun. Dengan berbekalkan wang Rp300,000 (sekitar RM 120.00) hasil usaha beliau menjual jilbab dan busana Muslimah, beliau berangkat ke Afghanistan melalui Malaysia menggunakan pesawat MAS di Subang Jaya dan transit di Bombay, India. Kemudian penerbangan ke Karachi, Pakistan. Dengan menutup muka ala-Afghanistan, beliau terus masuk ke Afghanistan menggunakan bas bersama sahabatnya dari Indonesia dengan pimpinan As-Syahid Jabir dan 2 orang Arab yang tidak dikenali.
Pada 12 Oktober 2002, dunia dikejutkan dengan ledakan bom di sebuah pusat peranginan di Bali yang mengorbankan lebih 200 orang dan 88 daripdanya adalah warga Australia. Lantas, nama Imam Samudera dan rakan-rakannya dituding sebagai pelakunya walaupun sampai saat ini terlalu banyak keraguan berkenaan tragedi ini. Tanggal 26 November 2002, beliau ditangkap dan 28 Nov dibawa ke Bali untuk diperiksa. Selepas menjadi penghuni sel-sel gelap, akhirnya perbicaraan dimulakan pada 02 Jun 2003 dan 10 Sept 2003 ditetapkan sebagai tarikh hukuman mati beliau. Namun, dengan rayuan demi rayuan, akhirnya beliau ditetapkan akan menjalani hukuman mati dengan cara ditembak pada awal November ini di Nusakambangan, Cilacap, Jawa Tengah.
Bersama beliau ialah Amrozi dan Ali Ghufron@Mukhlas. Imam Samudera berkali-kali menegaskan bahawa mereka tidak pernah takut dengan kematian dan sangat yakin kematian mereka bertiga adalah syahid. Mereka juga berkali-kali meminta agar hukuman tembak diganti dengan hukuman pancung yang disifatkan lebih syar’ie. Pihak pengadilan akan memaklumkan kepada mereka tarikh sebenar hukuman ini 3 hari sebelum hari hukuman.
Layari: http://www.detik.com yang merupakan berita online paling cepat di Indonesia untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai Imam Samudera dan rakan-rakan.
(Saya sedang menghabiskan bacaan buku Aku Melawan Teroris yang merupakan catatan hidup Imam Samudera. Beliau mengemukakan pelbagai hujjah membenarkan tindakan Bom Bali dengan menyebut ini pembalasan ke atas negara kuffar yang sering membantai orang awam dikalangan umat Islam. Namun, beliau turut memohon kemaafan kepada keluarga korban yang melibatkan umat Islam. Bagi beliau, umat Islam bukan sasarannya yang diinginkan.Tetapi ia adalah kesilapan dalam peperangan. Wallahua’lam. InsyaAllah, jika ada kelapangan saya cuba sampaikan sedikit pengisian dari buku ini kepada sahabat-sahabat sekalian yang merupakan pandangan serta luahan Imam Samudera terhadap musibah yang menimpa ummah. Beliau mengakui jihad yang dilakukannya berada pada titik-titik ikhtilaf dan langkahnya kotroversi. Namun atas ‘ijtihad’nya, beliau meyakini jalan yang ditempuhinya. )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan