Sabtu, 25 Oktober 2008

UPSI dan UNIMAS : Cahaya Baru Bagi Gerakan Mahasiswa

Berita kemenangan Pro-Mahasiswa dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) di UPSI, Perak dan UNIMAS, Sabah adalah merupakan khabar gembira buat semua penyokong serta pendokong kebenaran. Ianya merupakan petanda awal kemenangan besar atau ‘Tsunami Politik’ kampus akan berlaku dalam masa yang terdekat setelah hampir 10 tahun dijajah oleh mahasiswa Aspirasi yang hidup bergantung simpati partai pemerintah khasnya UMNO. Kemenangan besar ini dilihat sebagai satu tamparan hebat buat Aspirasi kerana ianya berlaku di kampus yang dianggap sebagai kubu keramat mereka. Memang agak sukar untuk memikirkan bagaimana Pro-Mahasiswa mampu mengambil alih UNIMAS serta UPSI yang telah berapa tahun diboikot PRKnya oleh Pro-Mahasiswa.

Berikut adalah keputusan PRK bagi UPSI:

Pro-Mahasiswa berjaya memenangi 8 kerusi yang dipertandingkan daripada 11 kerusi. 3 daripadanya adalah kerusi umum.

Di UNIMAS Pro-Mahasiswa berjaya memenangi 7 kerusi daripada 12 yang dipertandingkan iaitu 2 daripada 4 kerusi umum dan 5 daripada 8 kerusi Fakulti. 5 kerusi dimenangi calon bebas.

Keputusan tidak rasmi bagi PRK UUM, tidak kurang dari 10 kerusi dimenangi calon bukan Aspirasi. Bagi UDM, Terengganu, mahasiswa Aspirasi menang secara percuma.

Kebanyakan PRK bermula pada 15 Okt lalu seperti UUM dan diikuti UMP, UMT, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), UPSI,Unimas dan lai-lain. Bagi kampus-kampus di sekitar Lembah Kelang, mereka akan mengikuti PRK pada bulan Januari 2009. Dalam kajian dan pemerhatian ‘penganalisi politik’ mahasiswa, Sdr Nasaie Ismail yang pernah ‘menyelinap’ bersama Aspirasi, hasil maklumat dari beberapa orang besar Aspirasi, mereka mengakui Aspirasi akan tumbang di 5 buah kampus utama dan tidak akan mendapat majority 2/3 kerusi di 3 buah kampus.

TAHNIAH DUCAPKAPKAN KEPADA TEMAN-TEMAN SEPERJUANGAN DI MALAYSIA. “Ala inna nasrullahi qorib”.
Daripada:

Mahasiswa Malaysia di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Ar-Raniry,

Acheh Darus Salam.

Maklumat lanjut layari: http://mahasiswakini.com atau http://faisalmustafa.com

Pembetulan-Aspirasi tidak ada di Unimas. Terima kasih kepada sahabat yg memperbetulkan..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Unimas tak ada Aspirasi la.. 7 Pro Mahasiswa dan 5 bebas.

Tanpa Nama berkata...

salam.
UNIMAS kat Sarawak,
UMS kat Sabah...