Khamis, 30 Oktober 2008

1 Bulan Sebuah Buku : Siri 01

Judul: Strategi Amerika Menghancurkan Gerakan Islam

Judul Asal: Al-Gharb fi Muwaajahatil Islam Ma’aalim wa Watsa’iq Jadidah

Penulis: Mazin Shalah Al-Muthabaqani ( peneliti dari Institut Dakwah Islam Madinah Saudi Arabia )

Buku ini mengandungi 3 bahagian –

1) Pandangan Barat Terhadap Harakah Islam

2) Pandangan Harakah Islam Terhadap Barat (Amerika)

3) Strategi Amerika Dalam Menghadapi Harakah Islam

InsyaAllah, saya akan berkongsi dengan pembaca sekalian sedikit ringkasan isi kandungan buku ini khasnya dalam bab ke-3 yang merupakan point paling penting untuk diketahui.

Sumber Pengetahuan Amerika Tentang Kaum ‘Fundamentalis’ (istilah Kuffar kepada gerakan Islam)

a) Melalui media massa Amerika – contoh tulisan-tulisan dalam akhbar Amerika yang dijadikan rujukan mereka :

- catatan media The Wall Street Journal – pada ruangan bersiri berjudul Islam Moves.

- Hasil Kajian berjudul Politic in The Name of God – media Christian Sciense Monitor edisi Nov 1978.

- Surat Khabar Chicago Tribune – Nov 1978 mempublikasikan sebuah artikel berjudul Islam Reformation Winds.

b) Melalui hasil kajian ahli akademik – antaranya ialah :

- Hasil kajian Ricahrd Herier Dickmgyan khsusnya yang ditulis dalam bukunya – Fundamentalism in Arab World – diterjemah ke dalam Bahasa Arab ‘ Al-Ushuliyyah fil Alamil Arabiy.

- Hasil kajian James Bill – pensyarah Ilmu Politik di Akademik William and Marry.

c) Melalui Data-Data Politik dan Data-Data Badan Intelijen (CIA) – yang dilaporkan pada pemerintah Amerika atau dibincang di ruang lobi White House. Contohnya ialah :

- Richard Michael dan Dr Nadave Savaran (anggota pejabat CIA) yang merupakan pensyarah university yang diberi kepercayaan oleh Uni.Harvard untuk kendalikan seminar “Islam dan Politik di Dunia Moden”. Akhirnya terdedah bahawa dibelakang seminar ini dikawal oleh CIA dan Israel.

- Mengambil anak-anak umat Islam untuk menjadi mata-mata mereka melaporkan informasi, keterangan dan data tentang situasi politik dan kondisi dalam negara Mesir khasnya mengenai kegiatan kelompok ektrem (istilah kuffar pada gerakan Islam) di Mesir.

Tinjauan atas Sumber Tersebut

Seorang sarjana Muslim dalam kajiannya mendapati bahawa ada 3 aliran dalam penulisan-penulisan Barat ketika berbicara mengenai kebangkitan Islam :

a) Aliran Sensasionalisme ( Al-Itsarah ) – iaitu dengan cara mensensasikan berita-berita mengenai penangkapan, pengeboman, kengerian, robohnya gedung-gedung kedutaan atau rampasan pesawat dan seumpamanya dengan menyebut ini adalah dari kelompok-kelompok Islam. Ianya bagi menakut-nakutkan orang awam terhadap Islam.

b) Aliran Denial atau mengingkari kenyataan ( Al-Inkar ) – iaitu dengan berpura-pura tidak tahu tentang undang-undang atau sistem bila mereka melakukan apa-apa kesalahan. Tetapi kini mereka ini menjadi pengendali segala urusan di Dunia Islam yang berada di tangan Nasionalis.

c) Aliran Distorsi ( Al- Mughalathah ) dan Pemalsuan ( At-Tazyif ) – iaitu dengan cara menggambarkan Harakah-Harakah Islam sebagai kelompok yang ekstrem, terisolasi, ketinggalan dan anti modernisasi.

Hubungan Amerika Dengan Harakah Islam

Harakah Islam menempati posisi yang sangat penting dalam Dunia Islam sehingga kadang-kadang sampai berani mendesak kekuatan-kekuatan pihak yang berkuasa atau parti pemerintah baik dari kelompok sekular atau yang berpura-pura Islam. Maka Amerika berpendapat sebaiknya langkah-langkah berikut dijalankan :


a) Melakukan dialog dengan kaum fundamentalis ( istilah mereka ) atau langsung dengan para pemimpinnya. Dialog ini perlu dilakukan oleh Amerika melalui delegasi-delegasi yang terdiri daripada para diplomat atau anggota Kongres.

b) Mencuci otak golongan muda fundamentalis ini dengan menawarkan biasiswa kepada mereka, dirayu dan diberi kesempatan untuk mengenal Amerika.

c) Mengajarkan kepada pemerhati dari Amerika akan bahasa negara-negara yang mereka kunjungi dan membekalkan mereka dengan pengetahuan selayaknya tentang kebudayaan Islam kerana maklumat tentang fenomena kebangkitan Islam lebih jelas dan nyata dapat diperolehi dari mereka yang mahir pelbagai bahasa.

d) Iman para anggota Harakah Islam sangat kuat pada Allah yang menyebabkan mereka sanggup korban harta dan nyawa demi membela prinsip Islam serta mereka tidak gentar dengan ancaman Amerika. Maka harus dihindari penggunaan ancaman-ancaman yang keras atau kata-kata yang menyinggung perasaan dan membangkitkan semangat perlawanan terutama pada saat-saat terjadi krisis.

e) Memberi bantuan-bantuan ekonomi kepada orang-orang miskin dikalangan Muslimin dengan membangun tempat tinggal dan memperbaiki kondisi ekonomi mereka kerana peluang Harakah Islam dalam kerangka sistem perekonomian yang ada dalam negeri mereka sangat kecil dan terbatas. Ini dilakukan dengan harapan kaum Muslimin ‘melihat’ kebaikan Amerika.

f) Mengkaji tentang watak perpecahan dalam barisan-barisan Harakah Islam.

g) Amerika perlu berhati-hati dalam menumpaskan organisasi-organisasi ekstrem (istilah Amerika) melalui pemerintah-pemerintah yang setia kepada mereka baik secara langsung atau tidak kerana penumpasan itu akan mempertajamkan lagi ekstremitas organisasi tersebut.

h) Amerika perlu perhatikan keprihatinan Harakah Islam terhadap masalah-masalah besar umat Islam seperti Palestin. Maka Amerika perlu mewar-warkan bahawa mereka akan membantu menghentikan tindakan agresif Israel walaupun dibelakangnya, Amerika akan membantu Israel. Amerika perlu mewujudkan ‘ prinsip damai bersama’.

Bersambung...

Catatan: Ada beberapa ayat yang saya ubahsuai sedikit agar mudah difahami oleh sahabat-sahabat di Malaysia. Terjemahan buku ini ditulis dalam Bahasa Indonesia.

Tiada ulasan: