Malam tadi saya sempat melayari blog seorang sahabat dari Universiti Malaya, KL http://reformismuda.blogspot.com. Maklumlah saya baru dipromote blognya sehari dua baru ni. Tahniah kerana meramaikan dai’e ‘alam maya’. Artikel terbarunya mengenai anugerah gelaran Dato’ kepada Shah Rukh Khan oleh kerajaan Negeri Melaka bersempena hari ulang tahun ke-70 Yang Di Pertuan Negeri Melaka, Tun Khalil Ya’acob. Seramai 758 individu dianugerahkan darjah,tauliah, bintang dan pingat kebesaran Negeri Melaka tahun ini dalam majlis tersebut. Menurut Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam, anugerah tersebut diberi kerana jasa Shah Rukh Khan yang mempromosikan nama Melaka melalui filem ‘One Two Ka Four” di A Famosa Resort, Alor Gajah beberapa tahun lepas dimata dunia.
Terus saya bertindak pantas melayari portal tranungkite.net untuk mengikuti perkembangan isu ini dan kritikan-kritikan dari forumer TKO. Waduhhh…banyak bangat artikelnya Pak. Pada perkiraan saya artikel yang dihantar ke TKO melebihi 10 dan kritikan forumer dalam ruangan borak-borak siber lebih 5 komen. Marah betul korang ye..apa-apa pun saya ucapkan tahniah kerana saudara-saudara dipilih oleh Allah untuk menjadi golongan ‘ghuraba’ yang masih mempunyai deria rasa yang baik dan terkesan dengan tindakan tidak bertamadun nasionalis sekular di Malaysia.
Tapi…
Petikan dari laman web wikipedia.org mengenai latarbelakang Shah Rukh Khan. Sebahagian ahli keluarganya beragama Hindu dan beliau menganggap 'tak da masalah'. Al-Qur'an dan patung pun diletak bersebelahan dalam rumahnya. Ini agenda Islam Liberal.
1) Percayakah saudara kalau saya katakan bahawa sebahagian besar dari rumah-rumah ahli jama’ah kita sendiri masih penuh kaset-kaset, cakera padat atau VCD artis-artis Bollywood yang tersusun rapi pelbagai tajuk ?
2) Tahukah saudara masih ada dikalangan kita sendiri yang sanggup bersusah payah keluar ke pasar malam, pasaraya untuk mendapatkan VCD-VCD terbaru Bollywood ? termasuk yang suka download dari internet dan simpan dalam laptop atau komputer.
3) Yakinkah saudara berapa ramai dikalangan kita yang sanggup berjam-jam ‘menyembah’ televisyen pada setiap Hari Sabtu dan Ahad selepas Zohor untuk melihat aksi-aksi, lagu-lagu dan badan serta pusat-pusat artis Bollywood ? sangat pelik bila si ibu dan bapa turut serta. Siap mengalir air mata...adushh. Lepas tu hingus pulak mengalir :)
So, dua lagi soalan tambahan.
1) Shah Rukh sahajakah yang kita tak bersetuju dikalangan artis Bollywood ?
2) atau marahnya kita kerana yang beri anugerah ni Kerajaan Negeri Melaka atau bahasa mudahnya UMNO yang memang kita nak termuntah dengar namanya ?
Sekitar tahun 2006 atau 2007 yang lalu, saya berkesempatan turun menyertai himpunan dihadapan Kedutaan Amerika membantah kekejaman Amerika dan Israel. Masih segar dalam ingatan, selepas selesai himpunan, semua beredar dan cari kedai nak beli air. Saya terkejut melihat seorang hamba Allah, muslimat ,orang penting yang baru sebentar tadi melaungkan Anti Amerika, Hancur Israel dan berbagai kutukan tiba-tiba dengan muka slamber meneguk air dari botol Coca Cola. Seorang lelaki menegur, lalu dia hanya mampu tersenyum tersipu-sipu. Kalau kita sebut kita bersama ulama', tak kan peringatan dari Dr Yusuf Qardhawi tentang haram membantu Amerika dan Israel kita tak boleh pakai.KFC, Coca Cola, Mac Donald, Starbucks terang-terang sumbang dana pada Amerika dan Israel. Sampai hari ni duk makan dan minum lagi. Lepas tu bila kempen boikot barang Amerika Israel gagal, pakat duk tunding jari pada orang lain.Belambak lagi makanan lain..ni aku nak marah ni:) Jadi, kita ni marah satu benda kerana apa???
Sayanglah sesuatu perkara kerana Allah dan bencilah sesuatu perkara pun kerana Allah.
Teringat saya sewaktu berada di sekolah menengah 5 tahun yang lalu. Saya sempat membaca sebuah majalah, tak silap Tamadun. Ada satu artikel mengenai Mujahidin Kashmir yang siap sedia mencari Shah Rukh Khan untuk dibunuh atas alasan beliau telah murtad dari Islam.Saya tidak tahu kebenarannya sehinggalah malam tadi saya membaca artikel sahabat saya ini yang mendedahkan status sebenar Shah Rukh Khan.
Jadi, tinggi harapan saya kepada diri saya terlebih dahulu dan untuk seluruh pendokong perjuangan Islam khasnya agar kita benar-benar mengaggap isu ini isu maruah umat Islam yang dipermainkan bukan sekadar kerana marahkan UMNO menganugerahkan gelaran Dato’ kepadanya. Perlu diingat, PAS adalah Harakah Islamiah dengan dua tugasan iaitu dakwah dan politik yang beriringan. Maka apabila mungkar dilakukan oleh sesiapa pun wajib dihadapi bukan sekadar UMNO semata-mata. Mudah-mudahan keadilan kita ini menjadi ruang mendekatkan kemenangan oleh Allah kerana kita sangat bimbang lewat dan sukarnya kemenangan itu adalah kerana maksiat dan mungkar yang hidup didalam diri pejuang Islam sendiri. Ketika Saidina Umar R.a mengutus Saad bin Abi Waqqash memimpin angkatan perang, Umar menasihati Saad, “ Wahai Saad, bertaqwalah kepada Allah. Kamu menang adalah kerana dosa dan maksiat yang dilakukan oleh pihak musuh. Jika kamu yang melakukan maksiat, maka kamu akan dikalahkan oleh Allah.
Last, kurangkanlah menjadi peminat atau penonton setia Bollywood atau paling afdhal, tinggalkanlah. Ianya hanya sekadar filem yang menggambarkan nikmatnya wanita, khayalan rumah banglo mewah, taman-taman indah, gedung-gedung dan harta mewah yang tidak mampu kita kecapi. Disinilah timbulnya budaya zina terbuka, berpelukan dikhalayak ramai tanpa segan silu sehingga menatijahkan ancaman murtad. Kita amat bimbang jika sampai satu tahap ada mana-mana anak muda yang menyebut, “ aduhai..kalaulah dapat jadi macam diaorang, boleh peluk-peluk,cium-cium
Saudara, ingatlah..umat Islam dan mujahidin dari Hizbul Mujahidin di Kashmir,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan