Isnin, 27 Oktober 2008

Acheh dan Perjuangan II

Disebalik MoU Helsinki – Apa yang tersembunyi ?

Hari demi hari pelbagai jenayah mula meningkat di Acheh. Rompakan, penculikan, pembunuhan dan penggeledahan mula berlaku. Sangat pelik ! Semuanya terus berlaku disaat Acheh dikuasai ‘orang-orang GAM’ yang sebelum ini melaungkan pelaksanaan Syariat Islam. GAM kini berubah kepada Partai Acheh setelah perjanjian perdamaian MoU Helsinki di Finland 15 Ogos 2005 yang lalu. Gabenor Acheh sekarang ialah Irwandi Yusuf yang merupakan orang GAM.

Timbul beberapa persoalan, mengapa Syariat Islam mula terhakis di bumi Acheh yang pernah menjadi ‘kubu’ kekuatan Islam di Asia Tenggara dan mengapa jenayah terus meningkat disaat pemerintah melaungkan perdamaian serta keamanan. Sehingga kini beberapa bangunan yang ada kaitan dengan GAM atau Partai Acheh digeledah dan ada yang dibakar termasuk malam kedatangan Hasan Tiro yang lalu.Jika dulu, hampir setiap minggu dihadapan Masjid Baiturrahman pasti ada yang dicambuk (disebat) kerana kesalahan zina dan sebagainya. Sekarang tidak ada lagi. Adakah kerana zina, rompakan, pembunuhan tidak berlaku lagi? Jawapannya tidak !

Ingatkah kita pada gambar dibawah ini ? Lihatlah betapa eratnya genggaman tangan ‘pendamai’ menyatukan antara 2 umat Islam yang bertelagah. Penuh keceriaan dan senyuman. Soalnya bilakah Barat dan pemimpin-pemimpinnya tiba-tiba bersimpati mendamaikan umat Islam yang berbalah ? Sedangkan perbalahan umat Islam adalah kegembiraan bagi mereka.

Isi kandungan MoU Helsinki hanyalah berupa undang-undang atau syarat-syarat yang perlu dijaga antara Acheh dan Republik Indonesia bagi menjaga perdamaian, bukannya undang-undang bagi wilayah Acheh. Maka selepas pulang dari Finland, barulah undang-undang Acheh dibuat. Akhirnya terbongkar…pihak ‘pendamai’ dari beberapa negara tersebut tidak membenarkan Syariat Islam dimasukkan ke dalam perbincangan bagi menyusun undang-undang wilayah Acheh. Rupanya inilah kepentingan yang mereka impikan dengan berselindung disebalik nama perdamaian. Benarlah Firman Allah s.w.t: dan orang-orang Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu (selama-lamanya) sehingga kamu mengikut cara hidup mereka.

Jenayah Meningkat

3 kemungkinan dapat dilihat:

1) Boleh jadikan ianya provokasi dari TNI sendiri.
2) Boleh jadi memang penjenayah yang mengambil kesempatan diatas suasana yang agak tidak baik di Acheh.
3) Boleh jadi ianya dilakukan oleh orang-orang lama dalam GAM. Perlu diingat, tidak semua anggota GAM menyerahkan senjata. Ditambah pula dengan kekecewaan sebahagian mereka yang benar-benar ikhlas berjuang, akhirnya mereka yang tidak terlibat dengan perjuangan mengaut keuntungan dari perdamaian ini dengan mendapat kemewahan sekelip mata. Pejuang-pejuang yang penat lelah akhirnya dibiar dan tidak dipedulikan serta tidak mendapat sedikit keberuntungan dari perdamaian ini.

Sebagai contoh ketika selepas Tsunami, harga rumah di Acheh melambung tinggi. Tetapi permintaan terlalu banyak. Akhirnya sebahagian kecil orang Acheh sewakan rumah mereka kepada orang luar dengan harga yang mahal dan mereka mencari rumah murah di Medan. Lalu hasil sewaan menyebabkan mereka mampu membeli sebuah rumah lagi. Bagi orang di Medan pula, mereka juga beruntung kerana sewaktu Tsunami, makanan terpaksa didapatkan dari Medan. Daripada beberapa contoh diatas, benarlah satu ungkapan Bahasa Arab yang menyebut : Kadang kala ada orang mendapat bahagia dalam kesusahan orang lain.

Pendirian PKS sebagai Partai Islam

Pemilihan Umum(PEMILU) Indonesia akan berlaku pada April 2009. Suasana berkempen giat dimulakan sejak kami sampai ke Acheh bulan 8 lalu. Jika partai pemerintah Acheh (PA) masih ingin memisahkan diri dari Indonesia, mereka mampu melakukannya hanya dengan memenangkan 75% kerusi parlimen di Acheh. Lalu mereka boleh buat undang-undang atau melakukan Referendum menuntut hak pemisahan. Namun bagi Partai Keadilan Sejahtera (PKS), mereka tetap tidak mahu memisahkan Acheh dari Indonesia kerana Acheh adalah benteng Islam di Indonesia. Jika Acheh berpisah, manakah lagi kekuatan Islam di Indonesia.

Saat ini semua pihak dianggap ‘tidak mampu’ berhadapan dengan Partai Acheh atau GAM. Hanya PKS yang dilihat lebih ‘disegani’ oleh mereka. Manakan tidak, kekuatan PKS hampir sama sahaja dengan mereka di Acheh bahkan telah mula sampai ke serata ceruk kampung walaupun mereka adalah partai yang masih baru. Dengan suasana begini, sampai satu tahap para kiyai dan ulama di Acheh menyebut “ biarkan mereka dan serahkan kepada kami sahaja untuk turun dari gunung teruskan perjuangan bagi memastikan Islam tertegak dengan sebenar di Bumi Acheh”.

Perjuangan Partai Acheh dilihat oleh rakyat tidak sama dengan matlamat asal perjuangan GAM diawalnya dahulu yang inginkan kemerdekaan sendiri bagi melaksanakan syariat Islam. Para ulama dan kiyai-kiyai yang memimpin jihad mereka. Bahkan, Hasan Tiro sendiri adalah anak murid kepada ulama dan mujahid Acheh, Teungku Dawud Beureuh yang berjihad menghadapi Belanda dan dikhianati Soekarno. Kini, ianya penuh dengan keraguan. Wallahua’lam.

1 ulasan:

malaysia baru berkata...

Irwandi Yusuf (yang merupakan orang GAM) sewaktu meraikan kemenangannya dulu pernah sebut hudud tidak akan di laksanakan di acheh... Cuba cari.

saya dah jumpa....iaitu

Friday, December 22, 2006
‘Tidak potong tangan’

BANDA ACEH: Calon disebut-sebut memenangi pilihan raya gabenor Aceh menyatakan beliau akan menyekat undang-undang memotong tangan pencuri jika undang-undang syariah diluluskan sebelum beliau mengangkat sumpah.
“Saya akan menyekat pelaksanaan undang-undang ini,” kata Irwandi Yusuf, bekas ketua pemisah Gerakan Aceh Merdeka (GAM) yang mendahului undi untuk menjadi gebenor wilayah itu menerusi pilihan raya awal bulan ini.

Ulasan: Islam yang di amalkan dan di sampaikan Rasulullah s.a.w. sudah cukup sempurna. Tak perlu di tambah dan tak boleh di kurangi. Senang saja: Just DO it. Tidak ada ertinya kalau undang-undang syariah diluluskan tanpa potong tangan. Bertanyalah kepada pakar bila kita tidak tahu. Sayangkan dan lindungi rakyat yang ramai atau pencuri?

Mutakhir
Irwandi angkat sumpah gabenor Aceh

BANDA ACEH 8 Feb. – Bekas pemimpin pemisah hari ini mengangkat sumpah sebagai Gabenor Aceh, mengukuhkan lagi perjanjian damai yang menamatkan perang selama tiga dekad.
Irwandi Yusuf, 46, yang melepaskan diri daripada penjara semasa tsunami 26 Disember 2004 mengangkat sumpah jawatan dengan menjunjung senaskhah al-Quran dan patuh kepada pancasila dan perlembagaan Indonesia...(Utusan Malaysia, 9/2/07).

Ulasan: Jangan sia-siakan harapan umat Aceh yang mahukan Islam sebagai cara hidup yang syumul.

-Ke arah mana GAM?
Atau perjuangan menegakkan Acheh Islam cuma kenangan indah saja..atau jadi gam.