Gara-gara memposting sebuah artikel ringkas bertajuk “Muharram : Berhijrahlah Teman-Temanku ! “ tanggal 27 Dis, Sabtu malam Ahad yang lalu, inbox diblog saya banjir dan hampir melimpah dengan kritikan dan kemarahan dari beberapa pihak pagi keesokannya. Tidak ketinggalan ada juga beberapa insan yang menyatakan sokongan walaupun saya tidaklah mengharapkan. Akhirnya, entah mengapa saya menjadi begitu akur dengan kritikan tersebut sehingga bertindak memadamkan semula posting artikel tersebut pada pagi Ahad itu sekitar jam 07.00 pagi yang telah dibaca sekurang-kurangnya 35 orang yang sempat saya catatkan bil.pengunjung.
Paling menyedihkan apabila saya benar-benar terlepas pandang dengan tidak menyimpan satu copy article tersebut didalam laptop atau pendrive. Tidak terfikir pula rupa-rupanya artikel pendek tersebut ‘disambut’ dengan pelbagai komentar. Alhamdulillah, Allah masih memelihara ingatan dan saya masih mengingati isi-isi penting dalam article tersebut. Antaranya ialah :
a) Saya menimbulkan persoalan mengapa saat rakyat yang berada diceruk kampong sudah mula cerdik dan berfikiran terbuka untuk membuat perubahan, tiba-tiba mahasiswa yang berpengajian tinggi masih bergantung dengan Umno khasnya diluar Negara.
b) Saya tidak tahu samada teman-teman daripada Kelab Umno di Indonesia bersama Kelab Umno sekadar untuk mendapatkan wang menampung pengajian mereka (yang agak mahal) atau memang mereka telah sebati dengan doktrin kebangsaan (Nasionalisme). Jadi,kalau sesiapa yang ingin dapatkan wang bolehlah masuk Umno, tetapi untuk cari kebenaran, janganlah kerana Umno bukan tempat untuk cari kebenaran.
c) Untuk apa bergantung dengan Umno (Kelab)? Kenapa kita bimbang sangat. Yang atur rezeki dan pekerjaan kita adalah Allah, bukan Umno. Yakinlah dengan Rububiyyah Allah (sifatnya yang Maha Memberi Rezeki) kerana segala rezeki dan kerja kita selepas ini telah diatur oleh Allah.
d) Jika benar pemerintah ingin membantu pelajar
e) Ketika didalam kursus BTN untuk semua mahasiswa yang akan keluar Negara, mereka menekan pelajar supaya jangan terlibat dengan politik, tetapi bagaimana dengan Kelab Umno? Bukan politikkah?
f) Dalam keadaan pelajar-pelajar agama mahu menyambung pengajian ke luar Negara, duit zakat pun begitu sukar untuk diperolehi, terpaksa ke hulu dan ke hilir mencari sumbangan, gerakan mahasiswa Islam ditekan dan sebagainya, kita masih memaksa diri kita menjadi dungu untuk bersama Kelab Umno.
g) Kata Saidina Umar ketika berjaya membebaskan Baitul Maqdis daripada Salibiyyin, “Kita adalah satu kaum yang diberi kelmuliaan oleh Allah kerana berpegang dengan Islam, barangsiapa yang mencari kemuliaan selain daripada Islam ,maka dia akan dihina oleh Allah”.
h) Percayalah, ‘nikmat’ adanya kelab umno hanya dirasai oleh ketua-ketua anda sahaja. Yang dibawah hanya mendapat baki-baki sahaja.
i) Untuk teman-teman Kelab Umno di Kaherah, Mesir: Malangnya anda bertemu puluhan kitab dan ulama’ , namun tidak menemui hukum secular. Janganlah anda khianati ilmu anda. Jangan sampai umat Islam di Malaysia menggelar anda ‘khianati ummah’. Janganlah menjadi Ahli Kitab yang tahu kebenaran, tetapi menjadi sesat atau Musa Samiri yang berguru dengan Nabi Musa, lalu berkhianat.
Lebih kurang, inilah point penting yang ditulis dalam artikel tersebut. Jika ada teman-teman yang sempat membaca dan menemui perkara yang saya tertinggal, tolong maklumkan pada ruangan komentar dibawah artikel ini.
Catatan: Dalam artikel tersebut, saya memasukkan 2 foto pimpinan Kelab Umno
…………………………………………………………………………………………………..
Akhirnya, berderu-deru kritikan memenuhi inbox blog ini sehingga memaksa saya untuk memadamkan semula artikel tersebut untuk tidak memburukkan keadaan dan menghormati teman-teman yang agak tidak bersetuju kerana foto mereka dimasukkan.
Dibawah ini adalah komentar-komentar yang masuk ke inbox blog ini mengikut tarikh dan jam:
28 Dec 08, 22:44
berkata: aneh org beragama sentiasa mencaci dan menghina rakan seagama sendiri... kebencian di utamakan lebih daripada pengangan konsep muslim itu ikhwah... maaf berkatalah mengikut suara Ilahi bukan amarah..
28 Dec 08, 21:01
hafiz: nama pun dah umno... umno jgklaaa.. blaja tggi2 hukum Allah amek mudah jer.. moga Allah bukakan hati bersatu dlm jemaah islam yg sebenar..
28 Dec 08. 08.35
pro mahasiswa: justeru, segala tindakan kerajaan akan disokong sepenuh hati o kelab ini. walaupun ianya salah..
28 Dec 08, 08:35
pro mahasiswa: kpd kelab umno, slogan y anda laungkan- kami bukan parti politik tu dah xleh guna lagi.. nama yg sebenar bagi kelab umno adalah kelab PENYOKONG umno..
28 Dec 08, 06:11
untuk blues: sikap umno ni sama je kat mana pun.yg penting perut.hukum no 100
28 Dec 08, 01:24
blues: kata pepatah, rezeki jgn ditolak..musuh jgn dicari..betul kata saudara/ri biore..urusan halal haramnya itu haya Tuhan yang tahu...bukan saudara atau sesiapa
28 Dec 08, 01:23
blues: sebab kelab umno luar negara tidak ada langsung unsur politik..apa yang kamii terima,hanya sekadar kemudahan yang diberi
28 Dec 08, 01:21
blues: harapan saya, saudara harusnya selidik dahulu..tanya..baru dan nilai sendiri..bukankah itu yang di ajar dalam Islam??
28 Dec 08, 01:21
blues: kenapa harus berterima ksih pada saudara? sdgkan saudara tidak tahu ttg misi dan visi kelab, saudara sudah lemparkan pandangan negatif
28 Dec 08, 01:16
biore: sekali lagi, semua urusan hanya Tuhan saja yang uruskan..bukan kita..ingt..bukan kita..sekian terima kasih
28 Dec 08, 01:15
biore: belum tentu semuanya jahat n buruk,mana yang baik tu kita amk..yang buruk tu jauh2 la kita tglkan
28 Dec 08, 01:14
biore: saya harap, semua pihak yang terlibat dalam perkara ini, jgn berfikiran cetek..luaskan minda, jgn terlalu taksub pada 1 perkara, yang lain semua dianggp salah dan haram
28 Dec 08, 01:13
biore: urusan benda atau duit itu halal atau tidak hanya Tuhan saja yang tahu, bukan kita yang menentukan
28 Dec 08, 01:12
biore: urusan duit dan apa fasiliti yang diterima hanyalah sebatas kemudahan yang diberikan kepada kami
28 Dec 08, 01:11
biore: banyak bukti ramai dikalangan pelajar yang terlibat dalam kelab umno semuanya berjaya dgn cemerlang,tiada unsur politik di dalamnya
28 Dec 08, 01:10
biore: terima kasih atas perhatiannya..tapi untuk maklumat, misi dan visi kelab umno seluruh dunia adalah untuk membantu sesama pelajar
27 Dec 08, 23:40
berkata: shukran
27 Dec 08, 23:40
berkata: islam tu adil.. bukan umno atau apa... sedang anda berbicara anda juga membuat kebatilan sebenarnya anda lebih terlihat memberikan fitnah kpd agama.. sedang anda tidak pernah tahu apa yang kami lakuka
27 Dec 08, 23:39
berkata: hanya menjalankan apa yg dirasakan perlu untuk pelajar... kheirul kalam man qalla wa dalla
27 Dec 08, 23:38
berkata: kalau anda punya bukti tolong berikan... sekiranya kami makan duit rakyat untuk bersenang lenang, kami tahu akibatnya... tapi kalau anda melemparkan fitnah, ingat azab anda lebih perit.. kami di sini
27 Dec 08, 23:37
berkata: Percayalah bahawa 'nikmat' adanya Kelab-Kelab Umno ini hanya dirasai oleh ketua-ketua anda sahaja. Anda dibawah hanya berkongsi baki-baki sahaja.
27 Dec 08, 23:37
berkata: sheikh... kalau nak berbicara pasal agama tolong la jgn mendatangkan fitnah... berbicara atas dasar yg haq.. maaf saya seorang drp gambar yg ada disitu tp saya rasa apa yg anda katakan itu adalah ftnh.
Ditengah-tengah komentar dari pelbagai pihak ini, saya menerima email daripada seorang pimpinan Kelab Umno pada pagi Ahad kelmarin menegur tindakan saya. InsyaAllah, saya berusaha untuk memberikan penjelasan tentang komentar-komentar ini, tentang Kelab Umno secara umum termasuk Numram (Nadi Umno Republik Arab Mesir) yang dipimpin oleh mahasiswa yang mempelajari Aqidah dan Syari’ah. InsyaAllah. Saya juga mengalu-alukan komentar dari sesiapa sahaja dengan harapan nanti diakhirnya, kita diberi petunjuk oleh Allah s.w.t untuk terus bersedia melakukan perubahan setara dengan sosok tubuh kita sebagai golongan berpendidikan yang tentunya bijak membuat penilaian untuk kepentingan Islam dan ummahnya serta bangsa dan Negara umumnya.
4 ulasan:
Tun Mahathir pengasas UMNO Baru pun telah keluar dr UMNO. Ni budak beringus mana nak duk dlm umno...This is dubble standart..
Kenapa takut gambar di siar, kamu buat baik atau jahat.. kialau baik sangat kelab UMNO yang kamu perjuang itu, kenapa takut disiar gambar.. jawablah secara ilmiah..
Medan..
Org baik tak kan duduk dlm Umno,dasarnya sendiri dah tak betul mcmana ,puak ni kata tujuan nya baik.Umno lah yg dok halang pelaksanaan hudud,menghina Islam dll.Budak budak ni tak reti base ke?
slms...
wahai pendokong kelab umno...antum bleh terus menyokong kelab itu..dan menjustifikasikan tindakan antum..tp igtlah..Allah tahu apa yg trsurat dan tersirat..
ssngguhnya..penubuhan msjid yg dinamakan msjid dhirar pn dah ditentang oleh Rasulullah krna ianya akn mmecahbelahkn umat islam ktika itu..apalah sgt dibandingkn kelab tu dgn mmbina msjid?
kpd org islam yg mnjadi pendokong kelab umno di bumi anbia ini(bumi mesir) tlg hntikn pembohongan anda ttg kbaikn kelab umno yg ada di mesir ini...kmi xsbgitu bodoh...
Catat Ulasan