Imam Solat Jumaat tadi penuh khusyu’ berdoa khas untuk mereka yang telah kembali kepada Allah dalam musibah Tsunami. “ Allahummaghfir li man mata bi sababis Tsunami, waj’al qabrahum raudatan min riyadhil
Sejak malam tadi, pelbagai acara diatur oleh pihak masjid untuk memperingati musibah Tsunami tanggal 26 Dis 2004 yang lalu yang telah menjadi acara tahunan. Majlis bacaan Al-Qur’an, Surah Yaasin, tahlil dan doa berterusan sehingga menjelang Jumaat tadi. Di Masjid Raya Baiturrahman yang pernah terhimpun ratusan mayat dihadapannya dulu, selepas Isya’ malam tadi dilaksanakan majlis zikir beramai-ramai yang dianjurkan oleh Himpunan Mahasiswa Indonesia (HMI) dengan nama Zikir Akbar yang dipimpin oleh Ust Arifin Ilham. Ribuan warga berpakaian putih memenuhi ruangan masjid. Solat hajat dimana-mana terus dilakukan.
Pengharapan dan rasa takut akan berulangnya tragedy tersebut jelas kelihatan pada masyarakat Acheh. Jika ditanya pada mereka yang telah kehilangan ibu atau bapa, anak-anak atau saudara mara tentang Tsunami, jawapan mereka, “kami sangkakan hari tersebut berlaku Qiamat”. Subhanallah. Sampai saat ini masih ada dikalangan mereka yang masih trauma. Manakan tidak, pagi Ahad yang tenang itu tidak disangka menjadi saksi kejadian yang sangat memilukan. Air laut yang selalunya tenang menggamit para nelayan kini bertukar menjadi ganas menghempas pesisiran pantai dengan kelajuan ombak 700km/jam. Pucuk kelapa yang tidak pernah merasai masinnya air laut turut merasai air setinggi 15 meter yang melonjak naik. Gempa yang diakui oleh pengkaji bumi dengan skala 9.8 skala richter itu menelan korban melebihi 250,000 nyawa. Entah berapa ratus mayat yang tidak ditemui sampai saat ini samada jasadnya telah hancur atau tenggelam ditengah lautan.
Hari ini genap 4 tahun tragedy tersebut. Pelbagai cerita-cerita muncul dari pengakuan mangsa yang masih hidup dan sempat menyaksikan bah besar tersebut. Jika dikutip pengalaman, kengerian dan pelbagai keajaiban dalam musibah tersebut, mungkin berbelas-belas buah buku boleh dicoretkan. Namun, sejauhmana kengerian tersebut menambah ketaqwaan kepada Allah dikalangan mereka yang masih hidup, wallahua’lam.
……………………………………
Perbincangan samada Tsunami sekadar fenomena alam yang ‘biasa-biasa je’ atau peringatan daripada Allah menjadi satu polemic hangat yang diperdebatkan. Pihak yang menganggap ini fenomena alam menafikan pihak yang mendakwa Tsunami adalah peringatan atau azab daripada Allah dan sebaliknya. Orang awam yang tidak tahu menjadi makin tidak tahu kebenaran akibat otak mereka disumbat masuk oleh pemikiran secular yang memaksa diri untuk menerima bahawa kejadian ini ‘perkara biasa’. Meminjam kata Astora, “tidak ada kaitan dengan kemurkaan Allah”.
Bagi penulis yang ketika itu masih menjadi penilai kepada pelbagai pandangan-pandangan tersebut teringat kepada isi kuliah Ust Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau saat itu mengulas mengenai pendirian beberapa pihak yang melarang menggunakan istilah ‘bala’ kerana dibimbangi akan mengecilkan hati mangsa atau waris korban. Katanya, “ kenapa kita bimbang apabila disebut ini bala? Untuk apa terasa ? Sedangkan Nabi sendiri menyebut “yang paling teruk sekali dibala’ oleh Allah adalah para Nabi”. Maksudnya Nabi adalah golongan yang paling banyak diuji oleh Allah. Bila kita sebut ini bala’, sekurang-kurangnya orang yang hidup dalam maksiat ambil peringatan kerana boleh jadi kerana maksiat merekalah Allah menunjukkan kemarahannya”.
“ Yang bimbang sangat dengan istilah bala’ ni bukan mangsa Tsunami pun, tapi yang hidup dalam maksiat, rasuah, lawan ulama’, judi, arak…”. Lebih kurang begitulah isinya.
Apabila ada orang menyebut bahawa, jika ini bala’ kenapa umat Islam di Acheh yang kena, kenapa tidak Amerika atau
Bahkan di dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda : Barangsiapa yang tidak mempedulikan atau mengambil tahu urusan umat Islam, maka dia bukan daripada kalangan mereka.
Ketika menghuraikan mengenai azab Allah ini, beliau menyebut bahawa ada 4 kategori manusia dalam musibah ini:
1) Bagi orang yang hidup dalam munkar dan maksiat kepada Allah, lalu dimatikan dalam musibah ini, ini satu azab kepadanya atas dosa tersebut. ( Rujuk Surah Al-‘Ankabut : 40 ).
2) Bagi orang yang sholeh yang baik yang mati dalam musibah ini, ini adalah peluang untuk Allah berikannya pahala mati syahid kecil.
3) Bagi mangsa atau waris-waris yang masih hidup, musibah ini adalah ujian dari Allah untuk menilai sejauhmana keimanan dan kesabaran mereka. ( Rujuk Surah Al-‘Ankabut : 02-03 )
4) Bagi manusia lain yang tidak ditimpa musibah ini, tetapi melihat atau mengetahuinya, maka mudah-mudahan ia menjadi iktibar atau peringatan bagi mereka agar sentiasa berhati-hati dalam segala urusan kehidupan agar bertepatan dengan kejendak Allah.
Sangat pelik apabila ada manusia yang cukup bimbang dan merasa tidak enak apabila disebut ini adalah bala’ atau peringatan daripada Allah kepada manusia. Soalnya, apa yang ruginya apabila kita menggunakan istilah bala’? Padahal inilah jalan yang boleh membuatkan manusia yang hidup dalam mungkar sedar bahawa dosa mereka mengundang azab Allah. Namun, apabila penafian demi penafian dibuat agar Tsunami tidak dilihat ‘hasil’ daripada Allah, akhirnya lihatlah apa yang berlaku. Sambutan Tahun Baru 2005 di
Lalu, apabila tanggal 26 Dis 2005, 2006, 2007 dan 2008 ini, Tsunami tidak berlaku lagi, maka mungkar Tahun Baru diteruskan juga. Jadi, bagi golongan kuffar, secular, nasionalis dan kaum kerabatnya, maksiat terus diulang. Judi terus dibiarkan, arak terus disuburkan, kelab malam terus diperbanyakkan…kerana ? Tsunami bukan daripada Allah!!! Tidak peliklah jika Phuket yang hancur ranap, kini dibangunkan semula bahkan kurang dari setahun, pelacur-pelacur neraka beroperasi semula.
Atau kita menunggu sehingga Tsunami benar-benar merempuh
Benarlah apabila musibah tidak dipandang daripada perspektif Islam, dosa dan pahala, halal dan haram, maka wang sumbangan untuk mangsa Tsunami pun disapu oleh manusia yang cukup busuk perut dan hati mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan