Rabu, 31 Disember 2008

Husni Mubarak 'Aduwallah !

Email dari bumi Syam: Syria.

Alhamdulillah,jam 01.47 pagi tadi saya menerima satu email ringkas dari seorang teman dibumi Syam (Syria) yang bersebelahan dengan Palestin.

“Baru habis demo di Damsyik yang disertai ribuan anak muda... mereka melaungkan laungan seperti laungan demo di malaysia, cuma beza sikit ada tambahan MUBARAK 'ADUWALAH..(Mubarak musuh Allah ) .Akhbar Syria mengecam Hosni Mubarak yang memberi kerjasama dengan Israel dengan menutup sempadan Rafah - Ghazzah menyebabkan Ghazzah terkepung.. Turut didedahkan 3 pasukan keselamatan dari 3 buah negara Arab membuat kerjasama dan perancangan bersama supaya Israel menyerang Ghazzah kerana mengangap Hamas sebagai ancaman kepada mereka.

Demo setiap hari bermula lepas solat isyak.. yang menarik juga anak-anak muda seperti mat rempit, kaki lepak, perempuan berhias, perempuan tak bertudung, mat jiwang turut meramaikan demonstrasi...”

Catatan: Jika anda membuka website-website pro Amerika dan anti Islam, anda akan dapati HAMAS dilistkan sebagai gerakan terrorist. Semua pertubuhan yang tidak menentang Amerika dan Israel, bukan terrorist. Bahkan nama Ust Nik Adli bin Nik Abdul Aziz juga tersenarai sebagai pemimpin gerakan terrorist KMM. Inilah kejayaan pemerintah Malaysia memberi gambaran buruk pada para pejuang yang membantu umat Islam.

Rujuk semua link ini:

http://www.cdi.org/terrorism/terrorist-groups.cfm

http://www.worldstatesmen.org/Terrorist.html

http://www.simplytaty.com/broadenpages/terroristgroups.htm

http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_designated_terrorist_organization


Gambar: PM Israel, Ehud Olmert bersama Firaun Mesir abad ke-20, Husni Mubarak Az-Zolimin.

Catatan: Perkembangan terkini, Mahmud Abbas (Presiden Palestin) dari Parti Fatah (Barisan Nasional Palestin) telah melakukan mesyuarat dan persiapan untuk mengambil alih Ghazzah (Gaza) dari kekuasaan parti Islam (HAMAS).Wakil Mahmud Abbas, Dahlan telah menemui pemimpin-pemimpin Israel. La'anallahu 'alaihim! Rujuk link infopalestina.

Tiada ulasan: