Program kemanusiaan yang diberi nama Sinar D’Acheh (II) 2008 ini merupakan program kali ke dua yang dianjurkan oleh Sekretariat Sinar D’Acheh 2008. Ianya adalah gabungan dari Kelab Iqra’ (KI), Jawatankuasa Teman Pusat Islam (JTPI) dan Kelab Kaunseling & Kerjaya (KKDK) Universiti Tun Husein Onn
Keesokannya harinya, Selasa (02 Dis), kami dimaklumkan oleh salah seorang wakil mahasiwa UTHM, mereka sempat mengunjungi Makam Syiah Kuala ( Sheikh Abdul Rauf As-Singkeli) yang terletak sekitar 10 minit dari Banda Acheh. Tengah harinya, mereka mengadakan kunjung hormat kepada Badan Eksekutif Mahasiswa (BEMA) Universitas Syiah Kuala dan jam 03.00 petang BEMA Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Ar-Raniry yang jarak antara kedua institut pengajian tinggi ini hanya sekitar 500 meter.
Dalam kunjungan kepada kepimpinan mahasiwa IAIN Ar-Raniry, kami beberapa orang pelajar
Pada hari Rabu (03 Dis), semua peserta program seramai 17 orang ini bertolak ke Uleem, Pidie Jaya sebagai tapak utama program kemanusiaan mereka. Masa untuk sampai ke Pidie Jaya lebih kurang 2 jam lebih. Di situ, mereka menginap sehingga Hari Raya ‘Idul Adha ditemani oleh beberapa orang teman-teman dari UNSYIAH. Pelbagai agenda disusun disitu seperti program-program motivasi untuk anak-anak masyarakat setempat, ramah mesra dibeberapa rumah anak yatim dan menyampaikan sumbangan kepada mereka. Anak-anak yatim disini terdiri dikalangan mereka yang kehilangan ibu dan ayah kerana korban Tsunami, konflik GAM dengan pemerintah Republik
‘Idul Adha tanggal 10 Dzulhijjah 1429 / 08 Dis 2008 dimanfaatkan oleh mereka untuk mengadakan aktiviti korban perdana. Sebanyak 6 ekor lembu ditumbangkan dan dagingnya diagihkan kepada masyarakat setempat yang terdiri dikalangan orang-orang tua, anak yatim dan lain-lain di Pidie Jaya.
Setelah beberapa hari menabur bakti di Pidie Jaya, mahasiswa dari UTHM ini terus bertolak semula ke Banda Acheh pada Hari Selasa dan menginap sekali lagi di Sulthan Hotel semalaman. Setelah bersiar-siar buat kali terakhir di Banda Acheh, Rabu tengah hari mereka berangkat ke Airport Sultan Iskandar Muda untuk pulang ke
Sekalung Tahniah dan Penghargaan
Kepada :
Teman-teman UTHM
atas sumbangan bakti antum semua
daripada:
Pelajar-pelajar Malaysia di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Ar-Raniry, Acheh Darussalam.
Catatan: Gambar kecil- dari kanan berkot hitam (Sdr Zulkharnain), berkopiah putih (guru pengiring/imam masjid UTHM) dan Presiden.Bema Ar-Raniry.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan