Khamis, 11 Disember 2008

Hak Asasi Manusia: Pembela gay, lesbian dan ajaran sesat Ahmadiyyah terima anugerah.

Dalam artikel sebelum ini, saya ada menyenaraikan nama 50 tokoh Islam Liberal di Indonesia yang bergiat cergas ‘menghancurkan’ Islam. Antaranya ialah Siti Musdah Mulia, seorang ‘pejuang hak asasi manusia’ yang bertaraf Prof.Dr.M.A, lulusan dari Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Alauddin, Makasar (1982) dan IAIN Syarif Hidayatullah, Jakarta pada tahun 1992 dan 1997 peringkat Master dan Phd.

Beliau terlibat dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan kewanitaan (feminist) di Indonesia dalam tempoh yang agak lama. Golongan gay, lesbian dan ajaran sesat Ahmadiyyah ( Nabi palsu Ghulam Ahmad Qadiyani) antara golongan yang dibela secara bersungguh-sungguh oleh beliau atas alasan mereka ini golongan minority yang didiskriminasi serta dinafikan hak-hak mereka. Musdah adalah perempuan pertama yang meraih gelaran doctor dalam bidang Pemikiran Politik Islam di UIN Jakarta. Pada tahun 1998, beliau mengikuti pendidikan informal berkaitan Islam dan Civil Society di Universiti of Melbourne, Australia, pendidikan Hak Asasi Manusia (HAM) dan Demokrasi di University of Chulalongkorn, Thailand pada tahun 2000 dan Management Pendidikan dan Kepimpinan di University of George Maison Virginia, Amerika pada 2001.

Akhbar online www.detik.com malam tadi melaporkan bahawa sempena Hari Hak Asasi Manusia (HAM) Sedunia, Yap Thiam Hien Award 2008, Indonesia telah menganugerahkan kepada Siti Musdah anugerah tokoh hak asasi manusia di Indonesia atas sumbangan beliau yang giat membela kelompok minoritas seperti gay, lesbian dan Ahmadiyyah. Memetik ucapan pengacara senior yang juga penggagas penghargaan ini, Todung Mulya Lubis kepada wartawan di Hotel Borobudur, Jakarta, Rabu kelmarin, beliau menyebut, “ Siti membela hak minoritas, dalam hal ini membela Hak Asasi Manusia. Meskipun berlatarbelakang Islam, dia berani memperjuangkan emansipasi bukan hanya Islam, tapi juga luar Islam”. Beliau juga mengakui, Musdah dapat menjadi inspirasi bagi kita semua untuk membangun Indonesia.

Siti Musdah yang dinilai oleh golongan liberal sebagai sosok perempuan cerdas dalam memperjuangkan HAM ketika majlis penganugerahan ini sedang berada di Tanah Suci Makkah menunaikan ibadah haji. Penghargaan ini diwakilkan kepada Diana Nurmin (50) saudara kepada beliau. Sebaik menerima makluman penghargaan itu, beliau yang berada di Makkah terus menghubungi penganjur melalui teleconference menyampaikan perasaan terkejutnya atas penganugerahan itu. “ Saya terkejut saya tidak menduga mendapat penghargaan ini”.

Musdah turut mengakui bahawa apa yang diperjuangkan ini merupakan tugas dari manusia untuk membela sesama yang mengalami diskriminasi. “Ini panggilan hati sesuai yang dianjurkan agama saya. Saya yakin penghargaan ini untuk semua pejuang HAM”.

Tokoh penggerak Islam Liberal ini pernah mengejutkan umat Islam Indonesia apabila beliau bersama beberapa temannya menggagaskan satu keputusan agar perkahwinan poligami dianggap tidak sah atau terbatal, kebenaran berkahwin antara Muslim dengan non-Muslim, calon suami atau isteri boleh mengahwinkan dirinya sendiri tanpa wali asalkan calon itu berumur 21 tahun keatas, beraqal dan sihat, masa iddah mesti juga dibuat pada orang lelaki bukan hanya untuk wanita, dan tempoh iddah lelaki adalah 130 hari, cerai tidak dijatuhkan oleh pihak suami, tetapi suami atau isteri boleh menceraikan sesama mereka di depan Sidang Pengadilan Agama dan bahagian waris anak lelaki dan wanita adalah sama.

Setelah dibantah keras oleh pertubuhan-pertubuhan Islam, Musdah terus pula menyuarakan isu gender yang mendukung fahaman liberalisme dan pluralisme. Dia bersama teman-temannya se-idea, seperti didalam Jaringan Islam Liberal (JIL) didanai oleh The Asia Foundation, lembaga dari Amerika yang sering mendukung gagasan liberalisme. Perjuangannya disedari oleh tokoh-tokoh kuffar dunia sehingga beliau menerima anugerah daripada International Women of Courage daripada Menteri Luar Amerika, Condoleeze Rice di White House tanggal 07 Mac 2007 bersama 9 orang yang lainnya. Tapisan ini dibuat secara detail daripada 100 calon untuk mendapatkan 10 orang penerima sahaja dari seluruh dunia.

Beliau diiktiraf oleh Amerika sebagai pejuang hak asasi manusia kerana perjuangannya merombak system hokum kekeluargaan di Indonesia. Mengenai bantahan-bantahan dan kritikan dari pertubuhan-pertubuhan Islam kepadanya, beliau menyebut, “ pemahaman saya sering dicap terlalu kebarat-baratan dan saya tidak akan terkejut, sekembalinya saya dari Amerika, saya akan dicap sebagai antek-antek (alat) Amerika”. Beliau juga antara yang terkehadapan dalam membantah pelaksanaan Rancangan Undang-Undang Pornografi (RUU) beberapa bulan lalu.

Persoalan: Adakah Islam membenarkan gay, lesbian dan ajaran sesat Nabi palsu Ghulam Ahmad Qadiyani? Beliau mengatakan perjuangannya adalah apa yang dianjurkan oleh agama untuk membela sesama manusia. Benarkah begitu? Jadi, beliau menyebut bahawa golongan ini didiskriminasi. Siapakah yang sedang dilawan oleh beliau? Ulama’, pertubuhan Islam atau Islam ? Tunggu jawapan dari Sisters In Islam di Malaysia !!!

Tiada ulasan: