Pagi ini jam 11.00 dijangka ribuan umat Islam akan bergabung kekuatan untuk mengadakan himpunan aman yang dinamakan Intifadhah Umat Islam Malaysia di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak bagi menyatakan bantahan terhadap serangan udara Israel yang telah mengorbankan ratusan umat Islam Palestin dan mencederakan lebih 1000 yang lain. Website Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam http://www.alqassam.cc/arabic/news1.php?id=7353 hari ini melaporkan angka terkini korban adalah 350 orang dan 1650 mengalami kecederaan.
Berikutan serangan menggila daripada Israel ke atas umat Islam di Ghazzah, Palestin pada Sabtu lalu yang berterusan sehingga hari ini, Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid kelmarin sekali lagi menegaskan kewajipan umat Islam untuk mengadakan solat hajat dan demonstrasi disemua masjid bagi menyatakan bantahan keras terhadap serangan ini.
Selain itu, Cikgu Azmi turut menyatakan, “Umat Islam di Malaysia mesti menegaskan pendirian terhadap Negara pengganasa Israel yang didalangi Amerika Syarikat. Untuk itu umat Islam mesti memperbaharui serta mempertajam kempen boikot terhadap produk Amerika dan Israel”. (Harakah)
Sebuah majalah Islam di Indonesia, Sabili keluaran terakhir untuk 2008 baru-baru ini memetik catatan pengalaman Cikgu Azmi ketika pulang dari kem pelarian Palestin yang terletak antara Syria dan Iraq. Beliau menyebut, “disana satu hari seorang pemuda berumur 16 tahun mendatangi saya dan bertanya.Apakah kami ini menjadi beban bagu dunia Islam dan kaum Muslimin? Saya tidak boleh menjawab.Lalu anak muda itu berkata lagi,” kalau memang kami ini menjadi beban bagi dunia Islam dan kaum Muslimin dan keadaannya seperti sekarang, rasanya hanya ada satu jalan keluar. Bunuh sahaja kami dan biarkan kami binasa agar hidup kami tidak membebani hidup kalian. Setelah itu dunia Islam dan kaum Muslimin boleh tidur dengan tenang”.
Boikot : Kesan atau Tidak ?
Tidak terfikirkah kita ucapan anak muda berusia 16 tahun ini? Sejak Amerika menjajah bumi Islam Afghanistan tahun 2001 yang lalu kononnya dengan misi memburu Usamah bin Laden, sebahagian besar ulama’ul amilin termasuk Dr.Yusuf Al-Qardhawi menyeru pemboikotan produk-produk Amerika dan Israel. Ini kerana, umat Islam ditembak dan disembelih oleh kuffar adalah hasil kekuatan ekonomi mereka yang dimanfaatkan untuk mendapatkan kelengkapan perang mengahdapi para Mujahidin dan umat Islam yang hanya bersenjata lama. Bahkan, dikalangan mereka ada yang mengharamkan langsung pembelian produk Amerika dan Israel.
Jika kita menelusuri secara terperinci pandangan para ulama’, pelbagai pandangan atau ijtihad mereka yang kita temui. Soalnya, berat sangatkah untuk berjihad melalui usaha boikot ini? Atau kita masih menunggu untuk menyaksikan prestasi mendadak kejayaan hasil boikot terlebih dahulu? Lupakah kita, Denmark hampir-hampir akur dengan tindakan boikot produk mereka oleh umat Islam yang mengundang kerugian besar kepada beberapa syarikat mereka dek kerana tindakan barbarian seorang warga mereka yang menghina sosok tubuh Rasululllah tempoh hari?
Ataupun kita masih mencari alasan bahawa tidak ada pilihan lain untuk mendapatkan produk melainkan barangan Amerika dan Israel? Benarkah semua barangan di Malaysia hasil Amerika dan Israel?
Apa Usaha Anda dan Saya?
Saudara, Allah s.w.t tidak pernah atau akan bertanya mengenai hasil tindakan jihad kita. Berhasil atau tidak, berjaya atau gagal. Kita hanya diarah melakukan tindakan dan amalan. Jika ditanya, maka bagimanalah nasib Nabi Nuh a.s yang hampir 950 tahun hidup namun hanya beberapa orang yang beriman atau burung kecil yang berusaha memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim.
Saat 350 gugur syahid, mencipta alasan dan takwilan-takwilan lagi untuk tidak memboikot adalah tindakan yang sangat dungu dan menambahkan keriangan Israel untuk terus membantai umat Islam. Jangan lupa ucapan pegawai pertahan awam Negara haram Israel ,Ofer Shmerling selepas serangan Sabtu lalu,” 'Saya akan bermain muzik hari ini dan merayakan apa yang dilakukan oleh tentera udara Israel”.
Kita tidak mampu kesana (Palestin) akibat sekatan-sekatan dan masalah-masalah yang lain. Bahkan pejuang Hamas tidak mengharapkan kehadiran kita. Mereka hanya menagih doa, sokongan kewangan, sokongan moral dan usaha-usaha menekan kerajaan masing-masing agar menekan Israel. Itu sahaja.
Paling penting, usahakanlah apa sahaja alternative-alternatif jihad yang boleh mendatangkan maslahah kepada mereka. Baik dengan solat hajat, edaran risalah, kutipan derma, tayangan-tayangan, munajat-munajat, majlis penerangan dan sebagainya. Jangan sampai kita dituntut oleh mereka di Yaumil Mahsyar gara-gara tidak ada langsung tindakan untuk mengamankan mereka dari kezaliman. Mainkan peranan masing-masing. Jika anda mampu untuk bersama berdemonstrasi, ya silakan. Ketika darah umat Islam mengalir tanpa mampu disekat-sekat lagi, cukuplah kita menjadi duri mencari-cari hujjah untuk menafikan peranan demonstarsi, peranan boikot dan sebagainya. Bahkan mencari-cari dalil untuk mengatakan demonstrasi tidak syar’ie ,boikot tidak syar’ie, sedang kita hanya mampu berdentam dentum di kantor-kantor dan kedai kopi sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan