Mari baca dengan penuh kekhusyukan, betapa enaknya mahasiswa terang-terangan dijadikan alat Umno melalui pertubuhan haramnya iaitu Nadi Umno. Dalam masa yang sama, mereka menuding jari dan melemparkan tuduhan bahawa Pmram alat pembangkang, bahkan sampai hilang kewarasan meminta Pmram yang sudah mencapai umur 70 tahun ini diharamkan. Baca sejarah panjang Pmram sebelum anda mohon diharamkan. Perhatikan sumbangan mereka kepada mahasiswa Malaysia. Soal, bekas-bekas anggota Pmram pulang, lalu bersama Pas, itu hak mereka hasil dari pemahaman mereka terhadap ilmu yang dipelajari.
Mahasiswa Negeri Pahang boleh terlibat sebagai alat parti politik ?
1) Dato’ Seri Adnan Yaakob (Peng.Badan Perhubungan Umno Pahang) dilantik sebagai penaung Badan Perhubungan Kelab Umno Pahang-Mesir melalui surat bertarikh 03 April 2007 oleh S.U Badan Perhubungan Kelab Umno Pahang-Mesir sesi 2007/2008.
2) Tuan Haji Abdul Razak bin Hj Abdullah (pegawai pembantu tadbir Yayasan Pahang di Kaherah) dilantik sebagai penasihat 1 Badan Perhubungan Kelab Umno Pahang-Mesir melalui surat bertarikh 05 April 2007 oleh S.U Badan Perhubungan Kelab Umno Pahang-Mesir sesi 2007/2008.
3) Badan Perhubungan Kelab Umno Pahang-Mesir sesi 2007/2008 melalui surat bertarikh bulan April 2007, melalui S.U nya dan disokong oleh Peg. HEP Yayasan Pahang di Kaherah, Haji Abdul Razak, mengirim surat memohon sumbangan kewangan bernilai RM 18,000 bagi keperluan Badan Perhubungan Kelab Umno Pahang-Mesir kepada Dato’Seri Adnan Yaakob.
4) Badan Perhubungan Kelab Umno Pahang-Mesir sesi 2007/2008 melalui surat bertarikh 20 April 2007 melalui S.U nya dan disokong oleh Peg. HEP Yayasan Pahang di Kaherah, Haji Abdul Razak, mengirim surat memohon peruntukan kewangan bagi segala gerak kerja Badan Perhubungan Kelab Umno Pahang-Mesir kepada Pemangku Pengerusi Badan Perhubungan Negara Timur Tengah, Kelab Umno Republik Arab Mesir, Kaherah.
5) Kelab Umno Pahang menganjurkan Lawatan Sambil Belajar ke Sinai 2008 tanggal 14, 15 & 16 Feb 2008 bertemakan ‘Martabat Bangsa Gemilang’ dan menjadikan mahasiswa/wi Pahang sebagai sasaran peserta serta ahli Kelab Umno Pahang. Program dinaungi oleh Nadi Umno Malaysia Republik Arab Mesir (Numram).
6) Badan Perhubungan Negeri Pahang Kelab Umno Kaherah menganjurkan Perkelahan di Ein Sokhna tanggal 23 Jun 2007 yang disertai oleh 40 orang mahasiswa yang terdiri dari ahli Kelab Umno Pahang dan mahasiswa Pahang.
7) Kelab Umno Pahang-Mesir sesi 2007/2008 menganjurkan Kursus Keterampilan Protokol dan Tata Tertib Majlis yang dibuka kepada mahasiswa/wi Pahang dan sesiapa sahaja yang berminat tanggal 14 Julai 2007 bertempat di Dewan Malaysia Abbasiah Cairo.
8) Kelab Umno Pahang-Mesir sesi 2007/2008 menganjurkan Kejohanan Bola Tampar Piala Yayasan Pahang yang dibuka kepada mahasiswa/wi Pahang dan pasukan-pasukan jemputan Negeri tanggal 22-24 Julai 2007 bertempat di Dataran Kompleks Haiyyu Asyir.
9) Kelab Umno Pahang dengan kerjasama Nadi (Kelab) Umno Malaysia Republik Arab Mesir (Numram) mengadakan majlis ramah mesra bersama Dato’ Seri Adnan Yaakob dan rombongan Kerajaan Negeri Pahang tanggal 27 April 2007. Buku cenderahatinya dimasukkan lagu rasmi parti Umno.
10) NOTIS Larangan Memakai Niqab (purdah) kepada wanita semasa berada di dalam bangunan asrama Indera Mahkota Pahang. Anda semua dikehendaki mematuhi peraturan ini- Pengurusan Yayasan Pahang / 18 Nov 2007.
Mahasiswa Malaysia boleh terlibat sebagai alat parti politik ?
1) Badan Perhubungan Negara Timur Tengah Kelab Umno Mesir sesi 2007/2008 melalui S.Unya (merangkap Tim.Peng. Kelab Umno Kaherah), Sdr Muhammad Naqzrul Azraf b.Mohd Nazarludin melalui surat bertarikh 01 Mei 2007 telah memohon pembelian bangunan baru Kelab Umno Mesir kepada Dato’ Seri Abdullah Badawi. Bangunan itu adalah bangunan asrama lama kepunyaan Kerajaan Negeri Pahang yang ditawarkan oleh rombongan kerajaan Negeri Pahang yang diwakili oleh Dato’ Hj Munawar Abdul Jalil kepada Kelab Umno Mesir pada 27 April – 01 Mei 2007.
2) Badan Perhubungan Negara Kelab Umno Timur Tengah, Mesir sesi 2007/2008 menganjurkan Lawatan Sambil Belajar ke Matruh Siwa 2007 tanggal 4-7 Julai 2007 bertemakan ‘Martabat Bangsa Gemilang’ dan menjadikan mahasiswa/wi Malaysia sebagai sasaran peserta beserta ahli Kelab Umno Mesir. Program dinaungi oleh Numram.
3) Badan Perhubungan Kelab Umno Sabah sesi 2004/2005 melalui S.Unya, Sdr.Sh.Suhaimi bin Sh.Mia Sin tanggal 25 April 2004 telah menghantar surat kepada Dato’ Musa Hj Aman, pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah untuk melantiknya sebagai penaung Kelab Umno Sabah.
Catatan penulis: Haramkan dulu Kelab Umno yang jelas pertubuhan yang menjadi alat parti politik dan memperalatkan mahasiswa sebagai ahli sebelum menyerang Pmram. Jika Kelab Umno bebas bertemu mana-mana pemimpin parti politik, maka mahasiswa lain juga berhak bertemu dan mendengar ucapan dari mana-mana pemimpin parti politik.
Siapa yang tidak hormati persatuan induk mahasiswa Malaysia di Mesir? Pmram ditubuhkan pada tahun 1930 dan Kelab Umno tanggal 31 Ogos 1982, atas alasan ingin membantu kebajikan mahasiswa. Untuk apa bantu mahasiswa melalui kelab yang jelas kelab politik? Benarkah kebajikan mahasiswa terbela di bawah Kelab Umno?
1 ulasan:
Assalamualaikum,
Saudara Blogger,
saya hormati hak anda menulis dengan fakta dan memihak kepada pihak-pihak tertentu.
Saya juga percaya,anda bersetuju dengan saya bahawa penulisan itu mesti bersandarkan kepada fakta yang tepat dan betul.Lebih-lebih lagi ianya berkisar tentang peristiwa.
Seperti saya katakan dalam ruangan "chatbox",sudah pasti anda dapat maklumat kehadiran saya di "muktamar" PMRAM berdasarkan laporan salah seorang mahasiswa Al Azhar di Mesir dan gambar yang yang anda peroleh sudah tentu "hadiah" dari PMRAM MEDIA CENTER (PMC),kerana,mata saya sendiri melihat mereka beberapa kali mengarahkan lensa kamera ke arah saya.
Saudara,
Untuk makluman anda,saya datang ke "muktamar" tersebut,bukan dengan arahan sesiapa apatah lagi menjadi wakil atau seperti didakwa sebagai "PERWAKILAN" mana-mana pihak.
Saya datang ke sana hanya sebagai "PEMERHATI" dan secara sukarela.Setelah berjam-jam saya ikuti muktamar,saya dapati,isu yang diperbahaskan kurang menarik dan sama seperti tahun-tahun sebelumnya.Bahkan saya datang ke muktamar hanya kerana perasaan "ingin lihat sendiri" khabar beberapa mahasiswa yang sering mengikuti muktamar tersebut,bahawa muktamar tersebut "tidak segar".
Saya ambil keputusan untuk keluar dan meninggalkan dewan persidangan.Saya tidak diminta untuk keluar apatah lagi dihalau.harap saudara dapat betulkan maklumat tersebut.
Saya tidak "menyelinap" bahkan,kedatangan saya telah diketahui oleh SETIAUSAHA AGUNG PMRAM sesi lepas saudara Syafik Zulakifli dan Yang dipetua BAKAN JOHOR,saudara Firdaus Noh.Sila rujuk mereka kebenaran tersebut.
Suka saya nyatakan di sini,bahawa saya bukan ahli KELAB UMNO atau PMRAM.Namun saya akui,keterbukaan saya menyebabkan sebahagian ahli kelab UMNO mendakwa saya ahli PMRAM bahkan pernah didakwa kononya penasihat PMRAM.
Begitu juga ahli PMRAM,ada sebahagian mereka mendakwa saya ahli kelab UMNO.Nampaknya macam tarik talilah saya,A kata saya B,manakala B pula kata saya A.
Kesimpulannya,keterbukaan dan kebebasan berfikir telah mati di kalangan mahasiswa Al Azhar dek kerana "hanya perlu A" dan "perangi B" atau sebaliknya.
Harap saudara dapat perbetulkan maklumat yang termuat dalam entri anda.
"MOGA UKHUWWAH TERJALIN"
Wassalam
Catat Ulasan