Dipetik dari: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20090328094756/Article/index_html
Sabtu : 28 Mac 2009
KUALA LUMPUR: “Silap kita kerana membiarkan majoriti golongan ulama, ustaz dan guru agama tidak bersama Umno serta Barisan Nasional (BN) kerana mereka ini mempunyai pengaruh besar, mereka selalu mendampingi rakyat.
“Jika mereka dibiarkan berterusan tidak bersama Umno, saya bimbang pengaruh Umno akan jadi semakin mengecil,” kata wakil perhubungan Umno Perak, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib ketika berucap membahas usul Ucapan Dasar Presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.
Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjong Malim, berkata bagi mengelak perkara itu terus berleluasa kerajaan perlu menubuhkan pusat tahfiz di seluruh negara yang bukan saja menekankan aspek keagamaan sebaliknya bidang profesional.
“Biar kita bentuk mereka, kita tidak perlu takut untuk lahirkan golongan ini kerana di masa depan mereka boleh mempertahankan kita. Jadi apa salahnya jika Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang ketika ini melahirkan ramai bijak pandai menubuhkan juga pusat tahfiz berasrama penuh.
“Menerusi format yang sama taraf dengan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), apa salahnya jika setiap negeri mewujudkan sekolah agama tahfiz yang ditaja sepenuhnya,” katanya. Mohd Khusairi berkata, beliau membangkitkan cadangan itu bukan ‘saja-saja’ tetapi percaya menerusinya masa depan golongan agama berkenaan akan terpelihara, malah tenaga pakarnya bukan saja datang dari Kelantan sebaliknya negeri lain juga.
Terdahulu, wakil Perak terbabit turut membahaskan usul berkaitan raja-raja Melayu khususnya ke atas isu Sultan Perak, Sultan Azlan Shah baru-baru ini apabila keputusan baginda dipersoalkan kelompok pemimpin pembangkang yang menderhaka.
Sementara itu, wakil Negeri Sembilan, Datuk Firdaus Harun ketika berbahas turut menyarankan beberapa langkah menjalankan pelan pemulihan parti supaya lebih menyeluruh dan mampu memberi harapan baru kepada rakyat dan Melayu umumnya. Antaranya, beliau meminta Umno dijenamakan semula sebagai parti bersikap teguh, mesra dan prihatin dengan wakil rakyat di peringkat atasan dan pemimpin akar umbi lebih peka serta mesra dengan rakyat.
Komentar penulis: Islam dan ulama’ serta golongan agama dipakai waktu terdesak. Mana-mana yang nak jadi ulama’ Umno, ambil borang segera. Tapi ingat, jangan tegur benda-benda sensitive, seperti arak, judi, rasuah, riba’, pelacuran, kezaliman dan seumpamanya. Jika tidak, anda akan dipanggil ulama’ radikal atau ekstrem atau jumud.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan