Khamis, 5 Mac 2009

Halatuju Organisasi Berdasarkan Siapa Anda

Setelah pertukaran pimpinan Badan Eksekutif Mahasiswa Fakultas Ushuluddin (BEMAF) melalui pemilihan raya (Pemira) peringkat Fakultas tanggal 15 Jan 09 lalu, Rabu kelmarin diadakan satu acara khas untuk anggota baru BEMAF Ushuluddin ini berbentuk seminar keorganisasian. Beberapa mahasiswa dari Malaysia turut diserap masuk menjadi ahli jawatankuasa kepada beberapa lajnah dibawah lembaga ini.


Saya akan kongsikan sedikit beberapa point penting dan bermanfaat hasil acara yang saya sertai ini, bermula jam 09.30 pagi sehingga 04.00 petang. Nama acara : Up Grading – Leader’s Of Bemaf Ushuluddin. Tema “ Bersama Meniti Pengembangan Kepemimpinan Yang Intelektual”.


Pemateri 1: Bapak Syarifudin

( pensyarah Fak.Ushuluddin Jur.Aqidah & Filsafah / mantan Gubernor BEMAF Ushuluddin / mantan Gubernor BEMA IAIN Ar-Raniry ).


Beliau banyak menceritakan pengalaman beliau:


“ dulu dizaman saya, istilah Pres.BEMA dikenal sebagai Senat Mahasiswa Institut…saat itu mahasiswa di Ushuluddin hanya 87 orang (sebelum Tsunami 04) termasuk mahasiswa dari Malaysia. Fakultas lain semuanya menjangkau 1000 orang.Selepas Tsunami, semua pelajar Malaysia pulang sehinggalah 2008 datang generasi baru…kini mahasiswa Ushuluddin sudah melebihi 200 orang..”


“ dalam kampus ada pelbagai jenis mahasiswa: minat organisasi, tidak peduli organisasi, minat sukan, minat masuk kuliah sahaja, jenis nakal…maka, bila kamu pegang organisasi, jangan hanya tumpukan kegiatan yang menjurus kepada kelompok tertentu sahaja. Fikirkan pelabagai acara yang bisa melibatkan kepelbagaian jenis mahasiswa ini…kami rapat dengan pelajar Malaysia waktu itu. Selalu anjur acara melibatkan mereka. Apa budaya dan seni di Malaysia, kami minta mereka persembahkan dalam acara-acara. Ada dikir Barat..dan lain-lain..”


“ zaman konflik, kami wajib maklum semua program-program kami pada polisi…zaman saya, rektornya Pak Safwan Idris (Al-Marhum- ditembak pada suatu pagi sekitar tahun 2000-an iaitu zaman konflik GAM dan pemerintah Indonesia ). Beliau bagus kerana sering bersama mahasiswa dalam pelbagai acara. Kami buat program jam 02.30 pagi, beliau berjalan kaki dari rumah dan datang ke program kami. Sering beliau sampaikan tazkirah setiap selesai solat di masjid IAIN..”


“ keluar dari kampus mesti melibatkan diri dengan organisasi. Jangan hanya setakat di kampus. Banyak perkara kamu dapat dari berorganisasi : kenal pelbagai jenis manusia dan ragam manusia, pengalaman berharga dapat bertemu dengan pimpinan partai-partai dan pemerintah Negara..inilah peluang kamu..”


Beliau sempat bercanda (bergurau) : “ Ada 2 cara kamu bisa terkenal. Pertama : Libatkan diri dengan organisasi dan program-program. Orang akan kenal kamu. Kedua : Kamu buat perkara pelik. Terjun dari menara KL. Esok muka kamu akan terpampang dalam Koran (surak khabar)…”


Catatan penulis : Maaf, tidak dapat memasukkan semua isi-isi ceramah beliau. Ada yang saya bersetuju dan ada kurang bersetuju kerana ‘agak terbuka’ gagasan idea-ideanya. Maklumlah, Falsafah.


Pemateri 2: Abg. Saiful Akmal

( pensyarah B.Inggeris Fak.Tarbiyyah / mantan Pres. Lembaga Dakwah Kampus (LDK) IAIN Ar-Raniry )


Beliau meminta kami melukis wajah masing-masing diatas sehelai kertas putih. Kemudian tunjukkan pada kawan-kawan. Disisi gambar tersebut, kami diminta menulis:

Ø Siapa saya? ( who are you )

Ø Saya mahu apa? ( what do you want )

Ø Cita-cita saya?


Untuk setiap soalan berikut, kami hanya dibenarkan menjawab dengan 2 kalimah sahaja.


Jadi, soalan “siapa saya”, saya menjawab = mahasiswa Islam. Teman-teman lain ada yang menjawab, “saya lelaki” , “saya perempuan” , “ saya Mohamad” dan lain-lain. Soalan “saya mahu apa”, saya menjawab = berjaya + redho. Soalan terakhir iaitu “cita-cita” , saya menjawab = aktivis ummah. Kami masing-masing ditanya mengenai jawapan-jawapan itu.


Abg.Saiful menjelaskan kepada kami : “ sebenarnya kalian menggerakkan organisasi bergantung kepada siapa diri anda. Jika kalian masih tidak mengenali diri, maka mana mungkin kalian bisa memimpin orang. Maka, pertama sekali, fahamilah anda adalah hamba Allah.”


“ kamu mahu jadi aktivis ummah dimana? “ soal beliau pada saya. “Di Malaysia !” “seluruh Malaysia atau ada kawasan khusus?” “Umumnya seluruh Malaysia dan khusus diprovinsi (negeri) kelahiran saya!”


Kemudian, kami diarah membuat plan hidup masing-masing untuk masa hadapan secara gambaran kasar. Ini antara plan saya:

Ø Umur 23 – selesai Ijazah.

Ø Umur 24 – ambil Master.

Ø Terus terlibat dengan gerakan mahasiswa, menjadi guru, melibatkan diri dengan gerakan Islam, kahwin………dll

Ø Saya mahu habiskan 30 juz’ Al-Qur’an sebelum umur 30.

Ø Saya mahu hafaz sekurang-kurangnya 100 hadis sebelum umur 25.


Itulah yang saya sempat tulis dan bentangkan..InsyaAllah, perlu diusahakan.


Hampir semua ditanya soalan mengenai cita-cita masing. Beliau bertanya lagi kepada kami beberapa soalan dan memberikan saranan-saranan:

Ø Apa yang anda telah lakukan setakat ini bagi memastikan cita-cita itu tercapai?

Ø Kalian bermasalah jika sampai saat ini masih ragu-ragu menyatakan cita-cita.

Ø Kita mesti ada “what do you think?” sebagai sasaran kehadapan nanti. Contoh: mahukan syurga : Maka apa plan atau tindakan untuk memastikan bisa ke syurga?

Ø Dalam menentukan target, perlu lihat kemampuan diri. Soal plan gagal atau kurang berjaya, itu no 2. Namun, plan perlu ada.

Ø Jika seseorang itu bekerja, bertindak, berusaha, untuk capai target, maka ketahuilah cita-citanya itu serius. Jika tidak berbuat apa-apa pun, ketahuilah orang itu sebenarnya tidak serius bahkan ragu-ragu dengan cita-citanya sendiri.

Ø Jika kalian ada cita-cita, maka maklumkanlah pada teman rapat anda yang terpercaya kerana dia akan membantu anda menjayakan cita-cita itu. Jika anda tidak bertindak, beramal, bekerja kea rah cita-cita itu, teman anda akan jadi penegur. Jangan sembunyikan cita-cita anda.


Baiklah, setakat ini dahulu perkongsian yang dapat saya sampaikan. Dicelahan catatan program ini, terselit beberapa ilmu yang bisa kalian dapatkan.:) – salam perjuangan.

Tiada ulasan: