Latar belakang:
Merve Kavakci adalah anggota komisi wanita Parti Refah di Turki iaitu sebuah parti Islam yang awal muncul setelah berlaku sekularisasi Turki. Ianya ditubuhkan seawal tahun 60-an yang dipimpin oleh Prof. Najmuddin Erbakan dan merupakan lanjutan dari Parti Milli Salamat. Kavakci juga seorang wanita yang menghafaz Al-Qur’an dan pakar di bidang computer. Beliau adalah alumni Harvard University.
Beliau lahir pada tahun 1968 di Ankara, Turki. Pada awal Mei 1999, beliau berjaya menjejakkan kaki ke bangunan parlimen setelah memenangi pilihanraya umum Turki. Namun, saat beliau masuk ke bangunan parlimen untuk mengangkat sumpah sebagai salah seorang ahli parlimen baru, Kavkci disambut dengan laungan dan penghinaan. Sekitar 150 anggota dewan yang lain mencerca beliau dan mendesak agar dia dihalau keluar dari dewan dan tidak dibenarkan mengangkat sumpah. Beliau diusir hanya kerana membuat kejutan sebagai ahli parlimen pertama dikalangan wanita yang masuk ke parlimen dengan memakai jilbab (tudung).
Inilah pembohongan golongan secular dan sistemnya. Mereka sama-sama mengangkat sumpah untuk menjunjung tinggi hukum dan tidak mendiskriminasikan seseorang hanya kerana agama dan suku, namun sebaliknya yang berlakun, Kavakci yang mempertahankan keyakinannya pada agama, dihalau keluar dari dewan, bahkan dipecat dari menjadi anggota parlimen Turki.
Sumpah Kavakci ditolak mentah-mentah oleh parlimen yang saat itu PM Turki adalah Bulent Ecevit dan Presidennya adalah Suleiman Demirel. “Letakkan wanita ini pada tempatnya” , jerit Bulent saat itu kepada anggota parlimen lain.
Lanjutan diskriminasi secular:
Suleiman Demirel menyebutnya sebagai agen provokator dan 11 hari setelah diusir, beliau dicabut kewarganegaraan Turki. Dia dituduh sebagai penyebar permusuhan di tubuh masyarakat Turki serta sosok yang akan menghancurkan system pemerintahan Turki. Mahkamah Konstitusi Turki pula bertindak menutup partinya bahkan 5 orang anggota parlimen Turki dari parti itu turut dipecat. Parti yang diwakili oleh Kavakci dan 5 anggota parlimen itu adalah Parti Fazilat.
Kejahatan golongan secular bukan sahaja kepada Kavkci, namun ibu bapanya turut merasai diskriminasi itu. Ibunya dipecat dari jawatannya sebagai profeser di Universiti Attaturk kerana tidak mahu menanggalkan jilbab yang dipakainya dan bapanya pula, Yusuf Ziya Kavakci yang merupakan dekan pengajian Islam disebuah perguruan tinggi turut dipaksa berhenti kerana dukungannya kepada wanita berjilbab. Mereka seolah-olah bertanya, adakah kemunculan Kavakci dengan berjilbab boleh menyusahkan khalayak Turki versi Kemalis (Kemal Attaturk).
Amat malang sekali apabila, Kavakci juga dipaksa menghentikan program studi kedoktorannya di Universiti Ankara. Perlakuan ini berlaku kerana peraturan secular Turki yang mengimani bahawa “wanita berjilbab akan mencegah penyerapan ilmu pengetahuan”.
Vural Savas, kepala kehakiman Turki juga saat memutuskan untuk mengharamkan Parti Fazilat menyebut, “ Parti Fazilat adalah ‘vampire’ …tugas Merve Kavakci terlihat ingin meledakkan system yang sudah ada”. Beliau turut menyamakan Kavakci dengan pengebom berani mati bangsa Kurdis.
Sokongan kepada Kavakci:
Sejurus beliau dihalau dari parlimen, kecaman masyarakat pembela jilbab datang silih berganti. Mahkamah memutuskan pengharaman parti Fazilat. Para demonstran yang sebahagian besarnya mahasiswa pula dibedil dengan gas pemedih mata dan dihantar kenderaan-kenderaan tentera untuk menyuraikan demonstrasi mereka di Universiti Malatya. Banyak yang terluka dan ditangkap.
Di Iran pula, gelombang kebangkitan mahasiswinya terserlah dengan mereka berdemo memenuhi Bandar Tehran memprotes pengharaman jilbab di Turki sambil berjalan membawa gambar Kavakci sambil mengutuk tindakan militer Turki. Demonstrasi ini dipimpin oleh Marzieh Vahid-Dastjerdi, anggota sebuah majlis Iran yang menganggap keputusan Turki itu sebagai perlawanan terhadap hak asasi manusia.
Kepedulian masyarakat dunia juga sangat tinggi terhadap Kavakci. Sebagaimana Turki menganggap Attaturk sebagai pahlawan, masyarakat dunia menganggap Kavakci juga sebagai bukan orang yang biasa. Bagi Kavakci, beliau mengatakan bahawa kepalanya berhias jilbab kerana keyakinannya. Dia tetap kukuh akan pertahankan haknya hingga ajal datang menjemputnya.
Sekarang
Beliau dan keluarga berhijah ke Amerika beserta ibu bapanya. Dia merasai kebebasan berjilbab di sana berbanding Turki. Bapanya dilantik menjadi Imam di Dallas, Amerika. Kepada Hailey Woldt, seorang wanita Katholik yang mengkaji Islam, beliau mengucapkan terima kasih kerana sudah menerima kehadiran keluarganya ke sana.
Wanita yang mempunyai dua orang anak ini, kini seringkali dijemput menyampaikan pidato-pidato didalam pelbagai acara samada menyentuh isu-isu kewanitaan mahupun isu politik. Beliau banyak mengulas mengenai sindrom ketakutan Barat kepada Islam selepas tragedy 11 Sept 2001 untuk memperbetulkan semula persepsi tidak tepat terhadap ajaran Islam. Dari kejauhan, wanita berani yang kini bertugas sebagai pensyarah di Georgetown Universiti, sering mengulas mengenai perkembangan politik Turki baik pasca sekularisasi mahupun kondisi sekarang yang sudah agak lebih baik sedikit. “hingga kini, sekularisasi masyarakat Turki termasuk politiknya mengakibatkan banyak korban, yang dipenjara mahupun dieksekusi mati” , jelasnya di hadapan mahasiswa Georgetown Universiti pertengahan Feb 2009 yang lalu
Ulasan penulis: Mudah-mudahan keberanian Merve Kavakci dalam mempertahankan haknya sebagai seorang Muslim menjadi inspirasi bagi kita semua samada Muslimin atau Muslimat. Kepada Muslimat, hargailah pengorbanan beliau yang berjuang demi sebuah jilbab yang diperhinakan. Maka, pertahankan dan peliharalah aurat anda sebelum hak itu dirampas dinegara kalian nanti.
Diringkaskan dari: Majalah Sabili, Indonesia, terbitan 26 Maret 2009/29 Rabi’ul Awwal 1430.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan