21 orang terkorban jam 9.30 pagi ( 10.30 pagi-Malaysia ) pagi semalam ( Isnin) gara-gara berebut pembahagian wang zakat di Kota Pasuruan, Jawa Timur. Semua yang terkorban akibat berhimpit-himpit, lemas dan terinjak-injak semalam adalah dikalangan kaum wanita kesemuanya. Tragedi malang ini berlaku dihalaman belakang rumah H.Syaikhon di Jalan Dr.Wahidin, Kota Pasuruan. H.Syaikhon dikenal oleh warga tempatan sebagai seorang saudagar kulit sapi, memiliki perusahaan penjualan mobil ( kereta ) dan jual beli tanah. Beliau juga adalah koordinator haji di kawasan setempat.Sifat kedermawaannya itu dalam membahagikan zakat bermula sekitar tahun 1980-an lagi. Maka beliau mengambil jalan mudah dengan mengagihkan zakat tanpa melalui pihak pengurusan yang berhak. Tindakannya dikritik banyak pihak termasuk Ust Quraish Shihab,ulama Indonesia yang menggesa agar selepas ini pembahagian zakat sewajarnya dihantar ke rumah penerima, bukannya penerima yang datang berebut-rebut meminta yang akhirnya Ramadhan ini menjadi ruang untuk mempamer kemiskinan.
Bagusnya H.Syaikhon ini. Tahun ini pembahagian zakat yang dilakukannya diumumkan melalui radio swasta tempatan berbanding dengan tahun-tahun yang lalu. Akibatnya orang miskin mula berkumpul dirumahnya sejak jam 6.00 pagi lagi. Seorang saksi mendakwa ,panitia kepada Syaikhon ini meneruskan pembahagian zakat walaupun orang ramai bersesakan dan berhimpitan sehingga warga yang pengsan terus dipijak pula semata-mata ingin mendapatkan pembahagian wang zakat dari H.Syaikhon yang berjumlah 30ribu Rp ( RM12.00 ). Mungkin nampak memalukan, tapi sangat berharga bagi golongan miskin seperti mereka disebuah negara umat Islam.
Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa bahawa " dalam Islam tidak ada larangan membahagikan zakat secara peribadi, tetapi harus mempertimbangkan faktor keamanan dan perangkat yang membantu pembahagian. Kalau sampai datang korban, haram hukumnya - Abdurrahman Hafiz, ketua bidang Fatwa MUI Jatim, Indonesia.
Ikhlaskan niat kita InsyaAllah..wallahua'lam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan