Khamis, 4 September 2008

DAKWAH : IKHLASKAH KITA INI ???

Dedikasi buat sahabat-sahabatku penggerak tarbiah …

Beberapa bulan yang lalu saya diundang untuk menyampaikan pengisian dalam satu program kem kepimpinan Badan Dakwah sebuah sekolah menengah Arab di Kelantan. Pengundangnya seorang ustazah yang cukup saya kenali kerana pernah berada di tempat pengajian yang sama, : KIAS. Pada anggapan saya, mungkin dia salah seorang guru penasihat kepada Badan Dakwah disekolah tersebut. Abaikanlah…

Biasanya apabila dijemput menghadiri mana-mana program, saya suka dan mewajibkan diri saya untuk bertanya mengenai apa pengisian yang perlu saya sampaikan atau dalam bahasa mudahnya ‘tajuk pengisian ‘. Entah mengapa, kali ini soalan ini dibalas dengan bahasa yang sangat mudah, “ ikut ustaz je nak sampai tajuk apa pun..” .Adusss, ada juga makhluk macam ni, “ hati kecil saya berbisik. “ Gini lah ustazah, saya sendiri yang sediakan beberapa tajuk yang sesuai dengan peringkat adik-adik ni dan ustzah pilih mana yang sesuai untuk saya sampaikan .” Ok, “ jawabnya ringkas.

“ Tasawwur dakwah dan tarbiah, kepimpinan dalam Islam, peranan Badan Dakwah, sejarah perjuangan ummat Islam dan beberapa lagi tajuk yang saya cadangkan untuk dipilih. Lalu saya sendkan pada beliau. Agak lewat dia membalas. Akhirnya saya menghantar mesej yang kedua. Bunyinya lebih kurang begini “ tajuk-tajuk ni ana tak berapa mampu untuk sampaikan. Selain dari tajuk ni InsyaAllah. Tajuk tentang akhlak pemimpin, ukhwah Islamiah dan ibadah seorang pimpinan.Dengan tenang saya menyimpan handphone setelah menambah makluman mengenai tajuk-tajuk cadangan ini.
Baru beberapa minit sebelum azan untuk solat Jumaat, mesej saya dibalas. Saya mengharapkan agar soalan pertama saya tadi mengenai tajuk yang mesti dipilih untuk saya sampaikan dijawab, namun sebaliknya dia bertanya kenapa tajuk-tajuk itu saya tidak bersedia sampaikan. Jawapan saya mudah, ringkas, padat serta senang difahami oleh manusia yang berotak. “ Ustazah, tajuk ni ana boleh sampaikan, tapi mungkin dari sudut teori ana mampu membangkitkan kesedaran kepada peserta. Namun dari sudut praktikal, tajuk-tajuk ini terlalu banyak ana tidak mampu realisasikan dalam bentuk tindakan. Jadi, tolong pilih tajuk yang ana mesej mula-mula tadi ”.

Saya terpaksa menahan sedikit kemarahan apabila menerima satu ungkapan yang cukup menyakitkan. “ Ustaz, kalau ustaz tak dapat tolong, sape lagi nak tolong kami. Sekarang dah lewat, susah dah nak dapatkan penceramah. Ustaz fikirlah sendiri tentang masa depan Badan Dakwah disekolah kami kalau ustaz tak boleh nak tolong ”. Ya Allah, bila pulak ana kata tak boleh tolong ??? Mesej baru disampaikan lagi untuk memberi penjelasan agar hilang kesangsian kepadanya. Tit..tit..tit..arghh, tak habis lagi ke mesej ? “ Ok,lah ustaz, ana mohon maaf, mungkin silap faham .Tapi kalau kita tak boleh nak realisasikan tajuk-tajuk tu secara praktikal, macam mana dengan adik-adik dibawah .” Begitulah lebih kurang mesej terakhir yang saya terima. Saya tidak akan habiskan kredit untuk bertengkar di dalam mesej. Tak best bertengkar dalam mesej, tak boleh nak marah panjang-panjang…

……………………………………………………………………………………
Lama saya termenung sebelum bertolak ke tapak program, memikirkan ‘hot mesej’ yang diterima semalam. Ya, saya adalah saya ! Saya tidak boleh mengimport atau mencetak watak pendakwah lain dalam diri saya. Saya tegas dan agak memilih mengenai tajuk ceramah atau apa-apa pengisian yang perlu saya sampaikan. Hampir setiap minggu jika ada kelapangan saya akan ke Medan Ilmu mendengar kuliah Dato’ Menteri Besar. Wataknya tenang, jalannya penuh kecermatan, suaranya yang perlahan membuatkan semua pendengar yang jumlahnya ribuan orang itu mampu untuk diam dan memerhatikan patah demi patah kalimah yang diucapkan. Menusuk hingga ke kalbu. Mampu membuka sesak di dada, menerang yang gelap dan melurus yang bengkok. Tapi…soalnya mengapa pendengar sentiasa terkesan dengan kata-katanya ???

3 tahun saya membuat telahan-telahan sendiri. Akhirnya saya membuat kesimpulan…ucapan Tuan Guru ini benar-benar keluar dari jiwa dan hatinya. Beliau mampu menjiwainya. Apabila dibangkitkan soal kiamat, beliau sendiri merasai dahsyatnya hari tersebut. Bila diungkap soal ibadah, beliau benar-benar memeliharanya. Ya, ini ucapan yang original, bukan fotocopy atau dihafaz dari mana-mana kaset atau VCD untuk sedap disampaikan kepada mad’u. Ingat ! Ucapan yang lahir dari hati sahaja yang akan meninggalkan kesan yang lama kepada mad'u. Sekiranya dia terkesan pun,hanya untuk tempoh yang singkat dek kerana 'seruan'itu datang dari dai'e yang bermasalah.

Hari ini, suasana tersebut berubah. Kadangkala, kita dilihat begitu hebat saat berdiri berpidato dihadapan sahabat-sahabat seperjuangan atau dimana-mana program tarbiah. Ucapan kita sentiasa berkisar mengenai perjuangan, dakwah dan tarbiah. Kalimah ‘ukhwah, persahabatan, persaudaraan’ tidak lekang dari bibir kita. Namun…benarkah kita berdiri dan menggayakan tangan dan memek muka kita ketika menyampaikan pengisian ini benar-benar lahir dari kesedaran jiwa kita ??? atau sekadar untuk dinobat atau dipuji sahabat dengan gelaran “ anta memang power la ceramah, aku respect la ko punya pengisian dan sebagainya ?

Tika artikel ini saya susunkan, saya masih tertanya-tanya, mengapa aku boleh berceramah tentang ibadah ahli, sedangkan tahajjud 2 rakaat itu pun sukar untuk aku jadikan rutin ! Selepas solat kerap kali kita bergegas meninggalkan masjid tanpa sempat mengangkat tangan mengadu kepada Allah betapa bebannya tugas dakwah ! Sahabat yang melalui tarbiah bersama kita pun kita tidak mampu untuk menggenggam tangannya menghulurkan salam dan melemparkan senyuman ! Bila seseorang melakukan kesalahan, cepat sungguh kita mengharapkan dia memohon kemaafan dari kita, tetapi bila kita yang menjadi punca…kita diam membisu seribu bahasa seolah-olah suci dari dosa ! Ya, kita daie yang gagal dari sudut ini...bukan saudara sahaja.Termasuk saya.

Sekarang, ini pendirian saya. Bukanlah bermakna kita meninggalkan langsung dakwah atas kerana melihat kekurangan pada diri. Tapi..sentiasa berhati-hati. Kita akan berusaha merealisasikan ungkapan ‘ islah nafsak wad’u ghairak ‘.Maknanya “ kamu perbaiki diri kamu dan ( dalam masa yang sama ) kamu seru kepada orang lain ! Memang kalau mahu tunggu sempurna, sampai bila akan berlaku. Betul kan ? Tapi, ingat…jangan sampai kita petah berteori tapi gagal mengusahakan pelaksanaannya dalam diri kita, baik soal ibadah, akhlak, ukhwah dan apa sahaja. Sekurang-kurangnya usaha kea rah pelaksanaanya itu ada. So, you all and I pasni kita sama –sama bercakap dengan penuh penghayatan, kefahaman dan terbit dari jiwa yang luhur ok..Tolonglah berasa takut dengan ancaman Allah di dalam Surah As-Shof ayat yang ke-2 !!!
“ Berjuang dengan kefahaman, InsyaAllah akan melahirkan keikhlasan kepadaNya ”

Tiada ulasan: