Salam perjuangan,
Izinkan saya meneruskan catatan pengalaman berharga yang diperolehi dari bumi serambi Makkah ini untuk dikongsi bersama. InsyaAllah, sedikit masa lagi artikel-artikel berkaitan dakwah, tarbiah dan perjuangan akan saya terbitkan. Saya beranggapan dan berkeyakinan tinggi bahawa catatan pengalaman juga adalah sebahagian dari proses tarbiah yang tidak boleh dikesampingkan…
Semalam ( Isnin ) saya keseorangan ke Kota ( Bandar ) Acheh, sekitar jam 12 tengah hari. Selepas selesai ke kantor Money Changer untuk menukar wang RM500 kepada Rupiah, saya bergegas menaiki beca ke Toko Serikat Sepeda ( basikal ), dibelakang masjid Baiturrahman. Pemiliknya seorang wanita Tionghua. Bila saya memperkenalkan diri sebagai warga Malaysia, lantas dia terus mengakui pernah ke Penang dan beberapa negeri lain di Malaysia. Katanya, “ kami dengan warga Acheh sudah macam saudara. Bisa hidup aman damai. Cuma iman dan kepercayaan saja yang berbeda.”
Saya sedikit tersenyum mendengar wanita ini berbahasa Indonesia. Mungkin persis orang Cina di Kelantan yang pekat berbicara loghat Kelate. Bila saya cuba bertanya kedudukan kapal besar yang hanyut ke darat ketika Tsunami lalu,dengan pantas dia melakar peta untuk saya sampai ke tempat tersebut. Kapal tersebut dipanggil “kapal apung’’. Entah berapa kilometer dari laut ditolak ombak ganas.Hampir 20 minit memantau harga sepeda,akhirnya saya mengambil keputusan untuk membelinya guna untuk ulang alik ke kuliah, kedai makan dan lain-lain tempat. Kaki sudah agak lenguh berhari-hari berjalan-jalan dengan jarak-jarak yang agak jauh. Maklumlah, di Nilam Puri dulu asyik bergerak dengan motosikal.

Seluruh Kota Acheh dipenuhi dengan banner menyambut kedatangan Ramadhan, dipasang oleh partai-partai politik dengan kepelbagaian jenis kata-kata. Kata-kata “ Ahlan Wasahlan Ramadhan ‘’ dipasang oleh Partai Keadilan Sejahtera ( PKS ), “ Kita Bangunkan Acheh Dengan Kedamaian ‘’ dipasang oleh Partai Acheh dan sebagainya. Bayangkan hampir 40 partai politik di Indonesia, maka berapa banyak sepanduk yang berkibar.Tidak kurang juga di pintu masuk desa-desa dan masjid-masjid turut dinaikkan sepanduk-sepanduk mengalu-alukan ketibaan bulan Barakah ini.
Pada hari Jumaat yang lalu, saya bersama 2 teman menunaikan solat Jumaat di Masjid Baiturrahman, Kota Acheh. Dengan menggunakan labi-labi yang mengambil bayaran 2000rp ( RM 0.80 = harga mahasiswa ), kami bergerak sekitar setengah jam lebih untuk sampai ke kota. Mata saya sering tertumpu kearah papan tanda-papan tanda ditepi jalan. Kenapa ya ? Semua iklan-iklan dipapan tanda baik iklan handphone,pakaian, makanan dan sebagainya yang menggunakan gambar wanita-wanita semuanya menutup aurat. Hati saya berbangga melihat suasana ini. Di Jakarta tidak begitu. Macam Malaysia, hanya di Kelantan sahaja. Takbir !

Ini namanya Labi-labi. Ingat ! Bukan Labu-Labi atau kura-kura :)
Teringat saya pada hari Jumaat yang lalu. Selepas solat Isya’, satu majlis istiadat penyerahan mahasiswa KIAS kepada penduduk Desa Blang Krueng diadakan. Rupanya disini, menerima tetamu dengan penuh istiadat secara rasmi. Sekurang-kurangnya, kebertanggunggjawaban akan berlaku jika sebarang musibah berlaku kepada tetamu atau peduduk baru yang ‘berdaftar’.Dimulai dengan ucapan pengerusi, kemudian wakil mahasiswa KIAS, pensyarah KIAS yang mengiringi kami, Tim.Rektor IAIN Ar-Raniry dan diakhiri ucapan kepala desa ( Tok Penghulu ). Dalam ucapan ringkas dari Tim.Rektor yang merupakan bahagian HEP, beliau menceritakan pengalamnnya ke Kelantan, “ di Kelantan papan tandanya ada gambar wanita bertutup kepala. Tapi di Kuala Lumpur atau negeri-negeri lain, gambar wanita itu, orangnya orang yang sama, tapi tidak tutup aurat pula. ‘’ Ha ha ha, Malaysia tanah airku…
Tak sabar dah nak buka pose..:)
Gambar Maya Karin di Kota Bharu,Kelantan.
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya menyerahkan anak-anak ini kepada warga Desa Blang Krueng, “ kata Bapak Lokman, Tim.Rektor. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim kami warga desa menerima anak-anak dari Malaysia ini, “ kata wakil kepala desa.
“ Banda Acheh Kota Beriman ‘’ – tulisan yang tertera di pintu gerbang sekitar Kota Acheh untuk menuju ke destinasi-destinasi lain. Ayat-ayat Al-Qur’an jelas kelihatan dimana-mana ditepi jalan atau dihadapan bangunan.
Kesibukan Kota Acheh, boleh saya katakan seperti bandar Kota Bharu. Pembangunannya semakin pesat. Sangat menakjubkan, masjid-masjid agak banyak dan berdekatan antara satu sama lain, ditambah dengan Meunasah ( balaisah / surau ). Agaknya, inilah hikmah Tsunami…masjid banyak selamat, akhirnya proses pembaikan masjid yang rosak rancak diusahakan dan masjid-masjid baru dibina. Kebanyakannya adalah sumbangan dari pelbagai agensi dari dalam dan luar negara. Petang tadi, saya berbasikal mengelilingi desa melihat keindahan alam yang terbentang kawasan sawah padi. Kelihatan projek membina rumah-rumah baru sedang dilakukan. Pekerjanya anak-anak muda dari Medan.

Tapi…dihadapannya tertegak papan tanda bertulis “ Palang Merah Amerika ‘’ , Palang Merah Kanada dan lain-lain negara Barat. Mungkin inilah kebimbangan Ust Riduan Mohd Nor saat beliau berkunjung dalam misi kemanusian ke Pakistan, Bam di Iran dan lain-lain negara umat Islam yang dilanda musibah. Disinilah tersirat agenda Kristianisasi dan gerakan Freemason Antarabangsa yang perlu kita waspadai walaupun bukanlah kita menolak bantuan-bantuan kemanusian dari mereka !
Ramadhan di sini sama sahaja seperti Malaysia. Kehidupan mereka seperti bangsa Melayu kita juga. Tapi yang menariknya, setiap waktu solat baik sebelum masuk waktu atau selepas waktu solat, bunyi bacaan Al-Qur’an sentiasa dikumandangkan melalui corong-corong radio. Selepas solat Tarawikh, aktiviti tadarus digerakkan sehingga melebihi jam 1 pagi diselangi dengan marhaban, bersalawat dan qasidah-qasidah. Mungkin sudah jadi amalan turun temurun. Masjid-masjid baik di kota atau desa, biasanya solat Tarawikh sehingga 20 rakaat. Jika kita ke Masjid Baiturrahman, mereka menyediakan dua orang imam. Biasanya imam pertama hanya solat 8 rakaat dan selepas itu beliau keluar dan digantikan oleh imam yang menyempurnakannya sehingga 20. Perbalahan tidak timbul langsung…berbanding kita yang kerap ‘serang menyerang’ mengenai isu khilafiah dengan menegakkan pandangan masing-masing. Bak kata Ust Tuan Ibrahim Tuan Man, “ sibuknya kita bertengkar tentang bilangan rakaat, tapi tak sibuk bertengkar tentang orang yang tak datang langsung solat .”
Sebelum solat tarawikh, akan diadakan tazkirah ringkas sekitar tujuh minit.Ia dipanggil Kultum ( kuliah tujuh minit ). Pengisiannya kadang kala oleh tuan imam, bilal dan sebagainya, berkisar mengenai kelebihan Ramadhan, teguran-teguran serta penerangan tentang solat. Di Malaysia ada beberapa negeri yang menghalang tazkirah dipertengahan tarawikh, alasannya mengganggu ibadah. Aduss...tazkirah pun ibadah la jugak bapak oii..
Jumaat yang lalu, saat tiba di Masjid Baiturrahman, sekitar 45 minit sebelum azan dilaungkan, sebuah pacuan 4 roda mengelilingi kawasan kota. Bukan jual ikan atau air batu campur sebelum Jumaat, tapi melaungkan pengumuman supaya semua warga kota, pekedai-pekedai dan sesiapa sahaja yang masih berada dijalanan untuk meninggalkan semua urusan dan menunaikan Solat Jumaat. InsyaAllah, negeri-negeri Pakatan Rakyat boleh mengorak langkah kearah pelaksanaannya. Kelantan mungkin tidak jadi masalah berikutan cuti umumnya pada hari Jumaat. Perlu diingat, suasana sebegini berlaku di Acheh sahaja, bukan keseluruhan Indonesia..mungkin Acheh ibarat Kelantan di Indonesia..
Walaupun Indonesia masih belum ditadbir sepenuhnya oleh partai-partai Islam, tapi pelaksanaan sistem demokrasinya berjaya dirasai oleh seluruh penghuninya. Beberapa hari yang lalu, kami sempat menonton sebuah rancangan di kaca TV Indonesia, berkisar mengenai permasalahan rakyat dan lain-lain. Sangat menarik ! Tindakan ganas polis anti rusuhan Indonesia menghadapi penduduk warga desa Tanjung Periok, sebuah kawasan di Jakarta tanggal 24 Ogos lalu disiarkan secara live tanpa sebarang edit seperti media-media Malaysia. Penduduk dihalau dari kampung mereka atas nama untuk pelaksanaan pembangunan. Macam Kg.Berembang rasanya ataupun Kg.Bujal di Kemaman. Partai-partai politik bebas berkempen di kaca TV melalui iklan-iklan. Di Malaysia, Tn Guru Hj Hadi bercakap,tapi tiada suara atau diambil sekerat-kerat. Aduhai media Malaysia..

Alhamdulillah setiap malam dapat bertadarus bersama sahabat serumah sewa selepas tarawikh sekitar 1 jam.Mudah-mudahan istiqamah sampai malam 30.
Saudaramu dalam Islam,
Saudaramu dalam Islam,
Mangsa Pembatalan MOU Al-Azhar.
Dari seberang laut.
Dari seberang laut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan