Ahad, 28 September 2008

Santai2 : Sabarlah sahabatku...

Sementara menunggu minuman dan masakan yang ditempah tiba, aku memikirkan apa topik yang boleh didiskusikan bersama teman di Warkop malam ini agar ‘amal’ minum teh susu dan makan Indo Mee tidak sekadar menjadi ‘program lepak’ dan borak-borak kosong yang tidak ada pahala ibadah. Biasanya begitukan..takde tajuk penting , maka tajuk muslimat, cinta, kahwin, kutuk orang dan lain-lain jadi modal sebelum panggil taukeh kedai kira harga. Opss..sebelum tu nak bagi tau sikit, Warkop tu ringkasan perkataan Warong Kedai Kopi. Kat sini semua perkataan kalau boleh diringkaskan, habis diringkaskan. Wartel ialah warong telefon, HP adalah handphone . Sebutan huruf ‘H’ jadi ‘HA’. Jadi sebutannya ‘HAPI’. Lagi satu Indo Mee tu adik beradik Maggi kalau di Malaysia. Kuahnya sikit sahaja. Harganya 6000….rupiah. RM 2.50 lebih kurang.

Selepas tarawikh malam tadi, sempat kongsi membaca mesej sahabat dari Malaysia yang disend kepada seorang teman disini. Jika diamati dengan tekun, mesej ini memberi isyarat ada ujian yang sedang ditanggung oleh sahabat-sahabat di Malaysia dalam menggerakkan tarbiah diperingkat kampus. Tak perlu buka disini..rahsia negara:) . Ha ! Elok juga aku borak bab ni kat Warkop besar ni.Besar sungguh. Setiap malam selepas tarawikh lebih 100 orang memenuhi kedai ni. Nasib baik takde TV tayang gusti.
……………………………………………………..
Akhi, macam mana dengan sahabat kita yang duk sekampung ngan anta tu ? Sepatutnya sekarang dia berada di bilik-bilik kuliah di kampus meneruskan pengajian. ‘Ntahlah Lah. Ana pun tak tahu nak wat camne. Dia ok. Mak dia je yang masalah, ‘luah Ahmad ( bukan nama sebenar ) sambil menghirup teh dingin. “ Mak dia apehal plak ? aku menyoal lagi penuh kemusykilan. “ Sebenarnya dia nak belajar lagi, tapi mak dia tak faham. Selama ni mak dia yang banyak bantu dari sudut kewangan untuk dia belajar. Tapi, ntah kenapa mak dia suruh berhenti plak. Mak dia kata ‘bila hang ni nak habih mengaji ‘?, cerita Ahmad panjang lebar.

“ Ana ni setiap kali balik mesti pegi rumah dia. Saje nak try bercakap ngan mak dia. Depan ana ok lah mak dia. Apa ana cakap semua betul belaka. Tapi, lepas ana balik, lain la plak jadinya”. Ya Allah, aku nak wat camne ni. Dia salah seorang naqib waktu bersama dulu. Nak tolong kot mana ni..adusss. Lama juga termenung. “ Ana ni pun Alhamdulillah lah. Mak ayah takde masalah. Nak sambung mengaji, pegilah. Takde hal ” tambah Ahmad. “ Samalah kita ye. Ana pun macam tu. Mak ayah tak larang pun. Kalau rasa baik sambung. Mak ayah kata, “ngajilah tinggi-tinggi. Tak rugi. Mak ayah ni takde peluang macam tu. Boleh juga jadi bekal mak ayah nanti ”, ‘ saya mencelah.
………………………………………………………..
Sape pernah atau sedang mengalami masalah ni cuba angkat tangan tinggi-tinggi ! Saya nak tengok..Ya, tidak semua merasai ujian sebegini. Bila sahabat-sahabat di Malaysia mengadu tentang masalah sesama pimpinan, saya hanya mampu membalas “ sabarlah akhi, ujian Allah berbeza-beza antara kami dan antum sekarang. Ujian Allah sesuai menurut indivudu tersebut ”. Jadi kalau masalah ayah dan ibu yang kurang memahami mengenai tugasan kita, pendirian kita dan yang seumpamanya, saya hanya mampu menjawab dengan jawapan yang serupa, “ bersabarlah ”.

Semua orang yang berjuang atau hidup dalam dunia pengajian agama kalau boleh inginkan ibu dan bapa yang cukup menjiwai anak-anaknya. Betulkan ? Semuanya berharap begitu. Namun dalam setiap harapan kita, tidak semuanya diperkenankan oleh Allah. Kerana Allah memberikan sesuatu mengikut keperluan kepada diri kita bukannya memberikan semua perkara yang kita harapkan. Boleh jadi apa yang kita impikan itu natijahnya buruk bagi kita. Semua itu telah berada dalam pengetahuan Allah. Maka lahir dalam keluarga yang kurang memahami pun adalah satu susunan Allah kepada hambanya yang beriman. Mungkin kerana kita seorang yang berada dalam keluarga sebegini yang mendalami ilmu Allah, maka kita mampu menjadi ‘duta penyelamat’ kepada seluruh ahli keluarga yang cukup jauh dari kehidupan bergama.

Namun saya tidak nafikan, sedikit tempias ujian ini sedikit turut saya rasai. Kadangkala bila pulang ke kampung, bertemu kawan-kawan lama pasti akan ditanya “ hang tak habis lagi ke belajar ? bila nak habis ? berapa tahun dah belajar ? Tu kira ok lah soalan macam tu. Yang paling best sekali, bila ada orang dekat-dekat rumah tanya “ tak habis lagi ke belajar ? hang tengok ana Pak Mat, mengaji sampai SPM je boleh kerja dah. Balik raya baru ni dah boleh bawa kereta sebuah. Tak mengaji tinggi-tinggi pun ”. Arghh..apa aku nak jawab ni. Kalau aku terang pun, depa bukan faham pun. Ok lah, baik aku senyum je pada abang-abang dan pak cik mak cik dekat-dekat rumah ni.

Betul, anak pak cik tu dah kerja. Gaji mahal. Boleh dah beli kereta. Tapi…apa nilai gaji dan kereta mahal tu kalau Qur’an pun tak sempat khatam ? Apa nilai pakaian mahal yang dia boleh beli kalau sembahyang pun tinggal hari Jumaat je ? Apa nilai kereta berkilat dan motosikal berkuasa tinggi kalau naik motor berpeluk rapat dengan anak gadis orang tanpa kahwin ? Apa nilai kalau tiap-tiap hari duduk lap cermin kereta mahal tapi orang kampung hidup makin jauh dari akhlak dan agama ? Ishhh..geramnya aku. Rasa nak tanya je soalan ni kat diaorang, tapi…lu pikir la sendiri…mentaliti masyarakat dah didoktrin begitu. Apa boleh buat Nabil ye…

So, bersyukurlah bagi sahabat-sahabat yang hidup tenang dalam keluarga yang beragama yang baik. Bersabarlah kepada sahabat-sahabat yang hidup dalam keluarga yang sangat rapuh kefahaman dan pegangannya pada agama. Boleh jadi Allah memilih anda untuk memberikan pahala yang besar diatas kesabaran anda hidup dalam keluarga sebegini. Pahalanya datang apabila saudara berjaya menonjolkan imej yang sangat baik yang mencerminkan aplikasi ilmu pengetahuan yang saudara pelajari dalam bentuk praktikal. Pahalanya datang dari ketidakjemuan saudara membelai dan memberi nasihat yang baik kepada ahli keluarga. Pahalanya datang dari munajat saudara kepada Allah agar urusan dakwah saudara didalam keluarga dipermudahkan. Pahalanya sangat besar datang dari kesabaran saudara menerima ujian dari Allah ini.

Untuk sahabatku yang ku maksudkan ini, cubalah berbincang dengan baik tanpa jemu dan putus asa agar ibumu memahami. Berdoa agar hatinya terbuka. Namun…andai taqdir Allah mengatasi segalanya, redholah. Akh diminta untuk terus bekerja, maka bekerjalah. Carilah kerja yang halal, yang tidak mengahalang tanggungjawabmu pada Allah dan Islam. Berbekalkan ilmu yang sempat dipelajari, peganglah dan ‘bawalah’ ia ke tempat kerja dan rumah saudara. Jika ada ruang untuk mengutip mutiara-mutiara berharga dari kuliah-kuliah di masjid atau ceramah-ceramah agama dimana sahaja, lapangkanlah. Ianya bekal agar kita masih boleh berfikir bahawa siapa sahaja kita, semuanya ada urusan besar yang mesti dipelihara. Urusan ISLAM !

Sahabat-sahabat yang tidak menghadapi situasi ini, cuba-cubalah jenguk teman-teman didepan, kiri, kanan dan belakang. Boleh jadi disebalik senyuman mereka, sebenarnya mereka sedang berduka dan luka menghadapi ujian ini tanpa pengetahuan anda. Saya berhenti setakat ni dulu..tak larat nak taip dah..kawan bilik sebelah pasang alunan takbir raya plak kat laptop dia…waaaaaaaaa…

Tiada ulasan: