Rabu, 10 September 2008

Petikan Artikel : Majalah Sabili – Siri 1

Ruangan : Telaah Utama.
Tajuk : Puasa di Negeri Syuhada.

3 hari menjelang Ramadhan , sebuah konsert muzik diadakan di Senayan, Jakarta. Konon untuk menyambut datangnya bulan Ramadhan yang penuh berkah. Kumpulan band Gigi dan Ungu tampil dalam sebuah persembahan yang disebut dengan konsert Reliji. Ribuan pemuda penggemar band Gigi dan Ungu , berbaju putih-putih mendendangkan hampir semua bait lagu. Mereka hafal. Di bandar yang sama, group muzik Slank yang mengadakan konsert di Bogor dan berakhir dengan rusuhan. Ribuan peminat Slank yang tidak berjaya mendapatkan tiket marah dan mengamuk. Pasukan keamanan memukul-mukul dengan batang rotan .

Dilapangan Hawai , Beji, Depok , 5 hari sebelum Ramadhan, konsert muzik reggae ( sejenis muzik dari Hindia Barat ) dianjur besar-besaran. Rusuhan tidak dapat dihindarkan. Penonton saling serang menyerang. Beberapa penonton tertangkap kamera televise berjoget sambil meneguk arak yang dibungkus dengan kertas. Semua ini terjadi disebuah kota kurang dari seminggu menjelang Ramadhan yang mulia. Alangkah menyedihkan.

Berbeda jauh dengan apa yang berlaku di Palestin, negeri para pejuang, tanah para syuhada’. Sudah hampir setahun terutama di Gaza, air bersih menjadi satu keperluan yang mendesak. Elektrik hampir tidak menyala. Dasar pemencilan yang dilakukan oleh Israel telah menyita bantuan yang masuk untuk Palestin. Makanan, ubat-ubatan, selimut dan khemah yang datang dari penjuru dunia tidak boleh disalurkan dengan segera. Tidak ada susu dan makanan untuk bayi-bayi yang harus disuapi. Padahal hari-hari ini cuaca di Palestin sangat menggigit kesejukannya. Di malam hari, suhu boleh menjadi menurun sehingga dibawah paras 0 darjah celcius. Tanpa bantuan ubat, selimut dan makanan , maka sama ertinya dengan membunuh rakyat Palestin secara perlahan-perlahan. Sedangkan disini, dinegeri yang indah ini kita sedang merayakan Ramadhan dengan konsert-konsert muzik yang meriah tanpa pernah mengambil peduli dengan nasib saudara-saudara kita di Palestin.

Di sana, ribuan anggota keluarga tidak diketahui nasibnya. Mereka ditangkap tentera Israel tanpa khabar berita. Pada tahun lalu, ibu-ibu Palestin membawa foto anak-anak mereka dijalanraya. Anak-anak Palestin membawa potret ayah mereka yang sudah bertahun-tahun tidak pulang, hilang atau ditangkap tentera Israel yang durjana. Israel telah membina tembok tinggi sepanjang 720 kilometer yang memisahkan mereka dengan perkampungan umat Islam yang lain. Keizinan untuk melintas tidak dibenarkan meskipun terdapat urusan yang mendesak.

Ketika malam pertama kaum Muslimin membanjiri masjid-masjid untuk solat Tarawikh, begitu juga keinginan Muslimin Palestin. Tapi sayangnya, mereka tidak boleh dengan mudah melakukannya. Untuk solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa tidak boleh dilakukan. Checkpoint dan pos-pos senjata tentera Israel harus dilalui mereka. Dibentak, dicaci dan kadangkala pukulan buntut senjata tentera Israel harus mereka rasakan untuk solat berjamaah.

Ramadhan yang lalu mereka boleh berbuka puasa di Al-Aqsa selepas Maghrib dihalaman masjid. Anak-anak kelihatan bermain dihalaman masjid Qubbatus Sakhra’ ( kubah kuning ). Orang-orang tua berehat dibawah pohon zaitun sambil menikmati hidangan. Namun..Ramadhan tahun lalu diwarnai dengan bergugurannya para syuhada’ kecil Palestin. Di Khan Yunus, pesawat tempur F-14 meraung-raung dilangit Palestin memuntahkan peluru yang menewaskan penduduk Palestin. Pagi tersebut menghantar 6 orang sebagai syahid sekaligus. 3 diantaranya masih kanak-kanak. Umur 2 tahun, 13 dan 20 tahun. Tubuh ketiga-tiganya terbujur di ruang jenazah rumah sakit Nasser di Khan Yunus. Tahun ini pasti berbeza. Mereka mungkin tidak boleh lagi menyediakan kenafah, sejenis mie yang dibuat dari tepung gandum yang dicampur daging yang memiliki rasa manis. Kuih awameh yang manis mungkin tidak boleh lagi.

Bahan-bahan makanan sudah hampir setahun hilang dari wilayah Gaza. Kini mereka dijajah selama 60 tahun dan diperkosakan haknya, ribuan rumah dihancurkan dan ratusan nyawa sudah melayang. Pembantaian-pembantaian terus berlangsung hingga saat ini sejak peristiwa Beirut, Tal Al-Zatar, Shabra & Shatila, perkampungan Tunisia, Gaza, Jenin, Tulkarem, Nablus dan Al-Khalel. Masih banyak senarai pembantaian untuk ditulis dan terlalu perit untuk dikenang.

Fikir-fikirkanlah bagaimana kita menerima dan menyambut kedatangan Ramadhan….

Saudara kita bersahur dengan dentuman meriam. Mereka berbuka dengan raungan pesawat-pesawat tempur yang siap menyerang. Marilah memanjangkan malam dengan berdiri menghadap Allah dan memanjatkan doa untuk kaum Muslimin. Selitkan doa kepada saudara kita yang sedang berjuang mempertahankan tanah air mereka.Mudah-mudahan Allah meringankan,menguatkan dan mengukuhkan kaki mereka dalam perjuangan. Kita berhutang besar kepada mereka yang menjaga tanah suci dan Masjid Al-Aqsa !

Tajuk : Seruan Ramadhan Imam Samudera

Assalamualaikum wr.wb.. Selamat menunaikan ibadah Ramadhan 1429 H/ 2008 M.Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk menjalankannya sebaik mungkin sesuai dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah dan menjadikan kita sebagai muttaqin.

Kepada para aktivis dakwah dan jihad, jangan sekali-kali melupakan kejahatan para penjajah zionis dan salibis yang dipimpin Amerika dan sekutunya juga pengikutnya terhadap kaum muslimin yang tidak berdosa. Dengan pembantaian yang mereka lakukan di Palestin, Afghanistan, Iraq, Kashmir, Bosnia, Chechnya Moro dan Indonesia.

Kepada para aktivis dakwah dan jihad, dalam setiap kesempatan kobarkanlah kaum muslimin untuk berjihad melawan para penjajah dan sekutunya. Ingatlah bahawa Ramadhan adalah syahrul jihad, syahrul Mubarak, syahrul syahadah.

Kepada para aktivis digital jihad, e-jihad atau cyber jihad , janganlah kalian lupakan penghinaan yang dilakukan oleh kafir-kafir Denmark dan Belanda terhadap Nabi kita Muhammad dengan karikatur dan filem yang mereka buat. Maka sepatutnya kalian meningkatkan kesungguhan serangan terhadap alat-alat, mesin-mesin dan facility propaganda mereka terutama serangan itu sebelum mereka benar-benar menyesal dan tidak mengulangi kejahatan tersebut.

Semoga Allah menolong para mujahidin fi sabilillah baik dialam nyata atau di alam maya dibulan penuh barakah dan bulan-bulan lainnya. Amin Ya Rabbal ‘Alamin. Wassalamualaikum wr.wb.

Yang Faqir Kepada Allah,
Imam Samudera.
Catatan pengendali blog Suara Anak Muda :
Abdul Aziz @ Imam Samudera adalah anak muda dari Indonesia yang dituduh terlibat melakukan pengeboman pusat peranginan di Bali pada tahun 2002 yang mengorbankan ratusan nyawa termasuk Non-Muslim. Beliau dan sahabat-sahabatnya, Amrozy, Ali Ghufron @ Mukhlas kini sedang mendekam di penjara di Pulau Nusakambangan dan sedang diadili di mahkamah.

Mengenai keputusan hukuman mati ke atas mereka bertiga, Mukhlas menegaskan bahawa dirinya, Amrozi dan Imam Samudera tidak pernah meminta dihukum dengan cara apa sekalipun. “ Bagaimana kami mahu percaya dengan hukum yang kami tidak percayainya .Kalau benar terjadi, itu adalah taqdir Allah dan kami yakin kami akan syahid”. Kata Imam Samudera mengenai isu hukuman secara Islam dengan gantung atau pancung ini bermula apabila seorang bertanya padanya bagaimana cara Islam menghukum bunuh seseorang ? Dia menjawab , “ yang paling sohih adalah dengan cara digantung atau dipancung. “ Ucapan saya ini diputarbelitkan seolah-olah kami ini minta dihukum gantung atau pancung, “ katanya sesal.

Beliau menegaskan dirinya dan kawan-kawannya tidak pernah meminta kematian, namun tidak takut menghadapi kematian. “ InsyaAllah, kami sudah siap menyambut syahid , “ tegasnya yang dikaitkan sebagai pimpinan Jama’ah Islamiyyah ( JI ) Asia Tenggara yang mempunyai rangkaian dengan Al-Qaeda pimpinan Usamah bin Laden. Wallahua’lam – blogger.


Ruangan : Teropong
Tajuk : Jilbabku Bukan Simbol Belaka.

4 tahun sudah Hari Solidariti Jilbab Internasional ditetapkan tanggal 4 September, namun diskriminasi dan larangan terhadap pemakaiannya masih sahaja marak. Contohnya seperti larangan disebuah rumah sakit di Tambun, Bekasi penghujung Julai baru-baru ini. Perawatnya ditukar lantaran mengenakan jilbab ( tudung ). Bahkan ironisnya, mengenakan jilbab dianggap oleh pihak rumah sakit boleh mengganggu pekerjaan saat melayani pesakit.

Mari kita lihat kronologi peristiwa diskriminasi kepada wanita berjilbab :

1981 – Tunisia menggubal undang-undang nombor 108 yang melarang muslimah di Tunisia memakai jilbab dilembaga-lembaga pemerintahan. Akhirnya ribuan muslimah disingkirkan dari pemerintahan dan pusat-pusat pendidikan.

1990 – Menteri Urusan Agma Tunisia, Abu Bakar Akhzouri mengeluarkan kenyataan bahawa jilbab tidak sesuai dengan warisan budaya Tunisia. Ia menilai pamakaian jilbab sebagai ‘fenomena asing’.

1997 – Turki dibawah Presiden Ahmad Necdet Sezer mengeluarkan arahan larangan memakai jilbab di institusi pemerintahan, sekolah dan universiti. Larangan ini diikuti dengan berbagai perlakuan diskriminasi terhadap muslimah. Wartawan muslimah berjilbab tidak dibenarkan membuat liputan di lembaga-lembaga pemerintahan.

1998 – Seorang guru di Baden Wurttemberg , Fereshta Ludin menolak untuk menanggalkan jilbabnya ketika mengajar didalam kelas. Kes ini dibawa ke pengadilan tertinggi Jerman. Pada hujung Julai, mahkamah pengadilan menolak keputusan negeri di Jerman itu yang melarang guru muslimah mengenakan jilbab ke kelas.

2002 – Seorang pekerja wanita Muslim bernama Dalila Tahiri di Perancis dipecat perusahaan tempatnya bekerja selama 8 tahun lantaran menolak untuk menanggalkan jilbab yang dikenakannya saat bekerja. Pada 17 Disember 2002 Dalila berhasil memenangkan kesnya dipengadilan. Pihak pengusahaan diwajibkan membayar gani rugi sebesar 1000 uero, membayar gaji Dalila semenjak pemecatannya dan mengembalikan semula dia ke tempat perusahaan.

2004 – Kerajaan Perancis mengeluarkan undang-undang anti jilbab yang melarang pemakaian jilbab bagi pelajar dan mahasiswi muslimah di sekolah dan kampus pada 10 Februari dengan alasan untuk menjaga kesekularan Perancis.

2004 – Di Inggeris, Uskup York John Sentanu dalam wawancara dengan surat khabar British Daily Mail menyatakan bahawa jilbab tidak sesuai dengan norma-norma kesopanan.

2006 – Jerman melakukan larangan pamakaian jibab. 8 dari 16 buah negerinya menerapkan larangan tersebut disekolah-sekolah umum Jerman pada bulan Jun.

2006 – Pada Oktober 2006, kerajaan Nigeria menerapkan larangan pemakaian jilbab disekolah. Larangan berseluar panjang kepada pelajar lelaki juga dilakukan.

2006 – Kerajaan Tunisia melarang murid-murid perempuan dan mahasiswi memakai jilbab disekolah dan kampus. Wanita berjilbab dilarang masuk dan menerima rawatan dirumah sakit kerajaan. Ibu-ibu hamil dilarang melahirkan anak dirumah sakit ( hospital ) kerajaan.

Di Swedia – seorang pekerja muslimah dipecat dari pekerjaannya oleh sebuah perusahaan taman hiburan Liseberg di Gothenburg kerana menolak untuk menanggalkan jilbab dan baju lengan panjangnya.

Di Sepanyol – Gereja Katholik Sepanyol mendukung larangan berjilbab ditempat-tempat awam. Mereka menuduh jilbab adalah symbol penindasan terhadap kaum wanita. Sedangkan undang-undang kebesan beragamanya yang disahkan pada Julai 1967, Sepanyol mengakui Islam.

Di Morocco – Kementerian Pendidikan menghapus sebuah ayat Al-Qur’an tentang seruan menutup aurat dengan berdalih untuk mencegah munculnya golongan ekstrem.

2007 – Pada 25 Februari, seorang pemain bola bernama Asmahan Mansour diusir dari lapangan kerana menolak menanggalkan jilbabnya ketika perlawanan. Remaja 11 tahun asal Kanada itu bermain bersama club Nepean Hotspur Select Ottawa. Dia dihalau kerana dianggap membahayakan pemain lain.
Wahai Muslimah, pertahankanlah kewajipan ini di saat saudaramu ditindas kerana mempertahankannya.
Berita kemenangan Dato Seri Anwar turut dimuatkan dalam majalah Sabili.
p/s: Saya telah mengalih bahasa dari majalah ini ke Bahasa Malaysia agar mudah difahami.
Gambar yang diletak ini,bukan gambar dari majalah Sabili, kecuali gambar kulit depan dan gambar Anwar sahaja.
Saya hanya memilih beberapa artikel menarik sahaja dari majalah Sabili untuk dikongsi dengan pembaca blog ini.

Tiada ulasan: