Sabili adalah sebuah majalah Islam yang diterbitkan di Indonesia dan berpusat di Jakarta sejak beberapa tahun yan lalu. Dengan tema “ Meniti Jalan Menuju Mardhotillah ” , Sabili terus mengorak langkah sebagai wasilah dakwah dengan memuatkan pengisian mengenai Soal Jawab Agama, Wawancara Khusus bersama Tokoh-Tokoh, Indonesia Kita, Kekeluargaan, Kesihatan, Bimbingan Tauhid, Dakwah,Kenali Negara-Negara Umat Islam, Cerpen-Cerpen Islamik, Dunia Islam, petikan ucapan pemimpin-pemimpin masyarakat dan banyak lagi artikel-artikel menarik yang semuanya berkisar mengenai Islam dan ummatnya.
Majalah yang tersebar luas setiap bulan di pasaran Indonesia ini, merupakan hasil tangan penulis-penulis yang sebahagian besarnya adalah kader-kader dari partai Islam disini, Partai Keadilan Sejahtera (PKS). InsyaAllah, beberap artikel menarik dan penting dari Sabili akan saya kongsi bersama dengan sahabat-sahabat di Malaysia atau di mana-mana sahaja yang melayari blog Suara Anak Muda secara bulanan.
Mohon kemaafan kerana saya tidak berkesempatan untuk mengutip artikel atau bahan-bahan dari Sabili yang pertama yang disentuh sebaik tiba di bumi Indonesia akibat kekangan masa. Sekadar selingan, Sabili baru-baru ini memuatkan ulasan yang cukup membimbangkan kita mengenai penglibatan Israel di sebalik kunjungan Amerika Syarikat kepada Majlis Ulama Indonesia (MUI ) pada 29 Julai lalu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan