( Saya cuba mencari seberapa banyak maklumat mengenai peristiwa ini, namun ini sahajalah yang dapat saya kemukakan kepada saudara sekalian. Gambar-gambar asli tragedi ini juga gagal saya temukan. Mudah-mudahan secebis kisah yang saya sampaikan ini memberi keinsafan, kesedaran serta rasa kasih yang tinggi kepada Islam yang kita perjuangkan khasnya generasi baru yang tidak sempat menerima pendedahan mengenai kisah tragis ini. )
Sabtu – 08 Sept 84
2 orang petugas Koramil tanpa membuka kasut menggeledah masuk ke Musholla As-Sa’adah di Tanjung Priok, Jakarta Utara. Mereka menyimbah poster berupa undangan Pengajian Remaja Islam ( masjid ) di Jalan Sindang menggunakan air longkang.
Ahad – 09 Sept 84
Peristiwa pencerobohan pihak tentera tersebut menjadi perbincangan hangat dikalangan ahli jama’ah Musholla As-Sa’adah dan masyarakat setempat.
Seorang anggota Angkatan Bersenjata Republik Indonesia ( ABRI ), Sersan 1 Hermanu yang dikatakan beragama Kristian Katholik menggeledah masuk ke Musholla As-Sa’adah untuk mencabut poster pengajian dan poster yang tertera seruan memakai jilbab kepada wanita. Belian menceroboh masuk ke musholla dengan tidak menanggalkan kasut, menyimbah dinding musholla dengan air longkang bahkan dikatakan menginjak Al-Qur’an. Akhirnya terjadilah pertengkaran mulut yang akhirnya dileraikan oleh 2 orang dari jama’ah Masjid Baitul Makmur yang kebetulan melalui kawasan musholla tersebut. Tindakan anggota ABRI tersebut menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di situ sehingga mendorong beberapa orang yang tidak bertanggungjawab dan tidak ada kaitan dengan permasalahan itu bertindak membakar motor Honda GL -125 petugas KORAMIL itu. Kesannya pihak KORAMIL meminta bantuan dari KODIM untuk menjejaki individu-individu tersebut.
Lantas pihak KODIM mengirim satu pasukan tentera yang membawa kepada penangkapan 4 ahli jama’ah musholla As-Sa’adah termasuk Ketua Musholla tersebut yang dituduh membakar motor Hermanu.
Selasa – 11 Sept 84
Masyarakat setempat mengundang Amir Biki untuk menjadi orang tengah bagi mengadakan rundingan dengan pihak KODIM agar membebaskan 4 ahli jama’ah musholla As-Sa’adah yang diyakini tidak bersalah. Amir Biki adalah tokoh setempat yang sangat berperanan dan sangat dipercayai masyarakat untuk menjadi penengah jika ada masalah diantara pihak militer ( penguasa ) dengan masyarakat. Namun usaha Amir Biki gagal bahkan dengan angkuh pihak KODIM memprovok rombongan Amir Biki dengan mempertontonkan salah seorang ikhwah yang ditahan itu dengan badannya penuh luka akibat siksaan.
Rabu – 12 Sept 84
Dalam suasana tentangan tersebut, acara pengajian remaja Islam di Masjid Rawabadak Jalan Sindang Raya yang direncanakan lebih awal sebelum isu pencerobohan musholla As-Sa’adah lagi diteruskan juga pada malam tersebut. Penceramahnya pendakwah Syarifin Maloko, Yayan Hendrayana dan M.Nasir. Amir Biki tidak terlibat dalam senarai penceramah dan dia bukanlah seorang mubaligh serta diketahui memang sering menolak untuk naik ke minbar-minbar. Tetapi, dengan berlatarbelakangkan insiden tersebut, akhirnya beliau didesak oleh ahli jama’ah untuk turut berpidato pada malam tersebut.
Kesempatan itu, Amir Biki antara lain menyebut , “ mari kita buktikan solidaritas Islamiyyah. Kita meminta teman kita yang ditahan di KODIM. Mereka tidak bersalah. Kita membantah tindakan oknum-oknum ABRI yang tidak bertanggungjawab itu. Kita berhak membela kebenaran meskipun kita menanggung risiko. Kalau mereka tidak membebaskan, kita harus memprotesnya.” Dengan suara bergetar Amir Biki menyatakan, “ saya beritahu KODIM supaya membebaskan 4 orang yang ditahan itu sebelum jam 11 malam. Jika tidak, saya bimbang akan terjadi banjir darah di Priok ini.” Pemidato lain, Ustaz Yayan pula melaungkan, “ man ansori ilallah ? ” Siapa sanggup menolong Agama Allah ?Lalu disambut oleh hadirin, “ nahnu Ansorullah .” Kami siap menolong Agama Allah !
Sampai jam 11 malam, pihak KODIM tidak membebaskan lagi 4 ahli jama’ah tersebut. Akhirnya, ribuan masyarakat Islam mula bergerak berjalan kaki menuju ke markaz KODIM dengan penuh semangat yang membara, ada yang membawa senjata tajam dan bahan bakar. Sebahagian besarnya hanya berbekalkan ‘Asma’ul Husna dan Al-Qur’an. Amir Biki sempat berpesan, “ kita tidak boleh membuat kerosakan apa pun. Yang melakukan kerosakan bukan golongan kita. Jama’ah bergerak dengan 2 kumpulan besar. Sebahagiannya menuju ke POLRES dan sebahagiannya menuju ke KODIM.
Di pertengahan Jalan Yos Sudarso, sekitar 200 meter dari POLRES, para jama’ah dan tentera berhadapan. Pihak polis tidak kelihatan yang sepatutnya mereka yang terlebih dahulu menangani para peserta himpunan. Beberapa hari kemudian diketahui bahawa pihak tentera melarang polis keluar dari markaz. Ini membuktikan pihak tentera telah mempunyai niat jahat ke atas ahli jama’ah pada malam tersebut. Tentera ABRI telah siap menghadang dengan pakaian perang dengan bersenjata automatik di tangan. Kedengaran pihak militer menjerit “ mundur-mundur ! ” Teriakan ‘ mundur ‘ tersebut disambut dengan laungan takbir oleh umat Islam.
Mereka tidak berganjak sehinggalah pihak ABRI berundur dua tapak ke belakang , lalu…..bam! bam! Bam! Bergelimpangan mayat jama’ah pengajian pada malam tersebut setelah dibedil lebih kurang 30 minit. Beratus-ratus umat Islam Tanjung Priok terbaring kaku dan beratus-ratus cedera parah. Aliran elektrik sengaja dipadamkan dikawasan tersebut yang menyebabkan kilatan api dari muncung senapang jelas kelihatan sangat mengerikan. Darah syuhada’ terus mengalir membasahi bumi. Seorang anggota militer menjerit, “ bangsat ! Pelurunya habis. Anjing-anjing ini masih banyak ! Lebih sadis apabila mereka yang belum mati disepak-sepak dan kalau masih belum mati dimuntahkan peluru menghinggapi badan mereka.
Seketika kemudian datang 2 buah trak besar beroda sepuluh dengan kelajuan tinggi dipenuhi militer. Dari atas trak tersebut, peluru-peluru terus dimuntahkan kepada jama’ah yang sedang meniarap dan bersembunyi dipinggir-pinggir jalan. Sangat dahsyat dan tidak berperikemanusiaan ! Trak-trak ini terus dipandu dan menggilis ahli jama’ah yang sedang meniarap samada yang masih hidup atau mati. Bunyi jeritan dan hiruk pikuk kedengaran mengerikan. Derap derup tulang patah jelas kedengaran oleh jama’ah yang bersembunyi di selokan-selokan jalan. Pihak ABRI terus menuju ke kawasan perkampungan Tanjung Priok dan menghamburkan peluru kepada sasaran warga kampung dengan membabi buta. Boleh jadi untuk memastikan semuanya mati tanpa ada saksi yang boleh menceritakan kisah ini. Tanjung Priok banjir bermandikan darah merah pekat pada malam 12 Sept 1984.
Akhirnya mereka berhenti memuntahkan peluru. Lalu satu persatu mayat dikutip dan dicampak ke dalam trak persis mencampak guni kosong sahaja. 2 buah trak tersebut penuh padat dengan mangsa yang gugur syahid atau yang terkena tembakan, tersusun bagaikan karung guni. Selepas itu, beberapa ambulan dan pihak bomba tiba untuk menyembur darah-darah dijalanan sehingga bersih agar tidak mempunyai bahan bukti langsung tindakan tidak bertamadun pihak pemerintah kepada rakyat.
Gambar Amir Biki
Sementara itu, rombongan kedua yang dipimpin oleh Amir Biki ke KODIM dihadang untuk terus bergerak kira-kira 15 meter dari KODIM. Hanya 3 orang dibenarkan masuk termasuk Amir Biki. Subhanallah ! Dalam perjalanan yang jarakn
Majlis pengebumian jenazah Amir Biki
ya hanya 7 meter dari pejabat KODIM, butir-butir peluru menerjah masuk menembusi badan 3 pimpinan rombongan. Mereka tersungkur dalam keadaan menggelepar menahan kesakitan. Jama’ah yang menunggu dibelakang sambil duduk menjadi panik dan terpaksa melarikan diri, namun…muntahan peluru sempat menghinggapi badan mereka. Puluhan jama’ah pengajian gugur syahid. Menurut saudara Yusron dalam ingatannya, disaat dia dan mayat-mayat dilemparkan ke dalam trak, jumlah mayat kira-kira 30-40 yang dibawa menuju ke rumah sakit Gatot Subroto.
Sampai di rumah sakit, terus mayat-mayat tersebut dibawa ke bilik mayat. Termasuk didalamnya saudara Yusron. Dalam keadaan terselit dicelah-celah mayat, Yusron menjerit meminta tolong. Lalu petugas rumah sakit datang mengangkat beliau dan dipindahkan ketempat lain.
Hasil kajian Solidaritas Nasional Untuk Peristiwa Tanjung Priok ( SONTAK ) mendapati jumlah korban mencapai angka 400 orang tidak termasuk yang luka dan cacat. Sehingga dua tahun selepas kejadian, sesiapa sahaja yang bertanya mengenai tragedi 12 September ini, mengenai anak-anak mereka atau kerabat yang hilang pasti akan berhadapan dengan pemerintah.
Mereka yang terlibat bertanggungjawab dalam tragedi ini ialah : Mantan Presiden, Soeharto, Jenderal Moerdani, Try Sutrisno dan R.Butar Butar. Mereka semua pemimpin tinggi militer.
Sejak beberap bulan sebelum kejadian lagi, suasana Tanjung Priok agak panas. Tokoh-tokoh Islam setempat meyakini suasana ‘panas’ tersebut sengaja direncanakan oleh individu-individu tertentu dibawah pemerintahan yang memusuhi Islam. Lebih-lebih lagi, ABRI diketuai oleh Panglima Jenderal Leonardus Benny Moerdani seorang Katholik yang sangat memusuhi Islam. Suasan panas ini dirasai oleh ulama-ulama’ yang tinggal luar dari Tanjung Priok. Ini berikutan, kawasan lain di Jakarta menjadi kawasan larangan keras kepada para pendakwah. Namun timbul persoalan mengapa di Tanjung Priok diberi kebebasan kepada para pendakwah. Bahkan para penceramah bebas mengkritik pemerintah, sehingga menolak dasar-dasar Pancasila ( 5 dasar falsafah kenegaraan Indonesia – Rukun Negara ) dibawah regim Suharto.
Antara lain, adanya perancangan dan provokasi untuk memancing kemarahan umat Islam dengan beberapa peristiwa lain sebelum itu misalnya pembinaan wayang gambar Tugu yang banyak memutarkan filem-filem maksiat di seberang masjid Al-Hidayah.
Tokoh senior seperti M.Natsir dan Syafrudin Prawiranegara pernah melarang para pendakwah dari masuk ke Tanjung Priok bagi mengelak terjebak kedalam ‘perangkap’ pemerintah. Rupa-rupanya seruan mereka ini tidak sampai kepada pendakwah-pendakwah Tanjung Priok sehinggalah terdedah cerita dari Syarifin Maloko, ketua SONTAK dan mubaligh yang terlibat secara langsung dalam tragedi 12 September bahawa mereka baru mendengar adanya larangan untuk pendakwah ke Tanjung Priok. Larangan itu mereka baru ketahui ketika berada di penjara. Rancangan ini sengaja dibuat tidak lain untuk memencilkan Islam dan ummatnya di Indonesia.
1) Pemerintah dalam laporan rasminya yang diwakili oleh Panglima Jenderal Leonardus Bennya Moerdani menyatakan jumlah korban hanya 18 orang dan luka 53 orang sahaja.
2) Sekitar masjid Rawabadak tertampal poster dan pamphlet berunsur menghasut dan poster ceramah oleh mubaligh-mubaligh yang eksterm dan keras.
3) Kerana tidak tahan dengan cacian dan makian para jama’ah yang berhimpun, maka pihak tentera terpaksa melepaskan tembakan.
4) Para peserta melaungkan Allahuakbar, lalu mengamuk dan membakar kedai-kedai orang Cina sehingga 100 orang Cina terkorban.
5) Pada 12 Sept berlangsungnya satu ceramah agama tanpa izin dan bersifat menghasut.
6) Para peserta himpunan bersurai sambil membakar kereta, rumah-rumah dan kedai-kedai ubat.
POLRES adalah organisasi kepolisian Indonesia.
* untuk maklumat lanjut, layari laman web Sejarah Indonesia di link blog ini.
Mudah-mudahan kita dapat membuat penilaian dengan baik mengenai fakta tragedi berdarah ini.
Wallahua’lam.
2 ulasan:
terima ksih krn maklmuat yg cukup informatif...
teruskan perjuangan.
m. natsir. siapa m.natsir sebenarnya
Catat Ulasan