Alhamdulillah, 21 Sept bersamaan dengan 21 Ramadhan 1429 berakhirlah program-program Ihya' Ramadhan yang dianjurkan oleh Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI) bagi kawasan Acheh secara rasminya melalui Program Ifthor Jama'ie semalam. Sebelum ini KAMMI Acheh telah mengadakan pelbagai aktiviti bagi menghidupkan bulan Ramadhan seperti menghidupkan masjid-masjid, surau-surau yang berdekatan serta program-program ilmiah khasnya di kampus IAIN Ar-Raniry dan Universitas Syiah Kuala ( UNSYIAH ) yang berjiran.
Ifthor jama'ie yang melibatkan lebih 100 ahli KAMMI Acheh ini turut dihadiri oleh masyarakat setempat yang diundang bagi tujuan mengeratkan silaturrahmi antara mahasiswa dan masyarakat. Program dimulai dengan bacaan AL-Qur'an,ucapan pengarah dan diakhiri ucapan pengerusi KAMMI Acheh ini merupakan kerjasama dengan Muslim Hands International yang sering menyalurkan sumbangan dalam program-program sebegini.
Di Indonesia, pergerakan mahasiswanya diberi ruang yang seluasnya oleh pemerintah sejak penghujung tahun 1998 lagi tanpa sebarang sekatan seperti di Malaysia yang melaksanakan AUKU. Bahkan setiap program anjuran mahasiswa sering mendapat tempat didada akhbar dan dana dari pemerintah tempatan (negeri-negeri). Keterbukaan ini mula dinikmati oleh warga kampus selepas tragedi berdarah yang mengorbankan beberapa orang mahasiswa dalam satu perhimpunan aman mendesak pengunduran Regim Suharto yang ketika itu menjadi Presiden yang paling lama menguasai Republik Indonesia. Mereka ditembak oleh pihak keselamatan Indonesia dalam unjuk rasa tersebut. Selepas era tersebut, mahasiswa mula bangkit memimpin rakyat dijalanan sehingga menumbangkan regim yang mempunyai rekod kejahatan ke atas rakyat khasnya umat Islam diIndonesia.
p/s: Nantikan artikel mengenai perjuangan Gerakan Mahasiswa di Indonesia, Ancaman Islam Liberal yang semakin parah khasnya oleh pendokong-pendokongnya yang bergerak didalam universitas-universitas di Indonesia, Gerakan Kristianisasi yang mencengkam umat Islam dibeberapa kepulauan dan tragedi berdarah Tanjung Periok serta episod-episod berdarah umat Islam disini. InsyaAllah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan