Sabtu, 20 Mac 2010

Laungan takbir iringi jenazah tersangka 'teroris'

Jenazah Pura Sudarma@Jaja selamat dikebumikan pada hari Jumaat, semalam sekitar jam 5 petang di kampong halamannya di Banten. Lebih 1000 orang mengiringi jenazah beliau ke tanah perkuburan. Laungan takbir bersahutan tidak henti-henti dilaungkan. Trans TV malam tadi menyiarkan suasan pemakaman Jaja. Kelihatan seorang anak muda berdiri disisi kubur dicelah ribuan orang ramai, beliau melaungkan ‘sabiluna sabiluna’ dan disambut oleh orang ramai dengan ‘al-jihad al-jihad’.

Jaja ditembak mati oleh pihak keselamatan Indonesia di Aceh Besar pada 12 Mac yang lalu bersama 2 temannya yang lain atas tuduhan sebagai teroris.

Sepanduk yang mengutip ayat 76 Surah An-Nisa’ dipasang dirumah beliau bagi menyambut ketibaan jenazahnya dari rumah sakit. Turut dipasang sepanduk tertulis ‘Selamat Datang Pahlawan Islam’ disekitar desanya.

Lanjutkan membaca disini: http://www.muslimdaily.net/berita/lokal/5320/senyum-pura-sudarma-a.k.a-jaja dan disini: http://www.arrahmah.com/index.php/news/read/7261/senyum-pura-sudarma-a.k.a-jaja

Wallahua’lam.

Tiada ulasan: