Ahad, 21 Mac 2010

Akad Nikah Jarak Jauh Guna Komputer: Tahniah Akhi Zahid

Mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (PMKIAS), Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim bagi sesi 2006/2007 mengakhiri zaman bujangnya dengan mendirikan rumah tangga tanggal 20 Mac kelmarin. Beliau iaitu Mohd Zahid bin Abu Bakar, 29 telah memilih saudari Yasidah bt Abu Bakar, 27 sebagai pasangan hidupnya.


Majlis pernikahan mereka mencipta sebuah sejarah yang sangat berharga apabila pernikahan dilangsungkan dari jarak jauh. Mohd Zahid yang berasal dari Bota, Perak Darul Ridzuan saat ini masih berada di Universiti Al-Azhar, Mesir dan akad nikah mereka hanya menggunakan sidang video sahaja. Isterinya, Yasidah yang berasal dari Parit 13, Titi Gantung, Bota mengucapkan syukur pada Allah kerana dipermudahkan urusan pernikahan ini walaupun hanya melalui video. Yasidah memaklumkan, suaminya, Zahid bertekad tidak mahu pulang ke Malaysia sebelum berjaya menyelesaikan pengajiannya di Al-Azhar di Fakulti Ushuluddin. Yasidah juga akan melanjutkan pengajian ke Al-Azhar dalam bidang Syariah.


Mohd Zahid telah mewakilkan kepada abangnya sahaja untuk majlis akad nikah pernikahannya itu. Bapanya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Dalam kaedah Islam, akad nikah menggunakan kaedah ini hukumnya sah.


Catatan: gambar scan dari akhbar Metro ini saya terima dari kawan-kawan yang menghantarnya ke Facebook. Terima kasih. Mudah-mudahan Allah S.W.T rahmati kedua-dua insan ini sehingga ke akhir hayat. Sape2 yg duk ngaji luar negara, boleh lah kalau nak akad nikah jarak jauh…:)

2 ulasan:

fadhlullah berkata...

baca disinihttp://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pengantinciptasejarah/myMA/myArticle

dr.muslimah berkata...

salam..ha, ni la biro kebajikan kat rumah perak ni...kak yasidah pulak kat syaqah bawah syaqah ana je..